Nunuk Ragang Dalam Minda Kadazan-Dusun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

NUNUK RAGANG[sunting | sunting sumber]

Istilah Nunuk Ragang yang bererti "Pohon Ara Merah" telah tertanam sangat dalam pada ingatan setiap orang kaum Kadazan-Dusun. Dikatakan bahawa pada dahulukala, nenekmoyang orang Kadazan-Dusun mendiami sebuah rumah panjang yang letaknya di pertemuan Sungai Liwagu Kogibanagn (cabang kiri), Liwagu Kawananan (cabang kanan) dan Sungai Labuk. Terdapat 10 pintu keluarga pada Rumah panjang tersebut yang letaknya di bawah sepohon kayu ara besar berkulit kemerah-merahan.

Setakat ini tidak ada kajian arkeologi dilakukan di kawasan Nunuk Ragang dan belum juga ada laporan penemuan sebarang relik arkeologi untuk membuktikan kewujudan masyarakat kuno Nunuk Ragang. Apa yang ada sebagai warisan ialah “tangon doh guluh guluh”  (cerita dahulukala dari nenekmoyang) ditanam dalam minda mereka dan sagiaan fisikal (harta milik bersama) yang telah dibahagi-bagi kepada dan harus disimpan oleh setiap suku sampai ke hari ini

Pekerjaan seharian masyarakat kuno Nunuk Ragang adalah pemburuan binatang dan mengumpul hasil hutan serta menangkap ikan dan siput sungai. Mereka juga bercucuk tanam secara "vegeculture", ia itu penanaman ubi manis, keladi dan ubi kayu. Amalan penanaman padi sawah belum wujud.

Masyarakat awal Kadazan-Dusun menunjukkan kesepakatan “mitoluod” dan kerjasama “mitatabang” dalam melakukan tugas dan tanggunjawab masing-masing. Sebelum mereka menetapkan tugas dan tanggungjawab masing-masing mereka selalu adakan “pitimburungakkan” iaitu mesyuarat untuk menentukan kaum keluarga mana atau penghuni rumah mana yang akan bertanggunjawab dalam sesuatu bidang tugas. Tahun yang tepat nenekmoyang orang Kadazan-Dusun mula mendiami Nunuk Ragang tidak diketahui. Walaubagaimanapun dengan membuat suatu projeksi berdasarkan anggaran bahawa setiap pintu rumah dalam penempatan awal di Nunuk Ragang didiami oleh 5 orang, kemudian mengunakan kadar pertumbuhan purata 1.7 peratus setiap tahun, maka dalam jangka masa kuranglebih 600 tahun jumlah penduduk Kadazan-Dusun di Sabah boleh mencecah lebih 500,000 orang. Ini membawa kita kembali ke tahun antara 1590 – 1610 bagi penempatan awal Nunuk Ragang. Banci kependudukan 2010 menunjukkan bahawa wujud 555,647 orang Kadazan-Dusun di Sabah[1].

Asal Usul suku-suku[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Nunuk Ragang berkembang dan melalui suatu evolusi sosial. Sepuluh pintu keluarga rumah panjang menjadi asas bagi pertumbuhan dan perkembangan bagi suku-suku di kalangan kaum Kadazan-Dusun yang kini melebihi 30 etnik. Dua faktor utama memainkan peranan dalam pertumbuhan populasi dan variasi suku-suku etnik;

  • Pembahagian bidang tumpuan untuk melaksanakan tugas dan tanggunjawab
  • Pembahagian kawasan tanah yang dipilih untuk penempatan baru.

