Mat Dan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mat Dan
Kelahiran
Daniel James Tyler

(1989-10-18) 18 Oktober 1989 (umur 34)
WarganegaraUnited Kingdom
Nama lainMohammad Kareef Daniel bin Abdullah
Pendidikan
  • Greatfield Park Primary School
  • Kapasia Degree College, Dhaka, Bangladesh
  • Cheltenham Bournside School and Sixth Form Centre, Cheltenham, Gloucestershire
Pekerjaan
  • Pengembara
  • Pengacara
  • Pelakon
  • Penyampai radio
Tahun aktif2016–kini
Majikan
Terkenal keranaPenguaaan bahasa Melayu dialek Terengganu oleh orang Inggeris
Karya terkenal
PasanganNadifa Adnan (k. 2017)
Anak-anak3
IbuNicola Tyler
BapaKevin Tyler
SaudaraWill Tyler (saudara kandung)

Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah[1] (lahir Daniel James Tyler,[2] 18 Oktober 1989[3][4]) atau lebih dikenali sebagai Mat Dan merupakan seorang pengembara Inggeris dan pengacara TV yang berwarganegara United Kingdom[5] dan sudah menetap di Malaysia sejak 2009. Beliau mula menetap di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas. Pada tahun 2018, beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia. Beliau juga telah memeluk Islam dan menggunakan nama Kareef Daniel Abdullah.

Beliau dikenali kerana kefasihan beliau bertutur bahasa Melayu dialek Terengganu dengan cukup baik.[6] Kini, beliau lebih dikenali dalam rancangan TV berkenaan pengembaraannya bersama rakan-rakan yang bertajuk Haramain Backpackers - Trans Siberian dan juga sebagai pengacara rancangan Mat Dan Kaki Jalan.[7]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Setakat Januari 2019, beliau bekerja sebagai seorang penyampai radio di Manis FM dan mengendalikan sebuah rancangan travelog makanan.[8]

Duta[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Oktober 2016, beliau telah dilantik sebagai Duta Alam Sekitar Negeri Terengganu sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri di Kerteh oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).[9]

Pada 4 September 2019, Mat Dan telah dipilih sebagai Ikon Pelancongan Terengganu oleh kerajaan negeri Terengganu. Pemilihan beliau dibuat bagi membolehkan Mat Dan mempromosi dan memperkukuh nama Terengganu ke persada yang lebih besar, khususnya pasaran luar negara seperti United Kingdom dan Eropah.[10] Beliau menyatakan, "sejak hari pertama saya sampai di Malaysia, saya telah jatuh cinta dengan negara ini".[11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2016–2017 Haramain Backpackers[7] - Trans Siberian -[12] Pengacara Astro Oasis mengacara bersama PU Amin
Mat Dan Kaki Jalan[7][13][14] Astro Prima
2018 Mahabbah Meals[15] Astro Gempak
I Can See Your Voice Malaysia (musim 1)[16] Penyiasat jemputan ntv7
2022 Borak Kopitiam Pengacara TV3
2023 Misi Mat Dan TV9

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Matilahnak[17] Astro Citra
2021 Busker Bercinta Rejab TV2

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016–2017 Jenaka Kampung Kalut (J.K.K)[18] TV3 Sitkom

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
2019–2021 Manis Manis Pagi Manis FM
9 Januari 2022 - kini Molek Petang Molek FM

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mat Dan Kaki Jalan [Ep1]: Jalan jalan di hometown Mat Dan (Television production). Mat Dan Kaki Jalan. 19 Julai 2017. Peritiwa berlaku pada 1:03. Dicapai pada 3 Disember 2018.
  2. ^ Rosli Mohd Nordin (10 Januari 2021). Malaysia di Hati Mat Dan (Video). Peritiwa berlaku pada 0:27. Nama penuh saya adalah Daniel James Tyler.
  3. ^ Siti Zurina (13 November 2017). "4 Tahun Masuk Islam MAT DAN Dedah Rahsia & Pengalaman Kenapa PILIH Agama Suci Ini. Cukup INDAH Perkongsiannya!". Hijabista. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-06. Dicapai pada 7 Disember 2017.
  4. ^ Kareef Daniel Abdullah [Daniel] (18 Oktober 201718 Oktober 2017). Dicapai daripada https://www.facebook.com/matdantyler/photos/a.619062001604158.1073741828.619049638272061/872912019552487
  5. ^ Kareef Daniel Abdullah [Daniel]. (18 Januari 201718 Januari 2017). Kenyataan Rasmi. Umumnya semua tahu saya berasal daripada UK dan behijrah ke Malaysia untuk melebarkan bakat seni dan cinta saya pada negara Malaysia, setelah banyak negara yang pernah saya lalui. Namun hari ini saya tampil untuk menjelaskan perkara yang berbangkit [kemas kini kiriman Facebook]. Dicapai daripada https://www.facebook.com/matdantyler/posts/726707657506258
  6. ^ Firdaous Fadzil (23 Mei 2015). "Englishman Mat Dan goes native in Terengganu" [Seorang Inggeris bernama Mat Dan mengikut cara hidup Terengganu]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 28 Januari 2017.
  7. ^ a b c BERNAMA (11 Oktober 2017). "Mat Dan, dari program travelog ke dunia lakonan". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-14. Dicapai pada 14 November 2017.
  8. ^ Ahmad Rabiul Zulkifli (6 Januari 2019). "IG anak Mat Dan sudah ada 11,000 pengikut". BH Online. Dicapai pada 19 Februari 2019.
  9. ^ Shamsudin Husin (22 Oktober 2016). "`Hebak mung Mat Dan'". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-22. Dicapai pada 23 Julai 2018.
  10. ^ Farah Shazwani (4 Mac 2019). "Mat Dan ikon pelancongan Terengganu". Sinar Harian. Dicapai pada 21 September 2019.
  11. ^ Ridauddin Daud (27 Ogos 2019). "Sejak hari pertama saya jatuh cinta dengan Malaysia, kata Mat Dan". Sinar Harian. Dicapai pada 21 September 2019.
  12. ^ "Terkenal kerana loghat Terengganu". Utusan Online. 29 Ogos 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-07. Dicapai pada 7 Disember 2017.
  13. ^ Nor Asikin Hassan; Aida Rizmariza Kamaruddin (16 September 2016). "Mahu jadi kebanggaan Malaysia". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-05. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  14. ^ "Mat Dan, Mat Salih Terengganu Pusing Satu Malaysia Kerana Cinta". Gempak. 29 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-14. Dicapai pada 14 Julai 2018.
  15. ^ "Mahabbah Meals". Astro Gempak. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-07. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  16. ^ ntv7 [@ntv7malaysia] (14 September 2018). "Jangan lupa saksikan I Can See Your Voice Malaysia bersama guest artist minggu ini @hazamaazmi dan juga @aishahazman8 Mat Dan sebagai penyiasat ‼️ Siapa yang akan di pilih 🤔 Sabtu, 8:30 malam di ntv7 atau Live HD di Youtube ntv7malaysia 🔥 #icsyvmy #ntv7feelit #mymoodbooster" (Twit). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2018. Dicapai pada 28 September 2018 – melalui Twitter.
  17. ^ "Matilahnak (Astro Citra)". Myinfotaip. 22 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2018. Dicapai pada 28 September 2018.
  18. ^ "Jenaka Kampung Kalut | J.K.K Musim 2 (TV3)". MyInfotaip. 28 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-02. Dicapai pada 2 Disember 2017.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]