Lawatan Barack Obama ke Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lawatan Barack Obama ke Indonesia pada asalnya dijadualkan pada 24 Mac 2010 selama 3 hari. Sebelum itu Obama akan singgah di pulau Guam di Lautan Pasifik dan kemudian ke Australia. Sebelum ini Obama pernah berucap di Kaherah, Mesir. Obama juga menemui Dalai Lama, pemimpin kerohanian dari Tibet. Bagaimanapun, lawatan ini telah ditanggunhkan ke Jun 2010,[1] dan akhirnya ke 10 November 2010.[2]

Dalam lawatannya, beliau melawat Masjid Istiqlal dan berucap di Universiti Indonesia. Bagaimanapun, lawatannya terpaksa dipendekkan beberapa jam akibat letusan Gunung Merapi yang mengganggu penerbangan di sekitar pulau Jawa.[3]

Patung tanda rasa bangga[sunting | sunting sumber]

Ramai rakyat Indonesia bangga dengan perlantikan Barack Obama sebagai Presiden Indonesia.Obama diundang oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkunjung kembali ke Jakarta. Obama pernah tinggal di Jakarta ketika zaman kanak-kanaknya selama 6 tahun antara 1967-1971. Kedatangan disambut sebagai seorang hero.

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Aktivis Islam membantah lawatan Obama kerana Presiden Amerika Syarikat itu 'jahat'. Beliau mungkin berbeza warna kulit berbanding bekas Presiden, George W. Bush, tetapi beliau masih menindas umat Islam. Walaupun Obama membesar di Indonesia, beliau adalah tokoh yang kejam. Tangannya berlumuran darah dan beliau tidak mempunyai rasa simpati di Iraq, Afghanistan, Palestin dan lain-lain. Dasar politik sebelum dilantik menjadi presiden tidak jelas.

2,000 penyokong Hizbut Tahrir berarak di Makassar, ibu kota Sulawesi Selatan sambil mengoyak poster bendera AS. 500 penunjuk perasaan membawa sepanduk mengutuk AS dan Obama di bandar Solo, Jawa Tengah. Mereka membawa poster bertulis “Usir Obama...pemimpin jajahan” dan “Amerika...Pengganas Sebenar.". Selain itu mereka melaungkan “Islam bersatu...tidak akan dikalahkan. Tolak Obama”.[4][5]

Pelajar Muslim Indonesia membawa poster 'Obama musuh Islam' di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta. Ada yang melempar kasut ke arah poster Obama dan menjerit-jerit “Tolak Obama, Tuhan lebih berkuasa,”.“Seperti Bush, beliau adalah presiden peperangan dan musuh Islam". “Beliau menghantar beribu-ribu askar ke Afghanistan dan kebanyakan saudara Muslim kita mati kerananya.”

Agensi berita Antara melaporkan tunjuk perasaan turut diadakan di Banjarmasin di wilayah Selatan Kalimantan dan Bandung.[6]

Langkah keselamatan[sunting | sunting sumber]

Polis dan tentera Indonesia melancarkan latihan antikeganasan bagi memastikan Obama tidak diserang hendap. Lokasi sasaran ialah lapangan terbang utama ibu negara, bangunan pasaran saham, hotel mewah, kawasan di utara Jakarta dan di atas kapal dagang.

Militan Islam diserang di dalam hutan, pedalaman Aceh. Kemudian Dulmatin dan dua rakannya berjaya ditembak mati ketika melayari internet di sebuah kafe siber di Jakarta. Pada 12 Mac 2010 pula, dua disyaki pengganas ditembak mati manakala lapan yang lain ditahan.[7] Pihak berkuasa Amerika Syarikat menawarkan AS$10 juta (RM34 juta) kiranya Dulmatin tertangkap. Dulmatin didakwa menjadi dalang dalam pengeboman Bali 2002 yang membunuh 202 pelancong asing dan pekerja tempatan. [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]