Mahmood bin Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mahmood bin Sulaiman

SPMT, AMN
Menteri Besar Terengganu
Dalam jawatan
01 Oktober 1969 – 03 September 1972
Didahului olehIbrahim Fikri bin Mohammad
Digantikan olehNik Hassan bin Wan Abdul Rahman
Butiran peribadi
Lahir (1929-06-17) 17 Jun 1929 (umur 94)
Terengganu Kampung Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Parti politik Perikatan ( UMNO)
PasanganTo' Puan Che Zaharah Abdullah

Dato' Mahmood bin Sulaiman (lahir 17 Jun 1929) merupakan bekas Menteri Besar Terengganu.[1] Beliau berkhidmat antara 01 Oktober 1969 - 03 September 1972.[2]

Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kuala Berang, kemudian di Madrasah Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1952, beliau menjadi guru agama di Sekolah Melayu Kuala Berang.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Semasa menjadi guru, beliau mula berjinak dalam bidang politik. Mahmood meletak jawatan sebagai guru sekolah pada 1960 disebabkan mahu terlibat secara serius dalam politik. Dua tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Setiausaha UMNO Hulu Terengganu, dan kemudiannya Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ulu Terengganu. Ketua Bahagian waktu itu adalah YB Engku Mohsein.

Sewaktu kerajaan PAS Terengganu jatuh disebabkan undi tidak percaya 1961, Tun Razak menyusun semula pergerakan UMNO negeri. Bermula sini lah nama Mahmood naik dan disenarai pendek untuk menjadi calon pilihanraya. Beliau menjadi sangat popular dikalangan rakyat disebabkan sifatnya yang ringan tulang dan mengambil berat isu yang dekat dihati rakyat.

Mahmud menyertai pilihanraya umum ketiga 1964 dan keempat 1969, dan nama beliau dicalonkan menjadi ADUN Ulu Terengganu Barat (kini Telemong). Beliau memenangi kedua-dua pilihanraya itu dengan majoriti yang tinggi.

Pelantikan sebagai Menteri Besar[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Ibrahim Fikri, meletak jawatan sebagai Menteri Besar ke-7 pada 1969 disebabkan sakit uzur. Beliau tidak menamakan sesiapa sebagai calon MB seterusnya. Oleh itu, Mahmood secara naturalnya dipilih sebagai Menteri Besar memandangkan beliau adalah ADUN Parti Perikatan yang mendapat majoriti tertinggi di Dewan Undangan Negeri.

Mahmood berumur 40 tahun sewaktu itu. Beliau pada mulanya keberatan, dan dalam temuramah pertamanya dengan salah seorang wartawan akhbar Berita Harian, beliau turut berkata sedemikian, "Saya pada mulanya tidak berniat nak jadi calon, apatah lagi menjadi seseorang Menteri Besar."[3]

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Sewaktu mentadbir, Mahmood memberi penekanan pada pembangunan belia. Beliau berusaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia, dengan projek Pawah Lembu dan projek pertanian.

Beliau menjawat selama dua tahun setengah sahaja dan turut dianggap sebagai Menteri Besar sementara ataupun caretaker yang berjasa mengisi lompang dalam pucuk kepimpinan negeri, dan selepas beliau melepaskan jawatannya, beliau telah digantikan oleh Dato' Nik Hassan Wan Abdul Rahman, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.

Beliau dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 1970 dari Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim dan darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu (S.P.M.T) dari Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang membawa gelaran Dato' pada masa yang sama.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Terengganu
Oktober 1969 - September 1972
Penyandang Kemudian
Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad Dato' Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sejarah Menteri Besar Terengganu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-28.
  2. ^ Malaysia Year Book
    Malay Mail, 1971 - Malaysia
  3. ^ HAJAT PETANI BERTUKAR JADI MENTERI BESAR Berita Harian, 11 October 1970, Page 6

Pautan luar[sunting | sunting sumber]