Seri Maharaja Mangku Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pingat Seri Maharaja Mangku Negara, sumber asal http://www.sultanate.com/malaysia/hismajesty/

Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) merupakan pangkat yang tertinggi antara enam pangkat dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (YMPN). YMPN merupakan darjah ketiga antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. Dikurniakan sebagai penghormatan yang istimewa kepada mereka yang telah berjasa dengan cemerlang kepada negara dan berpengaruh tinggi sesuai dengan kedudukan mereka.

Pangkat S.M.N. terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.

Kalung Darjah mengandungi lambang-lambang Jata negeri-negeri dalam Malaysia. Bintang Darjah berbentuk bintang pecah sebelas yang diperbuat daripada perak dan bersadurkan emas. Lencana Darjah berbentuk bintang pecah sebelas diperbuat daripada perak dan bersadurkan emas. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera berlatarkan warna biru dan di kedua belah tepi selepang terdapat jalur kuning. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.

Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad antara yang telah dianugerahkan Pingat Seri Maharaja Mangku Negara[1] pada 31 Oktober 2003 setelah bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-IV.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]