Nasi Minyak Kuah Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nasi Minyak Kuah Cinta
Genre
Ditulis olehAzmy Ariff
Nadhirah Megat Osman
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hanya Dirimu" oleh Eleena Harris dan Mark Adam
Lagu penutup"Hanya Dirimu" oleh Eleena Harris dan Mark Adam
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal9 Oktober 2016 – 25 November 2016
Kronologi
MengikutiBibik-Bibikku
Diikuti olehCinta Roller Coaster

Nasi Minyak Kuah Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Eoon Shuhaini, dibintangi oleh Nazrief Nazri, Emma Maembong, Aishah Ilias dan Shahz Jaszle.[1][2] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Dahlia TV3 dari 9 Oktober 2016 hingga 25 November 2016 menggantikan Bibik-Bibikku.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkana tentang Izka (Nazrief Nazri), seorang wartawan di sebuah stesen televisyen, secara tidak sengaja telah bertemu dengan Mia (Emma Maembong) di dalam sebuah bas ketika ingin bercuti pulang ke kampung. Mia baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi massa. Dia masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan dirinya. Ketika di dalam bas, Izka dan Mia mendapati nombor tempat duduk mereka sama. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai tahap ego yang tinggi, maka tercetuslah pertengkaran antara mereka. Akhirnya, mereka berdua terpaksa menaiki bas yang berlainan setelah dihalau keluar oleh pemandu bas tersebut. Kedua-dua terpaksa mengambil bas di waktu petang. Mia menyalahkan Izka kerana tidak sempat menghantar ibu dan bapanya ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah.

Drama antara mereka berdua berlanjutan apabila Mia mula menjalani latihan praktikal di stesen televisyen yang sama dengan Izka. Ini memberi peluang kepada Izka untuk membalas dendam terhadap Mia. Izka kurang bertuah dalam percintaan dan telah dua kali putus cinta. Mungkin disebabkan itu Izka agak dingin dengan perempuan dan menyerah soal jodoh kepada ibunya Azizah.

Satu hari, Izka menghantar kereta antik kesayangannya ke bengkel. Suraya (Aishah Ilias) yang merupakan seorang pengasas produk kecantikan, turut menghantar keretanya di bengkel yang sama. Suraya perli kereta Izka yang buruk itu. Izka tidak mengendahkan kata-kata Suraya. Tanpa disangka, Suraya bertemu semula dengan Izka kerana dia ditugaskan untuk membuat liputan produk kecantikan milik Suraya. Ini membuatkan Suraya berasa serba salah dan terus berubah perangai menjadi baik dan bermulut manis.

Di kampung, Azizah telah mengaturkan pertunangan Izka dengan gadis bernama Zulaikha. Pada masa yang sama, ibu dan bapa Mia juga telah mengaturkan jodoh untuk Mia dengan jejaka pilihan mereka bernama Putra. Sekali lagi ibu Izka menyuruh Izka pulang ke kampung untuk bertemu dengan Zulaikha. Namun, Izka terpaksa pulang sehari selepas tarikh yang ditetapkan ibunya kerana Mia pun bercuti pada hari yang sama. Zulaikha ada meninggalkan nasi minyak dan kuah kari ayam yang dimasaknya untuk Izka. Selepas merasai masakan Zulaikha, Izka mula rasa terpikat lalu dia pun meminta ibunya untuk meminang Zulaikha. Apa yang tidak diketahui oleh Mia dan Izka adalah mereka sebenarnya merupakan tunang masing-masing. Mia mesra dipanggil ‘Zulaikha’ oleh keluarganya kerana dia kuat menangis waktu kecil dahulu dan nama itu diberi oleh neneknya sebagai ‘pengubat’.

Pada masa yang sama, Mia bertanya tentang Putra kepada ibunya. Dia hanya pernah berbual dengan Putra melalui telefon sahaja. Sudah semestinya perasaan ingin tahu itu semakin kuat. Apakah perasaan Mia dan Putra selepas mendapat tahu bahawa mereka telah bertunang dengan musuh ketat mereka sendiri? Adakah perasaan benci itu akan bertukar menjadi cinta?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Nasi Minyak Kuah Cinta (TV3) My Infotaip (26 November 2016). Dicapai pada 15 Mac 2017.
  2. ^ Budiey (6 Oktober 2016). Nazrief Nazir bercinta dengan Emma Maembong dalam Nasi Minyak Kuah Cinta Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Mac 2017.
  3. ^ Nasi Minyak Kuah Cinta (2016): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 20 Mei 2018.
: Dahlia, Setiap Jumaat - Ahad 6:58 petang
Sebelumnya Nasi Minyak Kuah Cinta Berikutnya
Bibik-Bibikku Cinta Roller Coaster