Normala Samsudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datin Seri
Normala Samsudin
Kelahiran1964 (umur 54–55)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPengacara TV, pelakon, sosialit
Tahun aktif1990–2004
PasanganAzmi Khalid (berkahwin 2005)

Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin (lahir 1964) merupakan seorang pengacara dan personaliti TV Malaysia. Beliau merupakan bekas pengacara rancangan majalah wanita TV3, Nona yang dihoskannya dari 2001 hingga 2004.

Kerjaya di TV3[sunting | sunting sumber]

Sebagai salah seorang personaliti TV3, Normala Samsudin terkenal sebagai pengacara bagi rancangan majalah wanita stesen itu, Nona yang telah bersiaran sejak 1985. Ia menjadi salah satu rancangan TV3 yang paling lama bersiaran.

Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai penyampai berita Buletin Utama. Normala juga digandingkan bersama Allahyarham Aziz Desa sebagai pengacara rancangan Seulas Pinang.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Kredit lakonan beliau termasuk Gerak Khas The Movie (2001), Idola (2002), Gerak Khas The Movie II (2002) dan Neon (2003).[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan ahli politik dan bekas Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Seri Azmi Khalid pada Oktober 2005.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai 31 Julai 2017. 
  2. ^ "Azmi: Normala a blessing". The Star. 13 October 2005. Diarkibkan daripada asal pada 11 December 2005. Dicapai 22 March 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]