Hulu Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Daerah Hulu Terengganu)
Daerah Hulu Terengganu
هولو ترڠڬانو
Lokasi Daerah Hulu Terengganu di Terengganu
Lokasi Daerah Hulu Terengganu di Terengganu
Map
Hulu Terengganu is located in Bumi
Hulu Terengganu
Hulu Terengganu (Bumi)
Koordinat: 5°05′N 102°45′E / 5.083°N 102.750°E / 5.083; 102.750Koordinat: 5°05′N 102°45′E / 5.083°N 102.750°E / 5.083; 102.750
NegaraMalaysia
NegeriTerengganu
KerusiKuala Berang
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Hulu Terengganu
Kerajaan
 • Pegawai daerahAhmad Azizi bin Zulkifli[1]
Luas
 • Jumlah3,874.63 km2 (1,496.00 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah69,881
 • Kepadatan18/km2 (47/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
21xxx
Kod panggilan+6-09-6
Awalan plat kenderaanT

Hulu Terengganu atau Ulu Terengganu merupakan sebuah daerah di tengah negeri Terengganu, Malaysia. Daerah ini merupakan daerah terbesar di negeri Terengganu dengan keluasan 3,874 kilometer persegi. Pusat pentadbirannya terletak di Kuala Berang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah Hulu Terengganu terbukti merupakan tempat terawal menerima agama Islam di Tanah Melayu berdasarkan catatan pada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M (702 H) yang dijumpai di Kampung Buloh, Hulu Terengganu.

Di samping itu, daerah Hulu Terengganu pernah menjadi tempat kunjungan dan tempat bermastautin tokoh-tokoh ulama seperti yang dibuktikan dengan penemuan makam-makam lama seperti Makam Tok Raja Ri di Kampung Kuala Por, Makam Tok Pauh di Kampung Pauh, Makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering, Makam Tok Berlian Mahmud di Kampung Kemat, Makam Tun Indera di Kampung Kuala Por dan Makam Sharif Mohammad al-Baghdadi di Kampung Jenagor.

Hulu Terengganu juga pernah menjadi tumpuan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok Gajah, Dato' Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain lagi di awal abad ke-19. Daerah ini dijadikan sebagai kubu dan tempat persembunyian mereka bagi mengatur strategi menentang penjajahan Inggeris pada ketika itu.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Hulu Terengganu ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Hulu Terengganu. Daerah Hulu Terengganu juga dibahagikan kepada sembilan mukim;

Peta daerah Hulu Terengganu
  1. Mukim Hulu Berang
  2. Mukim Hulu Telemung
  3. Mukim Hulu Terengganu
  4. Mukim Jenagur
  5. Mukim Kuala Berang
  6. Mukim Kuala Telemung
  7. Mukim Penghulu Diman
  8. Mukim Tanggul
  9. Mukim Tersat
  10. Pekan Kuala Berang

Perwakilan rakyat[sunting | sunting sumber]

Daerah Hulu Terengganu merangkumi sebuah kawasan persekutuan, Hulu Terengganu dan tiga kawasan negeri iaitu Telemung, Kuala Berang dan Ajil.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Hulu Terengganu bersempadan dengan;

Anggaran ketinggian daratan daerah Hulu Terengganu ialah 267 meter manakala ketinggian tertinggi mencecah 1,519 meter. Kawasan timur daerah mempunyai ketinggian tanah yang lebih rendah dan rata. Ketinggian tanah semakin meninggi menuju ke barat daerah dengan ketinggian daratan tertinggi dicatatkan di barat daya daerah.[4]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199156,986—    
200062,322+9.4%
201070,800+13.6%
202069,881−1.3%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Hulu Terengganu ialah seramai 69,881 orang dengan kepadatan penduduk 18 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah Hulu Terengganu berbangsa Melayu, seramai 64,961 orang.[5][6]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[5]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 64,961
Bumiputera lain 609
Cina 148
India 12
Lain-lain 254
Bukan warganegara - 3,897
Jumlah 69,881

Agama[sunting | sunting sumber]

Di daerah Hulu Terengganu , agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 98 peratus diikuti agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[6]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Dungun. Terdapat sebanyak 66 buah sekolah di daerah ini;[7]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 49
Sekolah Menengah Kebangsaan 12
Sekolah Menengah Agama 2
Sekolah Berasrama Penuh 1
Kolej Tingkatan 6 1
Kolej Vokasional 1

Daerah Hulu Terengganu juga mempunyai lima buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah, sebuah klinik kesihatan dan dua klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pengurusan Atasan". pdtht.terengganu.gov.my.
  2. ^ "Profil Daerah". pdtht.terengganu.gov.my.
  3. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ "Hulu Terengganu topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-22.
  5. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  6. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  7. ^ "Sekolah di PPD Hulu Terengganu-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.