Aishah Azman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Aishah Azman
KelahiranNor Aishah Afika binti Azman Shah
(1996-05-08) 8 Mei 1996 (umur 23)
Kelantan, Malaysia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2016–kini
SaudaraAfiq Muiz (abang)

Nor Aishah Afika binti Azman Shah (lahir 8 Mei 1996) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau ialah adik kepada pelakon Afiq Muiz.[1][2]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Tanpa menumpang populariti abangnya, Afiq Muiz yang terlebih dahulu berlakon, Aishah mahu berdiri atas bakat sendiri. Beliau mendapat peranan lakonan drama pertama sebagai Salina dalam drama Bagaikan Kelip-Kelip.

Namanya mula menjadi perhatian melalui watak Bedah lakonannya dalam drama Namaku Bedah yang disiarkan di TV3.[3] Selain itu, beliau juga berlakon di samping Syafiq Kyle dan pelakon Singapura, Hannah Delisha dalam drama Mencintaimu Mr. Photographer, memegang watak sebagai Melly.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Aishah bertunang dengan pelakon Syafie Naswip pada 7 April 2019 di Forest Valley Hall, Bandar Mahkota Cheras. Perkara ini diakui sendiri oleh Syafie Naswip tanpa memberitahu tarikh sebenar pertunangan mereka putus.[4] Mereka mula menjalin hubungan cinta sejak 2018 dan memilih tema taman untuk majlis pertunangan mereka. Majlis itu dihadiri oleh seramai 200 tetamu terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan.[5][6] Tetapi tidak sampai beberapa bulan, pertunangan mereka telah putus.[7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Bagaikan Kelip-Kelip Salina TV9
Nasi Minyak Kuah Cinta Fida TV3
Impian Lulu Lulu HyppTV
2017 Jangan Ikut Aku Mayang Kasturi TV3
Mencintaimu Mr. Photographer Mila Astro Ria
Raisha Melly TV3
Cinta Hati Batu Anith Fitriah
Namaku Bedah Bedah TV9
2018 Inai Yang Hilang Sara ntv7
Pengantin 100 Hari Sofia TV3
Isteri Dalam Sangkar Fasha Unifi TV
Waliuddin 2 Ringgit Jannah TV2
Sesegar Nailofar Salsabila TV1
2019 Bukan Cinta Aku Lily TV3
Suri Katriana Yasmin Astro Prima

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Oh Cikgu Aminah! Astro Ria
Hey Missy TV1
Songket Mak Andam TV9
2017 Bini Muda Ju
Love You Miss Pomen
Kakak Iparku Memang Win
2018 Khalifahkah Aku Fathia TV3
One Last Raya Bersama Qistina ntv7
2019 Di Pinggir Ilusi RTM

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (21 Ogos 2017). Aishah Azman tak guna pengaruh abang mStar Online. Dicapai pada 3 September 2017.
  2. ^ Nor Eryani Yusop (8 Ogos 2018). Gerakan sendiri Aishah Azman Kosmo!. Dicapai pada 5 September 2018.
  3. ^ Drama “Namaku Bedah” kongsi keindahan kampus Universiti Malaysia Pahang (14 Februari 2017). Diperoleh pada 1 Mac 2017.
  4. ^ "Syafie, Aishah tunang 7 April". Sinar Harian. 26 Mac 2019. Dicapai 14 April 2019. 
  5. ^ Nor Eryani Yusop (7 April 2019). "Syafie Naswip, Aishah Azman selamat bertunang". Kosmo!. Dicapai 14 April 2019. 
  6. ^ Feride Hikmet Atak (7 April 2019). "Syafie, Aishah nikah tahun ini". Berita Harian. Dicapai 14 April 2019. 
  7. ^ Tahir Alhamzah (23 Julai 2019). #Showbiz: 'The engagement is off' New Straits Times. Dicapai pada 26 Julai 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]