Mohd Salleh Man
Dato' Mohd. Salleh Man DSPN (Pulau Pinang) | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Permatang Pasir | |
Dalam jawatan 25 Ogos 2009 – 2018 | |
Didahului oleh | Mohd Hamdan Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Muhammad Faiz Fadzil |
Majoriti | 6,827 (PRU-13) 4,551 (PRK 2009) |
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang | |
Dalam jawatan 2009–2013 | |
Didahului oleh | Mohamad Sabu |
Digantikan oleh | Mohamad Sabu |
Dalam jawatan 2003–2007 | |
Didahului oleh | Mohd Hamdan Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Mohamad Sabu |
Butiran peribadi | |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Anak-anak | 5 |
Pekerjaan | Ahli akademik, Ahli politik |
Dato' Mohd Salleh Man adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat kerajaan Negeri, beliau merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Latarbelakang[sunting | sunting sumber]
Beliau berasal dari Permatang Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau sudah beristeri dan mempunyai 5 orang cahaya mata.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
YB Ustaz Salleh Man mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Buluh Seberang Perai dan kemudiannya Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas. Beliau juga mempunyai kelulusan 5 Thanawi yang dipelajarinya dari Madrasah Khairiah Islamiah Pokok Sena, Seberang Perai. Selepas pengajian menengah beliau pergi Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan dan akhirnya mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Malaya.
Pengalaman Kerja[sunting | sunting sumber]
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Masjid dan juga menjadi penceramah Bebas. Beliau juga pernah menjadi pengurus sekolah swasta.
Jawatan Dalam Parti[sunting | sunting sumber]
Di antara jawatan-jawatan yang disandang oleh beliau termasuklah:-
- Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor (1987-1989)
- Mantan Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor (1990-1993)
- Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (1994-1997)
- Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang (1998-2001)
- Pesuruhjaya Negeri Pulau Pinang (2009-2013)