Mohd Hata Wahari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Mohd Hatta Wahari.jpg
Mohd Hatta Wahari

Mohd Hatta Wahari adalah bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan kini menyertai DAP. Menerusi NUJ, beliau banyak memperjuangkan etika kewartawanan bagi memastikan para wartawan mampu menjalankan tugas secara profesional tanpa berat sebelah, sekali gus memastikan laporan tepat dan telus. Beliau adalah bekas wartawan kanan akhbar Utusan Malaysia dan bekerja di situ selama 15 tahun sebelum dipecat pada 2011.


Presiden NUJ[sunting | sunting sumber]

Pada 17 September 2010, beliau dipilih angggota NUJ sebagai Presiden NUJ pada persidangan perwakilan dwitahunan ke-17 bagi menggantikan Norila Daud yang tidak mempertahankanjawatan dipegangnya sejak 1998. NUJ yang mewakili 1,400 ahli, tidak cenderung menyokong mana-mana parti di negara ini.

Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM), Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail mendesak Hata meletakkan jawatan sebagai wartawan di Utusan Malaysia jika perjuangan beliau di NUJ tidak selari perjuangan Utusan Malaysia untuk menyedarkan orang Melayu. Sebelum ini Lim Kit Siang dalam blognya nya [1] berharap agar Hata Wahari tidak meletak jawatan tetapi terus memperjuangkan nasib 1000 pekerja Utusan.[2] Parti Keadilan Rakyat pernah mahu menerbitkan akhbar 'Utusan Rakyat' bagi menyaingi Utusan Malaysia tetapi sehingga kini belum diluluskan. Malahan akhbar mingguan Suara Keadilan dihadkan penjualan kepada ahli PKR sahaja. [3]

Pada 21 April 2011 beliau dipecat Kumpulan Utusan kerana didapati bersalah terhadap lapan dakwaan memburukkan imej syarikat Utusan melalui kenyataannya di beberapa portal berita seperti 'Malaysian Insider', 'Malaysiakini', 'Merdeka Review' dan akhbar 'The Sun' antara 21 September dan 14 Oktober 2010.Beliau dikatakan mengkritik Utusan secara terbuka berhubung isu pemilikan UMNO, kejatuhan edaran akhbar dan kelemahan pengarang Utusan. Beliau tampil berceramah di pentas Pas bagi menyatakan pandangannya terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad iaitu majikan yang memecat beliau. Tindakan Utusan memecat beliau dibawa kepada Mahkamah Perusahaan.[4] Wartawan Utusan dan Presiden NUJ Amran Ahmad turut dipecat dari Utusan pada 3 September 2009 kerana tuduhan memfitnah syarikat Utusan susulan aduannya kepada SPRM.

Selepas beliau dipecat, Hata Wahari terus membuka 'pejabat' sendiri di depan ibu pejabat Utusan Malaysia di Taman Shamelin, Cheras, Kuala Lumpur. Di atas mejanya terdapat sebuah laptop, kamera kecil da papan tanda bertulis 'Wartawan Sedang Bertugas'.Beliau digantung tugas dan belum dibuktikan bersalah . [5]

Pengganti beliau sebagai Presiden NUJ ialah Chin Sung Chew daripada akhbar Sin Chew. [6]

Menyertai DAP[sunting | sunting sumber]

Pada 2010, beliau menafikan tuduhan bahawa beliau memihak kepada Pakatan Rakyat. Ahli majlis tertinggi Perkasa , Mohd Zahid Md Arip pernah menuduh beliau selaku presiden NUJ adalah penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim[7] .Baginya, media seharusnya menjadi milik masyarakat agar ia mampu benar-benar berkhidmat untuk mereka dan bebas dari cengkaman BN mahupun PR.[8]

Pada 19 Januari 2012, Mohd Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru yang menyertai DAP. Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng percaya beliau boleh menyumbang kepada parti dan berjuang untuk kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar. Sebelum ini , bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dan penulis blog Umno dan veteran UMNO, Aspan Alias telah menyertai DAP. [9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]