Nazril Idrus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nazril Idrus
NASH (13).JPG
Kelahiran (1974-04-28) 28 April 1974 (umur 44)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Pekerjaan Ahli strategi media, pengacara, ahli perniagaan, pelakon, perunding kewangan
Tahun aktif 1995–kini
Pasangan Sazzy Falak (berkahwin 2006)
Anak 2

Nazril Idrus (lahir 28 April 1974) merupakan seorang ahli strategi media, pengacara, perunding kewangan, pelakon dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau merupakan suami kepada pelakon dan pengacara Sazzy Falak dan salah seorang peserta The Apprentice Asia. Nazril juga merupakan pengasas syarikat LVG Consultants Sdn. Bhd.[1]

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nazril dilahirkan pada 28 April 1974 di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau mula bergiat aktif dalam persada hiburan tempatan pada 1995 sebagai bintang iklan Jack and Jill. Pada tahun 1996, beliau bergiat aktif dalam bidang lakonan buat julung kali melalui telefilem Deejay di bawah arahan pelakon dan penerbit Wafa Abdul Kadir. Selepas itu beliau juga turut berlakon dalam beberapa telefilem yang lain antaranya Cinta dan Keadilan (2009), Rashid & Co (2010) dan telefilem disamping isterinya Sazzy Falak, Dan Sebenarnya. Nazril berlakon dalam filem pertamanya, Kayangan pada 2009 di mana beliau melakonkan watak sampingan dan diikuti oleh Tanda Putera (2013). Selain berlakon, beliau turut aktif dalam bidang pengacaraan antaranya ialah Wanita Hari Ini, The Breakfast Show dan Let’s Talk with Nazril Idrus.

Pada tahun 2009, beliau bersama Sazzy menyertai rancangan realiti Sehati Berdansa musim ketiga di Astro Ria. Pasangan ini mendapat tempat kedua kerana tewas pasangan Sein & Nana di kemuncak akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Disember 2009. Program realiti kedua yang turut disertai oleh beliau ialah The Apprentice Asia pada tahun 2013. Nazril merupakan peserta pertama dari Malaysia di dalam program tersebut.

Bagi kerjayanya dalam bidang keusahawanan dan pelaburan, beliau menubuhkan LVG Consultants dan merupakan seorang pengarah bagi SFbySazzyFalak Sdn Bhd yang merupakan salah satu perniagaan pakaian dalam talian di Malaysia.

Beliau berkahwin dengan pasangannya iaitu Sazzy Falak, juga seorang pelakon dan personaliti televisyen terkenal dalam satu majlis penuh istiadat pada 8 November 2006. Mereka telah dikurniakan dengan sepasang kembar perempuan iaitu Imaan Lily dan Tiara Rose pada tahun 2011.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem dan telefilem

Tahun Tajuk Peranan
1996 Deejay Peranan Utama
2009 Cinta & Keadilan Peran Utama
2009 Kayangan Peranan Sampingan
2010 Rashid & Co Peranan Utama
2011 Dan Sebenarnya Peranan Utama
2013 Tanda Putera Peranan Sampingan

Realiti TV

Tahun Tajuk Saluran
2009 Sehati Berdansa Astro Ria
2013 The Apprentice Asia AXN Asia

Pengacara

Tahun Tajuk Saluran
2005 Misi Suara Hati Astro Ria
2007
  • Sesi Teh Tarik F&N
  • Rock Unite
2009 Find & Flavours TV2
2010 Wanita Hari Ini (Pengacara lelaki) TV3
2011
  • Let's Talk with Nazril Idrus
  • Make the Pitch
  • The Breakfast Show
  • Sihat Segar Seri
  • TV2
  • ntv7
  • ntv7
  • Astro

Iklan TV

Tahun Iklan
1995 Jack&Jill
1996 Coca-Cola
1998 BP
2001 Extra gum, Maxis, Bank Mandiri, Sunsilk
2004 Cadbury, Toyota Camry, Ambipur
2009 Darlie
2011 Adabi Merdeka
2012 Adabi Magic
2013 Enchanteur with Sazzy Falak
2014 Wonder Wheat

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Pengalaman mengacara

  • 2014 Matrade Young Exporters Forum with YB Minister MITI
  • 2013 Petronas Legal division awards night
  • 2012 Proton Excellence Award Night, Huggies ‘Baby’s B Campaign’ Launch, Kementerian Kerjaraya Malaysia Annual Dinner
  • 2010 AEON Manchester United Launch
  • 2009-10 Dockers Product Launches
  • 2007-8 Celcom Product Launches

Business Forum Moderator

  • 2014 TNB Vendor Success Moderator with YB Deputy Minister MITI
  • 2010 Perbadanan Nasional Berhad Francais Usahawan Muda 1Malaysia
  • 2009 Malaysian Airlines Business Forum on MAS Strategic Directions

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Feride Hikmet Atak (31 Oktober 2011). "Siapa Dia Nazril Idrus". mSTAR Online. Dicapai 30 Oktober 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]