Muid Latif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muid Latif
Kelahiran
Abdul Muid bin Abdul Latif

(1979-02-24)24 Februari 1979
Meninggal dunia11 April 2020(2020-04-11) (umur 41)
Nama lainMuid, Moed
PekerjaanArtis Digital, Pereka Grafik & Laman Web, Duta Behance Malaysia, Ahli Lembaga Creative Commons Malaysia
Karya
Grafik, Seni tampak, Seni digital, Media digital,
AnugerahMSC APICTA 2002 Best Student, WebCuts 2006 Best Selection, Malaysian Book of Records for longest banner for 1998 Commonwealth Games, Commendation by Datuk Jamaludin Jarjis untuk pembabitan dan persembahan terbaik Pameran Ilmuan Sains Dalam Tamadun Islam, 2007, Malaysian Books of Records (Longest Comic Banner in Group), 2008.
Laman web rasmiwww.muidlatif.com

Muid Latif (lahir 24 Febuari 1979 – 11 April 2020) ialah seorang pereka laman web dan artis digital Malaysia yang secara aktif mempromosikan seni kebudayaan Asia Tenggara dari pengaruh Batik, songket dan unsur lain dalam karya digitalnya.[1][2]

Muid kini merupakan Ketua Projek[3] untuk Creative Commons Malaysia yang secara aktif mempromosikan pergerakan budaya bebas dan kerjasama terbuka.[4][5] Muid adalah salah seorang Duta Besar Behance yang mewakili Malaysia[6] dan penulis 'Mekarnya Cinta Kata-kata & Puisi' e-buku, sebahagian daripada inisiatif pergerakan Creative Commons dalam memupuk kesedaran kandungan bebas dan kempen hijau.[7]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Setelah mendapat gelaran Sarjana Seni Halus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia pada tahun 2001, Muid bekerja di beberapa agensi dan syarikat dengan menyediakan rekaan kreatif untuk kempen pembinaan dalam talian dan mengemaskini laman web seperti Maxis Hotlink, Petronas, Petrosains, Toyota, Microsoft Singapura dan banyak lagi sebelum menjinakkan diri menggunakan aplikasi Adobe Photoshop pada tahun 1997.

Muid ialah penyokong aktif gerakkan Creative Commons dan salah seorang ahli lembaga Creative Commons Malaysia. Muid menubuhkan Digital Malaya Project (DMP).[8] sebuah kolektif kumpulan seniman yang menyokong pembangunan dan perkembangan industri kreatif multimedia di Malaysia sejak laman web ini dimulakan pada tahun 2001.[9][10][11] Projek Digital Malaya, yang menyokong perkembangan seni lukis dan reka tempatan lebih dari sedekad, telah mengambil bahagian dalam pameran-pameran seni dari Malaysia ke Singapura, Jakarta, Bangkok, Jepun & Jerman, dan telah terlibat dalam projek dan kempen berbentuk pro-bono bersama Majlis AIDS Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan lain seperti Yayasan Kepimpinan Perdana. Digital Malaya Project dicalonkan sebagai pilihan terbaik ('Best Selection') di dalam Anugerah WebCuts 2006 yang diadakan di Jerman[12] dan finalis kepada Anugarah APICTA (MSC Malaysia) 2002 didalam kategori ‘Best Student Awards’. Muid terlibat sebagai duta untuk Kuala Lumpur Design Week (KLDW) 2009 dan 2010 dan juga membuat kolaborasi bersama pereka-pereka kontemporari dengan negara jiran di Asia Tenggara seperti Drew Europeo, Tony Ariawan, Amenth, Firdaus Mahadi dan banyak yang lain. Beliau juga dilantik menjadi Duta Behance mewakili Malaysia untuk memperkembangkan penggunaan portal behance.net untuk melopori dan mempromosikan bakat-bakat kreatif.[13]

Muid juga terlibat sebagai salah satu juri final untuk Anugerak Web Filipina yang ke-6 & ke-8[14] bersama guru Flash, Joshua Davis, Adhemas Batista & Carole Guevin, dan juri kepada Anugerah Kre8tif! MSC Malaysia pada tahun 2009 & 2010. Pada tahun 2013, beliau menjadi antara juri untuk pertandingan 'CUT&PASTE: Characterized'[15] sebuah acara antarabangsa berbentuk kreatif dimana peserta-peserta melukis dan mereka secara langsung.

