Liyana Fizi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Liyana Fizi
Liyana Fizi (5560362644).jpg
Liyana semasa mengadakan persembahan di konsert FlyFM Campur Charts pada 8 Disember 2010.
Latar belakang
Kelahiran (1983-09-14) 14 September 1983 (umur 35)
Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
GenreIndie, folk, bossa nova
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penulis lirik, penulis lirik dan penerbit rakaman
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2006–kini
Syarikat rakaman
Laguna Records (2006-2010)
Liyana Fizi Music Publishing (2011-kini)
Kegiatan berkaitan
Estrella
Laman sesawang
liyanafizi.com

Liyana Fizi (lahir 14 September 1983)[1] merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penulis lirik, penggubah lagu dan penerbit rakaman Malaysia.[2] Selain itu, beliau juga merupakan penyanyi utama bagi kumpulan Estrella. Beliau mula menceburi genre muzik indie pada tahun 2006 serta berjaya meraih lapan pencalonan untuk Voize Independent Music Awards pada 2008.[3][4][5]

Sebagai artis solo, beliau pernah melancarkan album sulungnya, Between the Lines pada September 2011. Album ini mengandungi 10 lagu termasuklah yang digubah olehnya.[3] Album ini diterbitkan di bawah pengurusannya sendiri iaitu Liyana Fizi Music Publishing dan diedarkan oleh Soundscape Records. Lagu Jatuh telah dimuatkan dalam album runut bunyi bagi filem Azura arahan Aziz M. Osman.[6]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 14 September 1983 di Hospital Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua dari tiga beradik dan anak perempuan tunggal, abang sulung beliau ialah Wafi dan adik bongsunya ialah Aqil, yang menghidap penyakit Sindrom Down.[7] Beliau pernah menetap seketika di Brunei ketika berusia tiga tahun. Kemudian, beliau sekeluarga termasuklah neneknya berpindah ke Shah Alam dan membesar di sana.[3]

Nenek beliau berasal dari Negeri Sembilan dan mempunyai darah keturunan Jakun, Jawa dan Cina manakala datuk tirinya pula berasal dari Melaka. Datuk tirinya telah membesarkan ibunya bersama-sama beliau. Sebelum itu, neneknya pernah berkahwin dengan seorang rakyat Belanda yang bernama Peter Polderman. Polderman merupakan datuk kandung Liyana. Pada ketika itu, Polderman tinggal dan bekerja di Tanah Melayu (kini Malaysia). Untuk keluarga sebelah ibu, mereka sekeluarga mengamalkan Adat Perpatih. Bapanya berasal dari Kedah dan mempunyai keturunan Siam, Mamak dan Arab.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Estrella[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Estrella

Beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan jaz Malaysia, Estrella sewaktu penubuhannya pada 2006, yang mana beliau merupakan vokalis utamanya merangkap pemain gitar bersama-sama dengan Jeffrey Little (dram, perkusi), Ariff Zahidee (bes) dan Shamsul Idzhar (gitar). Album studio pertama kumpulan ini, menggunakan nama kumpulan ini sebagai judul album, dikeluarkan pada 28 Disember 2007 di bawah syarikat rakaman Laguna Records (kini Laguna Music). Lagu "Stay", "Ternyata" dan "Take It Slow" telah dikeluarkan sebagai single untuk album ini dan seterusnya muzik video untuk ketiga-tiga lagu tersebut diterbitkan.

Perubahan dalaman Estrella dibuat oleh syarikat rakaman mereka Laguna Music mendorong Liyana untuk meninggalkan kumpulan itu selepas tamat kontrak antara band dan label mereka. Sejak itu, beliau mula mengadakan persembahan solo di samping sesionis band tetap.[8]

Kerjaya solo[sunting | sunting sumber]

Liyana pada 2010

Selepas Estrella dibubarkan pada 2010, Liyana mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya muziknya secara solo dan menubuhkan syarikat pengurusannya sendiri, Liyana Fizi Music Publishing pada awal 2011, pada September tahun sama, album solo pertamanya, Between the Lines telah dilancarkan dengan lagu "Light Writing" sebagai single pertama.[9]

Beliau tampil bersama kumpulan Kyoto Protocol menerusi lagu bertajuk "Jelita" yang dikeluarkan pada 2012.[10]

Penampilan lain[sunting | sunting sumber]

Liyana berlakon dalam filem komedi muzikal Kami Histeria (2014) arahan Shamyl Othman sebagai pelakon undangan.[11]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Liyana berkahwin dengan jurugambar, Firdaus Karim pada 30 September 2013.[12] Pasangan ini bertunang pada 14 September 2013, iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-30.[13][14]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album bersama Estrella
Album solo

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (15 Oktober 2011). "Profile Liyana Fizi". Sensasi Selebriti. Dicapai 6 Jun 2015. 
  2. ^ Michelle Tam (26 July 2013). "Another side of ... Liyana Fizi". The Star Online. Dicapai 6 Jun 2015. 
  3. ^ a b c d Koh Lay Chin (7 Mei 2012). ""All-very-rojak" Liyana Fizi". The Nut Graph. Dicapai 16 Mei 2013. 
  4. ^ Amalina Kamal (9 Januari 2017). "Digital technology, according to singer songwriter Liyana Fizi". New Straits Times. Dicapai 25 Mei 2018. 
  5. ^ "Get personal with Liyana Fizi". R.AGE. 31 Ogos 2011. Dicapai 1 Jun 2018. 
  6. ^ Hafidz (6 Februari 2012). "Album Review : Liyana Fizi – Between The Lines". WordPress. Dicapai 16 Mei 2013. 
  7. ^ Ling. "Where I'm Coming From: Liyana Fizi". Poskod.my. Dicapai 6 Jun 2014. 
  8. ^ Adrian Yap CK (13 September 2017). "7 Malaysian band artistes who have gone solo". Redbull. Dicapai 15 Mei 2018. 
  9. ^ "Liyana Fizi's Debut Album – Between The Lines Out Now!". Soundscape Records. 24 Ogos 2011. Dicapai 24 Mei 2013. 
  10. ^ Chester Chin (14 Ogos 2013). "Amplified life". The Star (Malaysia). Dicapai 25 Mei 2018. 
  11. ^ 'Kami Histeria' Komedi Seram Luar Biasa mStar Online (14 Februari 2014). Dicapai pada 14 Februari 2014.
  12. ^ "Bekas vokalis Estrella Liyana Fizi Selamat Di Ijab kabul". KWIK News. 30 September 2013. Dicapai 21 Mei 2014. 
  13. ^ "Kekasih hati pilihan Liyana Fizi". Kosmo!. 22 September 2013. Dicapai 21 Mei 2014. 
  14. ^ "Bekas vokalis Estrella, Liyana Fizi bertunang". Oh! Bulan. 18 September 2013. Dicapai 21 Mei 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]