Setelah rumah panjang di Nunuk Ragang tidak lagi mampu menempatkan semua keturunan maka mereka mengadakan “pitimburungakan” dan suatu keputusan dicapai untuk membahagi-bagikan kawasan tanah di sekitar Nunuk Ragang. kaum keluarga masing-masing memilih kawasan tanah penempatan dan pembinaan rumah sesuai dengan bidang pekerjaan yang lakukan. Mereka yang tidak mendapat kawasan sentral Nunuk Ragang memilih kawasan penempatan di bahagian luar atau dalam bahasa Kadazan-Dusun "id saliwan." Kini keluarga yang membuat penempatan "id saliwan" menjadi etnik yang dikenali sebagai Liwan. Mereka yang biasanya terlibat dalam pekerjaan pemungutan dan pembekal rotan atau dalam bahasa Kadazan-Dusun "tuai" memilih untuk mendiami tempat yang dekat dengan sumber rotan atau "kituaion". Keluarga tersebut berkembang menjadi etnik "Tuaion" atau "Tuawon". Keluarga yang mendiami kawasan tanah di Nunuk Ragang yang banyak terdapat pokok mangga spesis "Bundu" mendapat gelaran orang "Bundu". Kaum keluarga yang mempunyai sifat kuat, aggresif dan memiliki sifat kepahlawanan, mendapat nama sebutan Tagahas yang bererti kuat.

Demikianlah kemunculan puak-puak yang pada zaman ini berjumlah lebih 30 sub etnik Kadazan-Dusun. Sebagai contoh ada Mereka ditugaskan sebagai penjaga keamanan untuk melindungi penempatan awal di Nunuk Ragang.

Istilah Dusun, dan kemudian Kadazan-Dusun hanya dipakai pada zaman kemunculan politik, selari dengan kemunculan kesultanan Brunei, pemerintahan British dan kemudian kemerdekaan dalam Malaysia. Kaum Kadazan-Dusun menikmati zaman keamanan dan kelimpahan untuk jangka masa yang agak panjang di Nunuk Ragang.

Secara geografis, Kedudukan Nunuk Ragang adalah di dalam Daerah Ranau, pada pertemuan dua buah sungai yang iaitu Liwagu Kogibangan ( cabang Kiri Liwagu ) dan Liwagu Kowananan (cabang Kanan Liwagu ). Perkataan "Liwagu" adalah singatan frasa "muli wagu" yang bererti "akan pulang semula". Kedua-dua sungai ini seterusnya bertemu dan menghilir masuk ke sebuah sungai yang lebih besar ia itu Labuk Sugut sehingga bermuara ke Lautan Sulu di bahagian Pantai Timur Sabah.

Dari Nunuk Ragang nenek moyang semua suku-suku Kadazan-Dusun keluar dalam migrasi besar-besaran pada zaman pra sejarah, sehingga keturunan mereka terpencar luas sampai ke Tarakan, Kalimantan, dan Tutong, Brunei.

Penyebab bagi migrasi tersebut adalah apa yang disebut oleh nenek moyang sebagai gangguan dari Minorit.

Agama[sunting | sunting sumber]

Pada waktu nenek moyang Kadazan-Dusun mendiami sebuah rumah panjang dengan 10 pintu keluarga di Nunuk Ragang mereka menganuti hanya satu agama. Agama ini berkaitrapat dengan alam semulajadi disekeliling mereka[2]. Sebelum mereka masuk ke ladang mereka memohon pertolongan roh untuk memberi perlindungan. Sebelum mereka mereka menjamah makanan yang di buru mereka akan memotong secebis dan meyerahkannya dengan hormat kepada roh yang memberikannya.Sebelum mereka menebang pokok atau membersih hutan mereka akan adakan acara memohon izin dari roh yang menghuni di hutan. Agama ini dikenali sebagai Momolianism.

Tekanan Minorit[sunting | sunting sumber]

Lagenda mengenai Nunuk Ragang sebagai penempatan awal kaum Kadazan-Dusun tidak lengkap tanpa menyentuh peranan yang dimainkan oleh apa yang disebut sebagai Minorit.[perlu rujukan] Minorit, adalah sejenis mahkluk roh atau roh-roh yang kecil yang mempunyai bentuk tubuh seperti manusia.

Sebelum abad ke 19, istilah Minorit ini, tidak terdapat tercatit di mana-mana rekod. Ini disebabkan suku kaum Kadazan-Dusun tidak memiliki sebarang system penulisan. Segala maklumat di perturunkan oleh kaum tua-tua kepada kaum generasi muda hanya melalui cerita. Cerita-cerita tersebut seringkali merupakan sebuah metafora untuk menggambarkan keadaan atau kejadian yang benar, namun perlu disampaikan dalam bentuk metafora guna menyembuni sesuatu keadaan atau melindungi seseorang. Sehingga ke tahun 50an dan 60an, semasa generasi muda Kadazan-dusun masih sangat fasih berbahasa ibunda mereka, frasa “Minorit ialoh” (engkau seorang Minorit), “minorit!!” selalu kedengaran dipakai sebagai frasa pernyataan sifat-sifat atau kata luahan kekecewaan. Kini frasa atau perkataan tersebut tidak lagi digunakan mungkin kerana pengunaannya dianggap sebagai ketinggalan zaman oleh generasi siber[perlu rujukan]. Memang benar bahawa frasa atau perkataan tersebut tergolong pada Zaman kuno.

