Women Talk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Women Talk
GenreBual bicara
Ditulis olehNik Jassmin Hew
PengarahHairuddin Hashim
Pengacara
Negara asalMalaysia
BahasaInggeris
Bilangan musim4
Bilangan episod39
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Mohd Said Abdullah Thani
  • Farrah Naz Karim
PenerbitElaine Daly
PenyuntingSafwan Mazlan
LokasiStudio C, Sri Pentas, Bandar Utama
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran20 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambarDolby Digital
Format audio1080i (HDTV)
Siaran asal2 April 2022 – kini

Women Talk ialah sebuah rancangan televisyen bual bicara Malaysia yang disiarkan di TV3.[1] Bersiaran sejak 2 April 2022, setiap Sabtu jam 5:00 petang (WPM), ia membincangkan topik dan isu-isu semasa bersama tokoh-tokoh wanita dari pelbagai bidang.[2][3]

Deborah Henry dan Zoraya Vadillo ialah pengacara utama rancangan ini[4] yang disiarkan sebanyak 3 musim, dengan disertai oleh Siti Saleha dan Sazzy Falak sebagai pengacara bersama untuk setiap musim. Ia juga boleh ditonton menerusi penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[5][6][7]

Sejarah rancangan[sunting | sunting sumber]

Women Talk memulakan tayangan perdana di TV3 setiap Sabtu jam 5 petang (WPM) pada 2 April 2022 untuk musim pertama.[3][4][8]

Serupa dengan Wanita Hari Ini, rancangan ini menampilkan tetamu jemputan yang terdiri daripada pelbagai bidang untuk berkongsi pendapat dan maklumat tentang topik dan isu semasa yang menjadi fokus utama dalam golongan wanita.[3][4][8][9]

Sidang penerbitan Women Talk diketuai oleh Shahila Shah sebagai ketua penerbitan manakala Elaine Daly, Said Thani dan Farrah Naz Karim sebagai penerbit. Deborah Henry dan Zoraya Vadillo menggalas tanggungjawab sebagai hos.[3][4][8]

Musim kedua siri ini memulakan tayangan perdana pada 15 Oktober 2022 dengan pelbagai topik dibincangkan bagi memperkasakan inspirasi wanita.[10][11] Pada 10 Disember, Women Talk telah menganjurkan acara khas yang diberi nama Brunch with Women Talk yang berlangsung di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur. Acara ini menampilkan barisan panel istimewa termasuk Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Adeeba Kamarulzaman, Ketua Pegawai Eksekutif Christy Ng Sdn. Bhd., Christy Ng, penyanyi Jaclyn Victor dan Ketua Unit Video SAYS, Nandini Balakrishnan.[12][13]

Musim ketiga siri ini disiarkan pada 29 April 2023 dengan pelbagai topik dibincangkan dalam setiap episod.[14]

Pengacara[sunting | sunting sumber]

Pengacara bersama

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2022 Asian Television Awards 2022 Rancangan Bual Bicara Terbaik Women Talk Tercalon [17]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dennis Chua (8 April 2022). "#Showbiz: Fresh perspectives on women's issues" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  2. ^ Fionaa Kessler (5 April 2022). "TV3's Women Talk features female-centric roundtable discussions" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  3. ^ a b c d "Bakal Bersiaran Selama 13 Episod, Women Talk Kupas Topik & Isu Semasa Tentang Wanita". Oh Bulan. 1 April 2022. Dicapai pada 24 Jun 2022.
  4. ^ a b c d Gowri Chitra (4 April 2022). "This Female-Centric Local Talk Show Highlights Topics All Malaysian Women Can Relate To" (dalam bahasa Inggeris). SAYS. Dicapai pada 24 Jun 2022.
  5. ^ "Women Talk Season 1 (2022) - Episod Penuh". TV3 MALAYSIA Official. Dicapai pada 25 Jun 2023 – melalui YouTube.
  6. ^ "Women Talk Season 2 (2022) - Episod Penuh". TV3 MALAYSIA Official. Dicapai pada 25 Jun 2023 – melalui YouTube.
  7. ^ "Women Talk Season 3 (2023) - Episod Penuh". TV3 MALAYSIA Official. Dicapai pada 25 Jun 2023 – melalui YouTube.
  8. ^ a b c Farah Izureen Izhar (5 April 2022). "Women Talk bincang topik hangat wanita". Harian Metro. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  9. ^ Fatin Farhana Ariffin (6 April 2022). "Ikon, tokoh ulas isu wanita". Berita Harian. Dicapai pada 25 Jun 2022.
  10. ^ Tahir Alhamzah (20 Oktober 2022). "#Showbiz: TV3's 'Women Talk' returns for 2nd season" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 25 Jun 2023.
  11. ^ Lia Othman (12 Disember 2022). "Women Talk musim kedua perkasa, inspirasi wanita". Kosmo!. Dicapai pada 25 Jun 2023.
  12. ^ Affan Rostam (6 Disember 2022). "Isu 'Brunch With Women Talk' beri inspirasi wanita". Berita Harian. Dicapai pada 25 Jun 2023.
  13. ^ Dharnieya Nur Amelsa (2 Disember 2022). "Women Talk Musim 2 Bakal Dimeriahkan Lagi dengan Acara 'Brunch With Women Talk'". XTRA. Dicapai pada 25 Jun 2023.
  14. ^ Affan Rostam (6 Jun 2023). "Trio bijak kemudi Women Talk". Berita Harian. Dicapai pada 25 Jun 2023.
  15. ^ Zaara Talita (13 April 2022). "Enggan terlalu feminis". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2022.
  16. ^ Zaidi Mohamad (14 Mei 2022). "Rezeki terpijak Siti Saleha". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2022.
  17. ^ Affan Rostam (12 Disember 2022). "Women Talk dipilih lima terbaik ATA 2022". Berita Harian. Dicapai pada 25 Jun 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]