Muid juga memberikan sumbangan kepada Malaysia Book of Records sebagai ilustrator untuk Banner Komik Terpanjang di Asia bertarikh Mac 2008, bertempat di PTWC, Kuala Lumpur sempena Comic Fiesta dan merupakan perunding kreatif untuk Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) setelah bekerja dengan produksi animasi tempatan yang mengeluarkan animasi 3D pertama; Saladin, The Animated Series[16]. Animasi Saladin turut dicalonkan di dalam Anugerah Emmy antarabangsa pada tahun 2011.[17]

Pada Oktober 2010, Muid menjadi Artis Digital Pertama di Malaysia untuk melakukan persembahan seni digital secara langsung (Dengan menggunakan Adobe Photoshop) bersama-sama dengan Okestra Dewan Filharmonik Petronas di bawah konduktor berbakat, Harish Shankar, sempena Festival Seni KLCC 2010.[18]

Selain menaung projek Creative Commons Malaysia, Muid kini bekerja sebagai pereka dan pakar Media Baru bebas, turut memberikan ceramah kreatif di beberapa institusi seni tempatan. Beliau juga turut menjadi sukarelawan untuk kerja-kerja amal mengendalikan pelbagai kempen dan projek termasuk penulisan kreatif untuk majalah-majalah tempatan seperti 'Cutout', 'Art Malaysia' dan majalah grafik 'Territory' disamping mereka dan membangun laman web untuk portfolio beliau diantaranya ialah Puteri Gunung Ledang: Muzikal Musim ke-3,[19] Jeff Timmons (dari kumpulan 98 Degrees, Amerika Syarikat), rekaan kulit album artis tempatan seperti penyanyi Jazz, Atilia Haron,[20] Elvira Arul, artis luar negara dan sebagainya.

Sebagai duta seni digital[21] karya-karya seni digital beliau turut berada di dalam koleksi tetap Muzium dan Galeri Seni Pulau Pinang 2012, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, dan beberapa buah galeri tempatan.[22][23][24][25]

Pengaruh[sunting | sunting sumber]

Muid adalah generasi ketiga artis digital di Malaysia bersama dengan Artis digital seperti Mohammad Yazid,[26] Aadi Salman (Novel Grafis 'Silent Hill'), Milx (yang bekerja dengan Marvel untuk komik Silver Surfer, Fytullah Hamzah (Kromosom), Tan Jin ho,[27] dan lain-lain. Untuk nama beberapa Generasi Digital Artis Pertama di Malaysia ialah Dato Lat, Hassan Mutalib, Niranjan Rajah, Hasnul Jamal Saidon, Kamal Sabran, Roopesh Sitharan, dan lain-lain yang memulakan gerakan Seni Elektronik dan Seni Digital di Malaysia. Muid banyak dipengaruhi dengan karya arwah Ismail Zain (Bapa Seni Digital Malaysia). Antara pengaruh lain dalam karya digital Muid ialah seperti Joshua Davis (Amerika Syarikat), Drew Europeo (Filipina), Adhemas Batista (Brazil), Michael Paul Young (Amerika / Thailand), Mike China (Amerika Syarikat), Masashi Kishimoto (Jepun), Morimoto Koji (Jepun), Mehdi Saeedi (Iran), Datuk Lat (Malaysia), Ibrahim Hussein (Malaysia), Shieko Hussein (Malaysia), Datuk Syed Ahmad Jamal (Malaysia), Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, Actiontintoy (Malaysia)[28] & Zid (Malaysia).

Beberapa karya seni digital Muid seperti 'Lovely Disturbia'[29] Kini berada dalam koleksi tetap 2012 Galeri Seni Negeri Pulau Pinang[30] terletak di George Town, Pulau Pinang dan Galeri Seni dan Muzium Bank Negara Malaysia[31] 2015 & 2016. Seni digital Muid pada percetakan kanvas disebut 'Better Together', yang dihasilkan sempena sambutan Hari AIDS Sedunia 2015 yang dianjurkan oleh Kakiseni dan ONE Condom Malaysia dilelong untuk RM20,000.[32]

Pameran[sunting | sunting sumber]

