Pergi ke kandungan

Bedil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lantaka gangsa dengan tulisan Arab, tahun 1700-an.

Bedil (Tulisan Jawi: بديل‎) ialah istilah rantau Nusantara di Asia Tenggara Maritim yang merujuk kepada pelbagai jenis senjata api dan senjata ubat bedil, dari pistol kecil hingga meriam besar pengepungan.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Istilah bedil berasal dari kata Tamil: வெடில், rumi: veṭil atau வெடியல் veṭiyal[1] dan wediluppu (atau wediyuppu) yang aslinya bermaksud "letupan"[1][2] — kata-kata ini masing-masing merujuk kepada letupan ubat bedil dan niter (kalium nitrat), ia diserap menjadi bedil atau badel[2][3][4] (بديل‎, melalui bentuk lama wedil atau wediyal)[2] dalam bahasa Melayu merujuk kepada semua jenis senjata yang menggunakan "ubat" mampu meletup ini.

Perkataan ini turut diserap dalam bahasa-bahasa Nusantara lain termasuk:

Pengetahuan mengenai senjata berasas ubat bedil diperkenalkan ke kerajaan Jawa ketika tentera Cina Kublai Khan di bawah pimpinan Ike Mese berusaha menyerang Jawa pada tahun 1293. Buku Sejarah Yuan (Yuan shi) menyebutkan bahawa orang Mongol menggunakan meriam (bahasa Cina: 炮 — "Pào") menentang pasukan Daha.[5][6] Majapahit di bawah Mahapatih (perdana menteri) Gajah Mada (bertugas tahun 1331–1364) memanfaatkan teknologi senjata serbuk mesiu yang diperoleh dari dinasti Yuan untuk digunakan dalam armada laut.[7]:57 Meriam orang Jawa, iaitu cetbang, pada awalnya dikenali dengan nama bedil, kata yang menunjukkan senjata berasaskan serbuk mesiu apapun.[8]

Pelubangan laras senapang di Lombok, 1869.

Pendahulu senjata api, meriam galah (bedil tombak), dicatat digunakan oleh Jawa pada tahun 1413.[9][10]:245 Namun ilmu membuat senjata api sebenar datang jauh setelah penggunaan meriam, selepas pertengahan abad ke-15. Ia dibawa oleh negara-negara Islam di Asia Barat, kemungkinan besar oleh orang Arab. Tahun pengenalan yang tepat tidak diketahui, tetapi ia dapat disimpulkan dengan selamat tidak lebih awal daripada tahun 1460.[11]:23 Ini menghasilkan perkembangan arquebus Jawa, yang aslinya juga disebut dengan nama bedil.[12] Pengaruh Portugis terhadap persenjataan lokal setelah penaklukan Melaka (1511) menghasilkan senjata api cucuh sumbu tradisi campuran jenis baru iaitu istinggar.[13]:53

Pelbagai jenis meriam Melayu: (1) Meriam kalok, meriam pusing pendek. (2) Lela. (3) Lela (atau rentaka). (4) Lela rambang (lela pemuras). (5) Ekor lotong. (6) Lela.

Para askar penjajah Portugis dan Sepanyol kadang-kadang terkejut dan bahkan kalah dalam hal persenjataan.[14] Duarte Barbosa mencatat banyaknya senjata berasaskan mesiu di Jawa sekitar 1514. Orang Jawa dianggap sebagai pembina senjata api yang ahli dan penembak artileri yang baik. Senjata yang dijumpai di sana termasuk meriam satu paun (cetbang atau rentaka), senapang lantak panjang, spingarde (arquebus), schioppi (meriam tangan), api Yunani, gun (bedil besar atau meriam), dan senjata api atau mercun lainnya.[15]:254[16]:198[17]:224 Ketika Melaka jatuh ke Portugis pada tahun 1511 M, meriam pusing isian belakang (cetbang) dan meriam pusing isian depan (lela dan rentaka) ditemui dan ditangkap oleh Portugis.[18]:50 Semasa pertempuran itu, orang-orang Melayu menggunakan meriam, senapang matchlock, dan "tiub tembak".[19]:146-147 Pada awal abad ke-16, orang Jawa telah menghasilkan meriam besar secara tempatan, beberapa dari mereka masih bertahan hingga sekarang dan digelar sebagai "meriam keramat" atau "meriam suci". Meriam ini bervariasi antara 180–260 paun, dengan berat antara 3–8 tan, panjangnya antara 3–6 m.[20]

