Pergi ke kandungan

Shahz Jaszle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shahz Jaszle
شاهز جازلي
Kelahiran
Shahrizal Jaszle bin Jasmin

(1988-07-30) 30 Julai 1988 (umur 37)
PendidikanDiploma[1]
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini
Karya
Filemografi
PasanganHanis Husna (k. 2015)
Anak-anak2

Shahrizal Jaszle Jasmin atau lebih dikenali sebagai Shahz Jaszle (lahir 30 Julai 1988) ialah seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Ash dalam Tari Tirana pada tahun 2009. Kelibatnya mula mencuri tumpuan dan menjadi kegilaan ramai apabila muncul dalam siri TV Asmara dan Gemilang dan Tahajjud Cinta di TV3.

Pada 4 Mei 2017, Shahz telah membintangi filem 2017, Lebuhraya Ke Neraka, arahan Mamat Khalid. Beliau memegang watak sebagai Jeff dalam filem ini.[2]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 30 Julai 1988 di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Cina.

Beliau sebenarnya telah berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2006. Bermula dengan program TV Naratif Remaja terbitan RTM sehinggalah drama bersiri Luna Fantasiku pada tahun 2008, beliau yang benar-benar melonjakkan namanya, Shahz telah melalui pelbagai cabaran sebelum namanya dikenali.

Cita-cita asalnya adalah untuk bergelar seorang chef. Malah Shahz berpeluang mengambil sijil kursus perhotelan dan katering di Kolej Komuniti, Selangor, sebelum terjun ke dunia lakonan. Tidak pernah terlintas dalam kepalanya untuk jadi pelakon sebelum ini. Mulanya hanya menemani seorang teman untuk sesi uji bakat program Naratif Remaja tetapi dia pula disuruh mencuba dan akhirnya terpilih. Sejak itu beliau mula terlibat dengan dunia lakonan dan dalam masa yang sama aktif mendapat tawaran peragaan.

Ketika menuntut, anak kelima daripada tujuh beradik ini pernah kerja sebagai pelayan di restoran TGI Friday. Selepas mendapat tawaran berlakon siri TV Luna Fantasiku, baru kerjaya lakonan beliau semakin stabil dan seterusnya mendapat tawaran drama Tari Tirana yang memperkenalkan lagi namanya.

Biarpun mula dikenali menerusi watak Ash dalam siri TV Tari Tirana arahan Shahrulezad Mohammedin, nama Shahz mula menjadi kegilaan apabila susuk tubuhnya diabadikan sebagai Asmara dalam siri TV tajuk serupa terbitan Suhan Movies di bawah arahan Heikal Hanafiah. Lakonan berkesan beliau sebagai remaja yang dipaksa kahwin itu mendapat pujian ramai. Kini nama Shahz sudahpun sebaris dengan nama-nama popular lain dan dijangka akan terus mekar pada tahun 2011.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Shahz telah sah menjadi suami kepada model, Hanis Husna Mohamad Nadzree pada 1 Mei 2015.[3][4]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 Festival Filem Malaysia ke-23 Pakaian Lelaki Terbaik Menang
Anugerah Cosmopolitan Fun, Fearless, Fabulous 2010 Anugerah Jejaka Terhangat Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Artis Baru Lelaki Popular Menang
  1. ^ Rudy Imran Shamsudin (11 September 2011). "'Rentaz satukan kasih kami'". myMetro. Dicapai pada 6 Ogos 2013.
  2. ^ 8 Mei 2017. 'Lebuhraya Ke Neraka' Sinergi Dakwah Dan Seram Mamat Khalid - Hiburan. Diarkibkan 2017-06-23 di Wayback Machine Mstar
  3. ^ 3 Mei 2015. Gambar Kahwin Shahz Jaszle Dan Hanis Husna 1 Mei 2015. melvister.com
  4. ^ Shah Jaszle Kahwin Secara Senyap Kerana Mahu Privasi. MYNEWSHUB

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]