  • 2017 - 'Nature Nurtured' (Group Exhibition), Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery, Sasana Kijang, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2016 - Flora and Fauna at ACC (Group Exhibition) in conjunction with Merdeka 59 Exhibition, Art Gallery, Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery, Sasana Kijang, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2016 - Flora and Fauna at ACC (Group Exhibition), Bank Negara Malaysia Headquarters, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2016 - Flora and Fauna at ACC (Group Exhibition), Bank Negara Malaysia, Batu Tiga, Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • 2015 - 'Star Wars Art Force Salute' Group Exhibition, Star Wars Fan Festival Taiwan, SYNTREND Space Mall, Taipei, Taiwan
  • 2015 - 'Designber Fest' Group Exhibition, Pier 2, Kaohsiung, Taiwan
  • 2014 - B0dy_m0vement showcase with Perezoldskool, Pause Fest 2014, Federation Square Big Screen, Melbourne, Australia
  • 2014 - Young Malaysian Artists II Exhibition, Penang State Art Gallery, Penang, Malaysia
  • 2013 - Creative Cities (Kaohsiung Design Festival), Pier 2 Art Centre, Kaohsiung, Taiwan
  • 2013 - Young Malaysian Artists II, Galeri Petronas, KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2013 - Digital Malaya Project Group Exhibition, Future + Traditions, Digital Photography and Video Installation, Art Row, PUBLIKA Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2012 - Beautiful Junk Exhibition, In Studio @ Straits, Armenian Street, Georgetown, Penang, Malaysia
  • 2012 - Behance Malaysia 2nd Group Exhibition (Akar & Kukubesi Vol.II), Galeri Shah Alam, Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • 2011 - INSIGHT Asia Creative Culture Exhibition, Red Gallery, East London, London, United Kingdom
  • 2011 - Behance Malaysia 1st Group Exhibition, PUBLIKA Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2011 - AKAR & KUKUBESI Group Exhibition, Galeri Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • 2010 - INSIGHT, Contemporary Malaysian Designers Exhibition, Centre for Creative Communications (CCC), Shizuoka, Japan
  • 2010 - Live Digital Art Performance with Malaysian Philharmonic Orchestra, Dewan Filharmonik Orkestra KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2010 - Digitization, In Conjunction with KL Design Week 2010 (NOVA), Galeri Petronas, Suria KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2009 - Digitization, Digital Art Exhibition, Siam Paragon, Bangkok, Thailand
  • 2009 - Young Tiger Showcase, Kuala Lumpur Design Week 2009, CapSquare Mall, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2008 - UOX Play, Sg. Wang Plaza Rooftop, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2008 - Miss Hua Journey to Nanyang Exhibition, Han Chiang College, Penang, Malaysia
  • 2008 - Digital Malaya Project Group Exhibition III, Urbanscapes, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2008 - Get Moovable Moving Art Exhibition, Palate Palette Restaurant and Bar, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2007 - Let Arts Move You (LAMU) Festival, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2006 - DIGI-Starbucks Music Series exhibition, Starbucks, Centrepoint, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • 2006 - Kingdom of Rebel, Digital Malaya Project Video Screening, Pelita Hati Gallery, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2006 - Massive Territory Group Exhibition, National Gallery of Indonesia, Jakarta, Indonesia
  • 2006 - Poster Show, Wondermilk Uptown, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • 2006 - EX2, Digital Art Exhibition, Galleriiizu, Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2005 - aRtY ParTy Video Showcase, Galleriiizu, Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2005 - ‘7’, An Exhibition, Galleriiizu, Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2005 - Open House, Gema Rimba Gallery, Bukit Tunku, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2005 - Digital Malaya Project Group Exhibition II, NotThatBalai Art Festival, Taman Seputeh, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2005 - Beautiful Junk Exhibition, Dewan Sri Pinang, Georgetown, Penang, Malaysia
