Momolianisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Momolianisme, Bobolianisme, kepercayaan Kadazan-Dusun adalah agama rakyat asli Malaysia dianut oleh orang Kadazan-Dusun di Sabah, Kalimantan, berkaitan dengan agama Kaharingan di Kalimantan Indonesia. Orang Kadazan-Dusun ialah bumiputera yang kebanyakan kini telah beragama Kristian, akan tetapi agama nenek moyang masih hidup dan umatnya secara resmi hanyalah 0,09% dari penduduk Malaysia.[1][2]

Kaum Bobohizan, tahun 1921.

Kaum Bobohizan[sunting | sunting sumber]

Nama Momolianisme berasal dari kata Bobohizan (logat Tangara Kadazan) atau Bobolian (logat Dusun Liwan). Bobohizan merupakan gelaran bagi golongan rahib wanita bagi menguatkan persembahan yang diadakan. Bobohizan pertama dipercayai diajar oleh jelmaan semangat Dewi Huminodun, yaitu Unduk Ngadau, jampi serapah yang diamalkan sehingga sekarang. Dewi itu juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobolian mantera-mantera. Bobohizan ini terdiri daripada kaum perempuan, alasannya, sesuai dengan wacana, Dewi sepanjang empat tahun pada malam memanggil seseorang untuk pengambilan ajaran, akan tetapi cuma seorang wanita berani tidak takut ketemu roh.[3]

Kaum Bobohizan dikwatirkan semangat yang datang tidak dapat ditangkis. Dalam upacara yang diadakan adakalanya paluan gong digunakan bagi menyusuri upacara yang diadakan bagi memanggil Roh-roh tertentu, seumpama spirit tempurung kepala sewaktu perayaan Magang. Selepas itu Bobohizan akan mengucapkan mantera serta bermainkan kombuongo atau peralatan menyatukan dua alam Bagi memulakan upacaranya. Setelah dirasuki oleh semangat tersebut Bobohizan sepertinya bercakap dengan seseorang iaitu semangat yang dijumpainya. Adakalanya semangat tersebut menginginkan korban (ayam kampung, 10 biji telur rebus, nasi kunyit, dan tapai/lihing).[4][5][6]

Dewa-Dewi[sunting | sunting sumber]

Agama Momolianisme menganuti agama animisme. Umat mereka menyembah dan percaya kepada dunia rohani (Susukuon) dengan lima macam makhluk halus: Dewa-Dewi (makluk halus tertinggi); Rusod (semangat semua benda hidup kecuali manusia); Koduduwo (semangat manusia, berarti “kamu kedua”); Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal di akhirat Akinabalu, gunung Kinabalu); dan Rogon (semangat jahat). [7][8]

Dewa Kinoingan (logat lain: Kinorohingan/Kinoringan) disembah sebagai Tuhan Pencipta (“Minamangun”) dan berkuasa sumber kepada kewujudan, selain itu adalah Semangat Padi yang dikenali sebagai Bambaazon/Bambarayon (semangat sumber makanan). Isterinya ialah Dewi Suminundu. Sebelum orang menjamah makanan yang di buru mereka akan memotong secebis dan meyerahkannya dengan hormat kepada roh yang memberikannya.

Anak perempuan mereka ialah Dewi Huminodun (bermaksud “yang berkorban”) yang telah mengorbankan dirinya kepada semangat bumi sebagai balasan untuk hasil tanaman yang lumayan untuk umat manusia. Satu ketika dulu, orang Kadazan-Dusun mengalami bencana kebuluran kerana tidak ada sumber makanan. Sang Kinoingan merasa belas kasihan terhadap kesengsaraan kaum Kadazandusun dan telah mengorbankan Huminodun dan jasadnya disemadikan di bumi lalu tumbuhlah sebagai semacam tumbuhan iaitu padi dan dari situlah suku kaum Kadazan-Dusun mendapat sumber makanan. Dipercayai jelmaan semangat Huminodun jelmaan semangat Huminodun telah hidup kembali setelah tujuh hari sebagai Unduk Ngadau (bermaksud “gadis yang dinobatkan sinar matahari”) dari dalam Kaakanan, selepas tujuh hari dia dikorbankan.

Perayaan[sunting | sunting sumber]

Perayaan.

