Maito Gai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Might Guy oleh Masashi Kishimoto.

Maito Gai atau Might Guy adalah salah satu watak dalam siri anime dan manga Naruto. Mempunyai personaliti yang bersemangat tinggi dan menonjol, serta karisma yang kuat bagi seorang guru ninja

Peminat sering memanggilnya sebagai Maito Gai, terjemahan langsung dari nama watak, tetapi buku data rasmi Naruto kedua (Hiden: Tō no Sho) menyatakan bahawa namanya adalah Might Guy. Versi Inggeris manga dan anime keduanya menggunakan nama Might juga.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Nama "Might Guy" adalah lawak yang ditujukan kepada "hero berdarah panas" yang biasa (archetype) muncul dalam kebanyakan filem dan anime. Malah terdapat anime robot gergasi Yuusha Tokkyuu Might Gaine bagi sebab yang sama. Dalam anime Might Gaine, "Gaya Lelaki Baik" digayakan oleh robot gergasi. Rupa dan perangainya menyerupai Bruce Lee.

Maito Gai ialah pemimpin yang merangkap sebagai guru yang sangat bertenaga bagi Pasukan Gai yang terdiri daripada Hyuga Neji, Rock Lee dan Tenten. Dia dikenali ramai dengan gaya kening yang tebal, pakaian berwarna hijau yang ketat dan potongan rambut mangkuk yang tampak berkilauan.

Gai agak rapat dengan kesemua anak muridnya tetapi lebih rapat kepada Lee yang mencerminkan dirinya pada waktu muda. Maka, Gai menaruh lebih banyak perhatian terhadap Lee berbanding dengan Neji dan Tenten. Disebabkan keinginan Lee untuk memahirkan dirinya dalam taijutsu, Gai telah mengajarnya beberapa teknik terlarang yang berbahaya dan mengingatinya agar menggunakan teknik tersebut dalam situasi tertentu. Walaupun Gai tahu tentang risiko mengajar teknik-teknik tersebut kepada Lee, hasrat Gai untuk melihat Lee berjaya sebagai seorang ninja menyebabkannya memejam sebelah mata terhadap risiko yang akan timbul.

Gai berkemahiran dalam taijutsu dan dapat menggunakan beberapa teknik taijutsu yang hebat. Walaupun dia boleh menggunakan ninjutsu dan genjutsu, Gai lebih suka menggunakan kaedah penyamaran biasa daripada 'Henge no Jutsu, 変化の術' (Teknik Peniruan). Gai pernah menggunakan ninjutsu; dalam satu episod, Gai pernah menyeru Ninkame sebelum menunjukkan dirinya. Gai ialah ninja yang berbakat - tamat pengajian pada usia 7 tahun dan menjadi Chunin pada usia 11 tahun. Uchiha Itachi, seorang ninja pelarian berpangkat-S pernah memberi amaran kepada pasangannya dalam Akatsuki iaitu Hoshigaki Kisame agar berwaspada dengan Gai kerana dia bukan calang-calang orangnya.

Gai mendakwa dirinya sebagai pesaing Hatake Kakashi. Namun demikian, Kakashi tidak mengendahkan hal ini menyebabkan Gai berasa sangat tercabar. Gai telah mencabar Kakashi sebanyak 99 kali dan memenangi 50 daripadanya. Akan tetapi, cabaran-cabaran tersebut merangkumi 'Batu, Kertas, Gunting' dan sumo. Maka, tidak banyak yang dapat dikatakan mengenai pencapaian Gai. Tetapi, Gai amat bangga dengan hakikat ini. Hasil daripada siri pertarungan kombat dengan Kakashi, Gai telah mempelajari cara untuk mengatasi Sharingan; dengan memberi tumpuan kepada kaki pihak lawan, Gai boleh menjangka pergerakannya sekaligus mengelakkan dirinya daripada teknik genjutsu pemilik mata Sharingan. Sehingga kini, hanya Gai yang boleh menggunakan teknik ini.

Gai amat popular dengan 'gaya orang baik'nya yang melibatkan penunjukan ibu jari, kenyitan mata dan senyuman dengan barisan gigi yang sangat putih sehingga tampak berkilauan. Aksi ini selalu digunakan oleh Gai dan Lee untuk melambangkan komitmen mereka terhadap sesuatu tugas, tanggungjawab atau janji yang dibuat. Kadang kala, apabila Lee tidak mematuhi arahan Gai, seperti menggunakan teknik terlarang pada masa yang tidak sesuai, Gai akan menumbuk Lee sebagai hukuman. Setelah Gai mengarahkan Lee menjalani latihan-latihan fizikal yang membebankan, naluri mereka berdua menjadi tersentuh ,menangis dan saling berpelukan. Kekuatan sebenar yang dimiliki Gai sememangnya diketahui ramai pihak bukan sahaja di Konoha malah di seluruh negara Api. Semasa bertarung menentang Uchiha Madara yang dibangkitkan semula dalam Perang Dunia Ninja Ke-4, kehebatan taijutsu yang dimiliki Gai diakui sendiri oleh Madara. Madara sendiri mengakui Gai merupakan lawan taijutsu paling hebat yang pernah dihadapinya sepanjang hayatnya. Pengakuan yang diberikan oleh Madara boleh dianggap satu pencapaian terhebat buat Gai memandangkan ketika itu Madara telah menjadi jinchuriki kepada Juubi dan telah mempunyai hampir kesemua kuasa yang pernah dimiliki oleh Rikudou Sennin. Dalam pertarungan tersebut, Gai telah menggunakan teknik Gerbang Kelapan "Kematian" (Hachimon Tonkōu no Jin) yang memberikan luka parah buat Madara. Selepas menggunakan teknik tersebut, Gai sempat diselamatkan oleh Naruto yang berjaya menghalang chakra Gai dari terpadam. Hal ini demikian kerana pengguna teknik Gerbang Kelapan akan mati selepas menggunakan teknik tersebut berikutan teknik tersebut akan menyebabkan penggunaan chakra yang berpusat di jantung pengguna lalu menyebabkan tekanan yang amat dahsyat.

Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Data Rasmi Pertama (Jepun: 秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (Jepun: 秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)|
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.