Tengku Muhamad Sultan Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

YAM Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad ibni Almarhum Sultan Haji Sir Ahmad Muazzam Shah II adalah merupakan Menteri Besar Terengganu dari Disember 1945 hingga 1949 dan Menteri Besar Pahang dari 1 Februari 1951 - 1 Februari 1955 iaitu ketika penjajahan British di Tanah Melayu. Bapanya Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni Tun Ali menjadi Sultan Pahang dari 1882-1914.[1][2]

Pada 21 Mei 1935 beliau turut dilantik sebagai pembantu kanan (ADC) kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Turut dilantik jawatan yang sama ialah Tengku Nasir ibni Yang di-Pertuan Besar Muhammad, Raja Haji Shahar Bhah bin Raja Harun al Rashid, Tengku Abdul Aziz Ibni Sultan Alaidin Sulaiman Shah dan Dato' Hussain bin Mohamed Taib [3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Straits Times, 21 April 1909, hlm 7 'Sultan of Pahang Retires in Favour of Tungku Besar
  2. ^ "Sejarah Menteri Besar Terengganu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-28.
  3. ^ The Straits Times, 21 Mei 1935, hlm 10; 'Malay ADC'.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Pahang
19511955
Penyandang Kemudian
Mahmud bin Mat Tun Abdul Razak