Penuaian saltpeter dicatat oleh pelancong Belanda dan Jerman sebagai biasa di kampung terkecil dan dikumpulkan dari proses penguraian bukit-bukit kotoran besar yang ditumpuk khusus untuk tujuan tersebut. Hukuman Belanda kerana memiliki mesiu yang tidak dibenarkan nampaknya adalah amputasi.[21]:180-181 Pemilikan dan pembuatan mesiu kemudian dilarang oleh penjajah Belanda.[22] Menurut kolonel McKenzie yang dikutip dalam buku Sir Thomas Stamford Raffles, The History of Java (1817), belerang paling suci dibekalkan dari kawah dari gunung berhampiran selat Bali.[21]:180-181

Senjata api Melayu (pasca-1800): (1) Senapang flintlock panjang berhias (senapang / senapan). (1a) Penutup laras dari buluh dan rotan. (2) Senjata flintlock (senapang / senapan). (3) Blunderbuss (pemuras) loyang.

Bagi senjata api yang menggunakan mekanisme kancing batu, penduduk kepulauan Nusantara bergantung pada kekuatan Barat kerana tidak ada tukang besi tempatan yang dapat menghasilkan komponen rumit seperti itu.[23]:cxli[24]:98[25]:42 dan 50 Senjata api flintlock ini adalah senjata yang sangat berbeza dan dikenali dengan nama lain, iaitu senapan atau senapang, yang berasal dari perkataan Belanda snappaan.[26]:22 Kawasan pembuatan senjata Nusantara boleh membina senjata ini, laras dan bahagian kayu dibuat secara tempatan, tetapi mekanisme itu diimport dari pedagang Eropah.[25]:42 dan 50[24]:98[27]:65 Sebuah buku yang menerangkan cara mengisi, membidik dan menembak serta menjaga senjata bedil dalam kalangan "pendekar tembak" iaitu Ilmu Ubat Bedil mula muncul pada pertengahan abad ke-19.[3]

Senarai senjata yang dikelaskan sebagai bedil

[sunting | sunting sumber]
Meriam Aceh dan Turki Ustmani, dibongkar selepas Belanda menguasai Aceh tahun 1874.

Di bawah ini adalah senjata yang secara historis boleh disebut bedil. Penerangan lengkap boleh didapati di setiap halaman. Ini disusun mengikut abjad.[28]

Arquebus Jawa adalah senjata api kancing sumbu panjang awal dari Jawa, digunakan sebelum kedatangan penjelajah Iberia (orang Portugis dan Sepanyol).

Meriam galah buatan tempatan.

Meriam awal yang dibina oleh orang Jawa.

Meriam pusing dengan unjuran yang mirip ekor monyet lotong.[29]

Jenis senjata api matchlock, hasil pengaruh Portugis terhadap persenjataan tempatan selepas perebutan Malaka (1511).

Lela adalah sejenis meriam, serupa tetapi bersaiz lebih besar daripada rentaka.

Dahulu kata ini digunakan untuk satu jenis artileri yang menembak peluru 6 paun atau lebih,[30]:93 sekarang ini adalah kata de facto bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia untuk "cannon".[31][32]

Juga dikenali sebagai meriam mata wang, senjata api ini dihasilkan terutamanya untuk barang dagangan dan barang koleksi.

Senjata api dengan mulut yang semakin melebar (flared muzzle).

Meriam pusing tempatan, sangat popular di kalangan orang Melayu.

Sejenis pistol pasukan dragoon.