Seorang pengkaji etnografi juga arckeologi[3] telah membuat rekod bertulis mengenai istilah ini . Menurut kajiannya perkataan Minorit di pakai oleh suku Dusun Tindal di Tempasuk dan juga oleh suku Dusun Rungus di Matunggong bagi merujuk kepada keadaan atau sifat yang membosankan kerana “terus ada persamaan”. Sebagai contoh frasa “minorit o Paka” (semua rumput lalang) dipakai untuk merujuk kepada keadaan tanah yang telah di liputi keseluruhannya oleh tumbuhan yang tidak disukai ia itu rumput lalang, seperti yang kini terjadi meluas dalam daerah Matunggong, Sabah. Usaha pembangunan pertanian pun sangat sukar, kebakaran liar terjadi setiap musim kemarau dan kawasan tanah telah kehilangan kesuburan. Keadaan kemiskinan di kalangan penduduk berleluasa.

Suku Kimarangan dan Sonsogon pula mengunakan istilah “minorit o lasu” untuk merujuk kepada keadaan kulit yang telah dijangkiti ruam panas. Pada kulit pengidap ruam panas terdapat banyak biji-bijian kecil dan sama dari segi saiznya. Ia mengandungi air dan kulit terasa sangat gatal serta pedis.

Akibat krisis Minorit itu masyarakat Kadazan-dusun gagal menuju dan mencapai ke tahap ketamadunan besar berciri tersendiri dan unik. Namun demikian kaum Kadazan-Dusun tetap memiliki kultur yang unik.  

Pemilihan Arah Tuju[sunting | sunting sumber]

Keluaran dari Nunuk Ragang diawali dengan suatu "pitimburungakan". Keputusan dari kaum paderi wanita pagan atau bobolian memberi penjelasan bahawa andaikata semua suku kaumKadazan-Dusun tidak berpindah maka seluruh bangsa akan punah akibat serangan dari Minorit. Pemimpin-pemimpin suku-suku mencapai persepakatan bahawa suku kaum Tagahas (yang kuat) di tugaskan untuk pertahanan belakang (rear guard) sementara suku-suku yang lain secepat mungkin mulai berangakat dari sentral Nunuk Ragang.

Arah tuju perjalanan setiap suku kaum adalah berpandu pada aliran sungai Liwagu. Suku kaum Rungus, dan suku kaum Tangara yang dahulu mendiami kawasan "pirungusan"ia itu perkampungan mereka di antara dua anak sungai yang menghilir ke sungai Liwagu da

juga keadaan "tangar-tangar" atau pasir putih, berangkat menuju turun ke sungai Labuk. Sampai ke hari ini logat suku Tangara dan suku Rungus tidak jauh berbeza walaupun mereka mendiami kawasan yang berjauhan. Kemudian kedua-dua suku ini melencong naik ke Utara. Setelah sampai ke Tempasuk melalui lembah, Marak-Parak, mereka ambil keputusan untuk berpecah, satu kumpulan menuju ke Matunggong, dan yang satu lagi ke kawasan pantai Barat, khasnya di Papar dan Penampang.