Tadau Kaamatan atau Magavau disambut sepanjang bulan Mei (walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei) dan merupakan upacara perayaan khusus untuk menghormati Bambaazon yaitu Semangat Padi. Perayaan ini biasanya diadakan setelah selesai panen padi.[9][6]

Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan Ratu Cantik atau Unduk Ngadau diingati selaku semangat Dewi Huminodun dan korbannya. Kata Unduk Ngadau digunakan untuk melambangkan kecantikan dan kebaikan budi.[10]

Mantera-mantera[sunting | sunting sumber]

Antara manteranya (rinait atau inaait) adalah seperti berikut:

          doi kada kati gangang arai
            kotunguan ko do pais 
            otimbaar ko do sadap
            odoi kososodop zou do mogiginipi
            kosou ku do nokotimung kito do pamakanan do karamaian diti
            Nga ino noh maan zou do mamagavau do paai diti
            Do ounsikou nodi ka'ka do bambaazon
            Do kosuni vagu do toun tiso do kaanu no vagu kotimung kito
            om ogumu nodi do pamakanan tokou mantad do paai
  maksudnya:
          aku megambil pisau ini
            untuk di jadikan persembahan
            bagi menyucikan makan ini (padi)
            semalam aku bermimpi
            aku berjumpa dengan engkau (huminodun) dan kita telah makan bersama dalam keramaian itu
            sebab itu lah aku memuja semangat padi ini
            supaya bersukacitalah semangat padi (bambaazon)
            dan tumbuh lagi padi-padi di tahun hadapan supaya dapatlah kita berkumpul lagi
            dan banyaklah lagi makanan kita yang tercipta dari padi
Memorial Nunuk Ragang, Ranau, Sabah.

Asal-usul kaum Kadazan-Dusun[sunting | sunting sumber]

Melalui legenda, mengenai “Nunuk Ragang” sebagai penempatan awal kaum Kadazandusun (daerah Ranau, Sabah). Di mana nenek moyang telah hidup di hutan secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga (seperti minoritas dari suku Kadazan-Dusun yang masih hidup kini bersama antara 150-200 orang) dan belum tahu padi.

Pada tahun 2004 gerakan “Kadazan-Dusun Cultural Association (KDCA)” telah membangun sebuah memorial sakral di tempat kampung pertama legendaris.[11].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jadual 4.1: Jumlah Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik, Agama, Jantina dan Negeri, Malaysia, 2010" (PDF). Statistic Malaysia. m/s. 107. Dicapai pada 2019-02-18. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ Rutter 1922, m/s. 56–65.
  3. ^ Luping, Herman (8 June 2013). "Looking at the Origins of the Bobohizan". Daily Express Sabah. Dicapai pada 2019-02-18.
  4. ^ Rutter 1929, m/s. 227–45.
  5. ^ Phelan 2001.
  6. ^ a b "The Last of the Shamans". The Star. 6 June 2009. Dicapai pada 2019-02-18. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  7. ^ Gidah 2001.
  8. ^ Evans 1953, m/s. 187–88.
  9. ^ Low, Lee 2012, m/s. 92–96.
  10. ^ Barlocco, Fausto (2013). Identity and the State in Malaysia. Routledge. m/s. 126. ISBN 9781317932390.
  11. ^ Patrick, Tracy (30 May 2017). "Book on Way of Life of Kadazans launched". Daily Express. |access-date= requires |url= (bantuan)


Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Berinai, Judy (2013). Liturgical Inculturation in Anglican Worship in Light of the Spirituality of the Indegenous people of Sabah (dalam bahasa Inggeris). Oxford: Oxford Centre for Mission Studies.
  • Evans, I. H. N. (1953). The Religion of the Tempasuk Dusuns of North Borneo (dalam bahasa Inggeris). Cambridge: Cambridge University Press.
  • Low, Kok On; Lee, Yok Fee (2012). "Investigating the Relationship between Kadazandusun Beliefs about Paddy Spirits, Riddling in Harvest-time and Paddy-Related Sundait" [Perkaitan antara Kepercayaan terhadap Semangat Padi, Berteka-teki pada Musim Menuai dan Sundait Kadazandusun yang Berunsurkan Padi: Satu Penelitian] (PDF). MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara (dalam bahasa Inggeris). 13 (Julai): 71–97. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  • Gidah, Mary Ellen (2001). Archetypes in the Cosmogonic Myths of the Australian Aboriginal People and the Kadazandusuns of Sabah (dalam bahasa Inggeris). Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
  • Glyn-Jones, Monica (1953). The Dusun of the Penampang Plains (dalam bahasa Inggeris). London: [Colonial Social Science Research Council]. m/s. vi, 126.
  • Phelan, Peter R. (2001). Head-hunting and Magang ceremony in Sabah (Borneo) (dalam bahasa Inggeris). Kota Kinabalu: Natural History Publication. m/s. v, 101. ISBN 9838120456.
  • Rutter, Owen (1922). British North Borneo: An Account of its History, Resources and Native tribes (dalam bahasa Inggeris). London: Constable & Co, Ltd.
  • Rutter, Owen (1929). The Pagans of North Borneo (dalam bahasa Inggeris). London: Hutchinson & Co, Ltd.