Lihat pula

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b "வெடியல் < வெடில்". University of Madras Tamil Lexicon. Universiti Chicago. Dicapai pada 31 Julai 2020 – melalui Digital Dictionaries of South Asia.
  2. ^ a b c Kern, H. (January 1902). "Oorsprong van het Maleisch Woord Bedil". Bijdragen tot de taal-, land- en volkenkunde / Journal of the Humanities and Social Sciences of Southeast Asia. 54: 311–312.
  3. ^ a b Aswandi Syahri (6 Ogos 2018). "Kitab Ilmu Bedil Melayu". Jantung Melayu. Dicapai pada 10 Februari 2020.
  4. ^ Rahmawati, Siska (2016). "Peristilahan Persenjataan Tradisional Masyarakat Melayu di Kabupaten Sambas". Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Khatulistiwa. 5.
  5. ^ Mayers (1876). "Chinese explorations of the Indian Ocean during the fifteenth century". The China Review. IV: p. 178.
  6. ^ Manguin, Pierre-Yves (1976). "L'Artillerie legere nousantarienne: A propos de six canons conserves dans des collections portugaises" (PDF). Arts Asiatiques. 32: 233–268. doi:10.3406/arasi.1976.1103.
  7. ^ Pramono, Djoko (2005). Budaya Bahari. Gramedia Pustaka Utama. ISBN 9789792213768.
  8. ^ "Mengejar Jejak Majapahit di Tanadoang Selayar - Semua Halaman". National Geographic Indonesia. Dicapai pada 19 Mac 2020.
  9. ^ Mayers (1876). "Chinese explorations of the Indian Ocean during the fifteenth century". The China Review. IV: p. 178.
  10. ^ Manguin, Pierre-Yves (1976). "L'Artillerie legere nousantarienne: A propos de six canons conserves dans des collections portugaises". Arts Asiatiques. 32: 233–268.
  11. ^ Crawfurd, John (1856). A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries. Bradbury and Evans.
  12. ^ Kern, H. (January 1902). "Oorsprong van het Maleisch Woord Bedil". Bijdragen tot de taal-, land- en volkenkunde / Journal of the Humanities and Social Sciences of Southeast Asia. 54: 311–312.
  13. ^ Hasbullah, Wan Mohd Dasuki Wan (September 2013). "Teknologi Istinggar Beberapa Ciri Fizikal dalam Aplikasi Teknikalnya". International Journal of the Malay World and Civilisation (IMAN). 1: 51–59.
  14. ^ Atsushi, Ota (2006). Changes of regime and social dynamics in West Java : society, state, and the outer world of Banten, 1750–1830. Leiden: Brill. ISBN 978-90-04-15091-1.
  15. ^ Jones, John Winter (1863). The travels of Ludovico di Varthema in Egypt, Syria, Arabia Deserta and Arabia Felix, in Persia, India, and Ethiopia, A.D. 1503 to 1508. Hakluyt Society.
  16. ^ Stanley, Henry Edward John (1866). A Description of the Coasts of East Africa and Malabar in the Beginning of the Sixteenth Century by Duarte Barbosa. The Hakluyt Society.
  17. ^ Partington, J. R. (1999). A History of Greek Fire and Gunpowder (dalam bahasa Inggeris). JHU Press. ISBN 978-0-8018-5954-0.
  18. ^ Charney, Michael (2004). Southeast Asian Warfare, 1300-1900. BRILL. ISBN 9789047406921.
  19. ^ Gibson-Hill, C. A. (July 1953). "Notes on the old Cannon found in Malaya, and known to be of Dutch origin". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 26: 145–174 – melalui JSTOR.
  20. ^ Modern Asian Studies. Vol. 22, No. 3, Special Issue: Asian Studies in Honour of Professor Charles Boxer (1988), pp. 607–628 (22 pages).
  21. ^ a b Raffles, Thomas Stamford (2010) [1817]. A History of Java Volume 1 (ed. [Repr.].). Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 978-0-19-580347-1.
  22. ^ Dipanegara, P.B.R. Carey, Babad Dipanagara: an account of the outbreak of the Java war, 1825–30 : the Surakarta court version of the Babad Dipanagara with translations into English and Indonesian volume 9: Council of the M.B.R.A.S. by Art Printing Works: 1981.
  23. ^ Raffles, Sir Thomas Stamford (1830). The History of Java, Volume 2. Java: J. Murray.
  24. ^ a b Egerton, W. (1880). An Illustrated Handbook of Indian Arms. W.H. Allen.
  25. ^ a b Tarling, Nicholas (1999). The Cambridge History of Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-66370-0.
  26. ^ Crawfurd, John (1856). A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries. Bradbury and Evans.
  27. ^ Hasbullah, Wan Mohd Dasuki Wan (2014). "Manuskrip Ilmu Bedil Sebagai Sumber Etnosejarah Teknologi Senjata Api Melayu". Jurnal Kemanusiaan. 21: 53–71.
  28. ^ Andaya, L. Y. 1999. Interaction with the outside world and adaptation in Southeast Asian society 1500–1800. In The Cambridge history of southeast Asia. ed. Nicholas Tarling. Cambridge: Cambridge University Press, 345–401.
  29. ^ Teoh, Alex Eng Kean (2005). The Might of the Miniature Cannon A treasure of Borneo and the Malay Archipelago. Asean Heritage.
  30. ^ Gardner, G. B. (1936). Keris and Other Malay Weapons. Singapore: Progressive Publishing Company.
  31. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka (2014). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  32. ^ Departemen Pendidikan Nasional (2008). Kamus Besar Bahasa Indonesia Pusat Bahasa Edisi Keempat. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.