Suku kaum Tuhawon berangkat keluar dari Nunuk Ragang dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama masuk ke suatu lembah kecil yang di ambang masuknya terdapat pusat persinggahan pemburuan dan pengumpulan rotan bernama Tubau-Pudan. Kumpulan suku Tuhawon ini dipimpin oleh seorang ketua klan bernama Tamadon. Lembah Tubau-Pudan ini adalah suatu lembah yang belum pernah dihuni atau diketahui isi dan keluasannya. Setelah sampai ke penghujung lembah tanpa menemui sungai yang baik, kumpulan Tamadon, naik ke pergunungan Trus Madi dan turun ke lembah Tambunan serta mendirikan penempatan baru di Tebilong[2].

suku kaum Liwan, yang memang berada di "saliwan" (luar) Nunuk Ragang telah lebih awal secara beransur-ansur mendiami hampir semua pesisir sungai Liwagu Kogibangan. Pada kurun ke 17 keluarga Bungkar Bin Butog, seorang pahlawan suku Liwan sudah mendiami pergunungan di sekitar kampung Pahu. Hanya lebih kurang 20 kilometer memisahkan mereka dari lembah Tambunan.

Pemilihan Tanda Pertalian Persaudaraan[sunting | sunting sumber]

Sebagai tanda pertalian persaudaraan antara semua suku-suku Kadazan-Dusun tiga jenis barang2 yang sangat bernilai di bagi bahagi kepada setiap suku sebelum berangkatː

  • Sagiaan/
  • Tangon /susuzan

Tangon memain peranan penting dalam masyarakat Kadazan-Dusun. Pengalaman terkumpul yang disampaikan melaluiTangon dari generasi yang mendahului kita menjadi pengajaran/pedoman bagi kita untuk kekal selamat dan kemudian pengalaman tersebut perlu di wariskan kepada generasi muda bagi keselamatan dan kesejahteraan hidup mereka. Berdasarkan Tangon maka ada pemilihan atau penapisan terpilih bagi minda-minda yang memiliki kebolehan untuk mengikut prinsip;percaya tanpa soal apa yang diberitahu oleh orang-orang tua[4].

Metafora Minorit[sunting | sunting sumber]

Minorit adalah metafora mengenai kemunculan usaha monokulturalisme dalam masyarakat Kadazan-Dusun dan juga kemerosotan sumber alam di Nunuk Ragang. Kedua-dua ini berkait rapat dengan agama nenek moyang kaum Kadazan-Dusun yang pada zaman itu menganuti agama animisme dan menyembah Kinorohingan sebagai Tuhan (bersama Huminodun) dan Bambarayon (roh sumber makanan) sebagai penyelamat mereka. Setelah penanaman padi diperkenalkan kedalam masyarakat Kadazan-Dusun, Bambarayon dikait rapat dengan roh padi. Dikemudian hari nanti, di mana pun kaum Kadazan-Dusun membuat penempatan baru, tema monokulturalisme dan perayaan penyelamatan/penuaian sering mengiringi kehidupan mereka.

Dalam Tangon Minorit, dikatakan bahawa pada waktu nenek moyang Kadazan- Dusun tinggal dalam penempatan awal di Nunuk Ragang, ada serangan yang muncul dari tanah dalam bentuk mahkluk-mahluk kecil. Tidak diberitahu apakah bentuk senjata yang digunakan oleh puak Minorit. Pakar pengkaji anthropologist merekodkan tembual dengan beberapa orang yang mengatakan bahawa puak Minorit memaksa masyarakat awal Nunuk Ragang untuk mengikut amalan mereka iaitu menghapus kanak-kanak yang baru lahir jika sekiranya kanak-kanak tersebut menunjukkan ciri-ciri akan membesar normal. Puak Minorit hanya memilih anak mereka yang kecil-kecil dengan tujuan mengurangkan pengunaan makanan dan tubuh mereka "semua sama" dari segi saiz. Cerita ini bersifat metafora kerana merujuk kepada sejenis mahluk yang tidak terbukti wujud sampai hari ini namun memberi kesan yang bersifat revolutionaris iaitu melancarkan keluaran besar-besaran dari Nunuk Ragang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jabatan Perangkaan Malaysia https://www.dosm.gov.my/v1/index.phpr=column/cthemeByCat&cat=117&bul_id=MDMxdHZjWTk1SjFzTzNkRXYzcVZjdz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09
  2. ^ Patrick Segundad. www.ourplanet.com/1mgversn/105/voices.html
  3. ^ I.H.N. Evans (1922); The Religion Of The Tempasuk Dusun Of Borneo. Cambridge University Press.m.s.30
  4. ^ Dawkins, R. (2006). The God Delusion. Boston: Houghton Mifflin. (2006:203).