  • 2004 - Digital Malaya Project Group Exhibition, NotThatBalai Festival, Taman Seputeh, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2004 - Undiscovered Territory, Berjaya Time Square, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2004 - Digital Malaya Group Exhibition, SAYA Art Festival, PSC Perdana Shopping Centre, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • 2004 - Urbanscapes, Kuala Lumpur Sentral (Open Space), Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2003 - Merdeka Young Malaysian Designer Group Exhibition, INTEC College Gallery, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2002 - Digital Malaya Project showcase @ MSC APICTA, Sri Pentas, TV3, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • 2001 - Remixed Exhibition, Final Degree Showcase, Faculty of Art & Design, University Technology MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • 1997-98 - Art Market, Foyer FSSR, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oriental Series By Muid Latif http://www.behance.net/gallery/Oriental-Series/199135
  2. ^ Groovy Kind of Isolation https://www.behance.net/gallery/19429493/Groovy-Kind-of-Isolation
  3. ^ Creative Commons Malaysia https://wiki.creativecommons.org/wiki/Malaysia
  4. ^ CC Malaysia, where are we now? A mixtape, open data and more by Jessica. Published on March 2, 2015 https://creativecommons.org/2015/03/02/cc-malaysia-where-are-we-now-a-mixtape-open-data-and-more/
  5. ^ The top of the commons 2016: Favorites from our community of commoners by Jennie Rose Halperin https://creativecommons.org/2016/12/20/top-commons-2016/
  6. ^ Behance Ambassadors http://blog.behance.net/teamblog/ambassadors Diarkibkan 2012-07-23 di Wayback Machine
  7. ^ Mekarnya Cinta Kata-kata & Puisi, e-buku percuma oleh Muid Latif http://moedlatif.com/mckkp/ Diarkibkan 2017-08-10 di Wayback Machine
  8. ^ Digital Malaya Project http://www.digitalmalaya.com
  9. ^ Creative Commons Malaysia http://wiki.creativecommons.org/Malaysia
  10. ^ Patrick, Steven (31 March 2009). "Creative Commons Movement Steps Up". The Star Online.
  11. ^ Creative Commons Asia Pacific Regional Meeting 2012 http://creativecommons.org/weblog/entry/36193
  12. ^ Webcuts 06 Official Site http://www.webcuts.org/2006/index_en.html Diarkibkan 2010-12-04 di Wayback Machine
  13. ^ Dhanagunan, Laviinia (1 November 2010). "Showbiz: Painting to an orchestral beat". News Straits Times. Dicapai pada 1 November 2010.
  14. ^ http://www.philippinewebawards.com/
  15. ^ Cut&Paste Characterized Kuala Lumpur 2013 http://characterized.cutandpaste.com/events/kuala_lumpur_2013 Diarkibkan 2015-02-25 di Wayback Machine
  16. ^ Saladin http://www.saladin.tv
  17. ^ Saladin ke Anugerah Emmy dari berita Yahoo! Malaysia http://my.news.yahoo.com/saladin-ke-anugerah-emmy-041900973.html Diarkibkan 2011-11-10 di Wayback Machine
  18. ^ Dhanagunan, Laviinia (2010-11-01). "Showbiz: Painting to an orchestral beat". News Straits Times. Dicapai pada 2010-11-01. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  19. ^ Laman Rasmi Puteri Gunung Ledang: Muzikal, Musim 3 http://www.enfiniti.com.my/pglm3/ Diarkibkan 2009-01-22 di Wayback Machine
  20. ^ Atilia Haron http://www.atilia.us Diarkibkan 2018-09-15 di Wayback Machine
  21. ^ Duta Muda Seni Digital, Muid Latif oleh Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20120909/ke_04/Duta-muda-seni-digital
  22. ^ Syameen, Siti (4 November 2013). "Tech in art". New Straits Times. Dicapai pada 4 November 2013.
  23. ^ de Guise, Lucien (1 December 2013). "All about new idioms". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-01. Dicapai pada 1 December 2013.
  24. ^ Patrick, Steven (20 April 2015). "Driving digital art". The Star. Dicapai pada 20 April 2015.
  25. ^ K Shagar, Loshana (11 August 2016). "Admire art on banknotes at Bank Negara Malaysia Exhibition". The Star. Dicapai pada 11 August 2016.
  26. ^ Mohammad Yazid, artis digital http://www.mohammadyazid.com
  27. ^ Tan Jin Ho http://www.tajino.net Diarkibkan 2018-05-31 di Wayback Machine
  28. ^ ActionTintoy http://www.actiontintoy.com/
  29. ^ 'Lovely Disturbia' on Muid's Behance website http://www.behance.net/gallery/Lovely-Disturbia/673496
  30. ^ Penang State Art Gallery http://www.penangmuseum.gov.my/
  31. ^ Museum and Art Gallery http://www.museum.bnm.gov.my
  32. ^ World AIDS Day 2015 - ONE Condom Designer https://vimeo.com/148587433

Pautan luar[sunting | sunting sumber]