Anjing Kecil (buruj)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Canis Minor
Buruj
Canis Minor
Nama LatinCanis Minor
SingkatanCMi
GenitifCanis Minoris
Sebutan/kanis minor/, genitif /kanis minoris/
SimbolismeAnjing Kecil
Pencerapan
(Epok J2000)
07j 06.4m hingga 08j 11.4m[1]
Keserongan13.22° hingga −0.36°[1]
SukuanNQ2
KeluargaBelantik
Keluasan183 darjah persegi (ke-71)
Bintang
Bintang utama2
14
Bintang dengan planet
1
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
2
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
4
Bintang paling terang
Procyon (α CMi) (0.34m)
Bintang terhampirProcyon (α CMi)
(11.41 tc, 3.50 pc)
Objek
Objek Messier0
Pancuran meteor
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +90° dan −75°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Mac.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Anjing Kecil atau Canis Minor (CMa) ialah sebuah buruj kecil di hemisfera samawi utara. Pada abad kedua, buruj ini disertakan sebagai sebuah asterisme, atau corak, bagi dua buah bintang dalam 48 buah buruj Ptolemy, dan buruj ini dikira sesama 88 buah buruj moden. Namanya dalam bahasa Latin untuk "anjing (lebih) kecil", berlawanan dengan Canis Major (Anjing Besar); kedua-dua figura kerap diwakilkan mengikuti Orion (Belantik), sang pemburu.

Canis Minor hanya mengandungi dua buah bintang yang lebih cerah daripada magnitud keempat, Procyon (Alpha Canis Minoris), dengan magnitud sebanyak 0.34, dan Gomeisa (Beta Canis Minoris), dengan magnitud sebanyak 2.9. Bintang-bintang lebih malap buruj ini diperhatikan oleh Johann Bayer, yang menamai lapan buah bintang termasUk Alpha dan Beta, dan John Flamsteed, yang menomborkan empat belas. Procyon ialah bintang ketujuh tercerah di langit malam, serta sebuah yang terdekat. Sebagai sebuah bintang jujukan utama kuning-putih, bintang ini mempunyai sebuah kerdil putih pendamping. Gomeisa ialah sebuah bintang jujukan utama biru-putih. Bintang Luyten ialah sebuah kerdil merah bermagnitud kesembilan dan bintang jiran seterusnya yang terdekat dengan Sistem Suria daam buruj ini selepas Procyon. HD 66141 bermagnitud keempat, yang telah berubah ansur kepada raksasa jingga menghala ke hujung kitaran hidupnya, ditemui berplanet pada 2012. Terdapat dua buah objek langit lepas malap di dalam lingkungan sempadan buruj ini. Kesemua 11 Pancuran Anjing Kecil merupakan pancuran meteor yang boleh dilihat pada awal Disember.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan boundary tidak disediakan

Sumber

  • Wagman, Morton (2003). Lost Stars: Lost, Missing and Troublesome Stars from the Catalogues of Johannes Bayer, Nicholas Louis de Lacaille, John Flamsteed, and Sundry Others. Blacksburg, Virginia, Amerika Syarikat: The McDonald & Woodward Publishing Company. ISBN 978-0-939923-78-6.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Bintang dalam Canis Minor

Koordinat: Peta langit 08h 00m 00s, +05° 00′ 00″