Spanar Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Spanar Jaya
GenreKomedi
Pencipta
Ditulis oleh
  • Deen Ali
  • Yasmin Yahya Nassim
Pengarah
  • Zulkifli Said
  • Khairul Anwar Salleh
  • Rashid Salleh
  • Roslan Hussin
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
Azizi "Chunk" Hj. Adnan
Lagu pembukaan"Spanar Jaya"
Lagu penutup"Spanar Jaya"
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim7
Bilangan episod248 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzraai Kamaruddin
PenerbitTiara Jacquelina
Penyunting
  • Harzrin Ahmad Shahrum
  • Shahrul Lail Mohd Zaidun
Tempoh siaran20–25 minit
Syarikat penerbitan
Ten on Ten P.I.C.T.U.R.E.S
Penyiaran
Saluran asalntv7
Format gambar576i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal8 Mac 1999 – 27 September 2005

Spanar Jaya merupakan sebuah siri televisyen komedi Malaysia terbitan 10 on 10 Pictures. Sitkom ini bersiaran di ntv7 dari 8 Mac 1999 hingga 27 September 2005. Dibintangi oleh Rambo Chin, Ahmad Idham, Zaibo, Wardina Safiyyah, Opie Zami, Ramasundran Rengan, Sharifah Sofia, Annahita Bakavoli, Syed Hussein dan Deanna Yusoff, ia mengisahkan Pak Selamat, seorang peniaga kecil yang bercita-cita mencari kejayaan dalam dunia perniagaan.[1]

Ini merupakan sitkom lakonan terakhir mendiang Rambo Chin sebelum kematiannya pada 7 Ogos 2001 akibat serangan jantung[2] dan turut dibintangi oleh mendiang Shuba Jay sebelum kematiannya pada 17 Julai 2014 akibat nahas pesawat Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia.[3] Pada tahun 2015, Spanar Jaya telah disenaraikan oleh portal Yahoo! News sebagai salah satu rancangan sitkom tempatan paling diingati.[4]

Pada Disember 2018, Spanar Jaya diterbitkan semula dengan versi baru yang diberi judul Spanar Jaya X yang memulakan tayangan perdana di TV3 pada 2 Februari 2019, sempena ulang tahun ke-20 sitkom ini.[5][6]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan situasi di sebuah bengkel membaiki kereta dengan memaparkan pelbagai isu semasa. Spanar Jaya menngisahkan tentang Pak Selamat,seorang peniaga kecil yang bercita-cita mencari kejayaan dalam dunia perniagaan. Iskandar pula seorang pemuda lulusan dari universiti luar negara dalam bidang kejuruteraan dan berminat mengenai permotoran lalu memilih untuk berkerja di sebuah bengkel. Siri itu juga menampilan watak seorang pemuda yang berhijrah dari luar Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan bekerja di bengkel Spanar Jaya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Zaibo sebagai Pak Selamat, pemilik bengkel Spanar Jaya dan bapa kepada Misha & bapa mentua Iskandar (Musim 1-7)
  • Rambo Chin sebagai Stanley, kawan kepada Pak Selamat & Moorthy yang bersikap ceria (Musim 1-3)
  • Ahmad Idham sebagai Iskandar, Ketua Mekanik Spanar Jaya merangkap teman lelaki/suami kepada Misha (Musim 1-5 kemudian kembali musim terakhir)
  • Wardina Safiyyah sebagai Misha, anak kepada Pak Selamat (Musim 1-5 kemudian kembali musim terakhir)
  • Ramasundran Rengan sebagai Moorthi, seorang pemandu dan kawan kepada Pak Selamat dan Stanley (Musim 1-7)
  • Opie Zami sebagai Amir @ Mat Rock, mekanik Spanar Jaya yang bercita-cita sebagai penyanyi rock dan peminat XPDC, Awie (Musim 1-7)
  • Sharifah Sofia sebagai Aishah[7], sepupu kepada Misha dan anak saudara Pak Selamat yang menjadi pembantu pejabat bengkel sementara (Musim 3)
  • Deanna Yusoff sebagai Claudia (Musim 2 sebagai pelakon undangan kemudian menjadi sebahagian keluarga Spanar Jaya dalam musim ke 3-7), mekanik wanita pertama di Spanar Jaya dan juga seorang wanita warga Jerman yang pernah menaruh hati pada Iskandar.
  • Bob Azrai sebagai Eddie Lentok (Musim 2-7), pemilik Rindu Records,seorang yang suka cakap besar.
  • Radhi Khalid sebagai Abdulla[8](dipertengahan musim 1-7), seorang penghijrah dari Bangladesh yang bekerja mencuci kereta dan suka cakap besar.
  • Annahita Bakavoli sebagai Khaty (Musim 5-7), anak saudara kepada Pak Selamat
  • Syed Hussein sebagai Razlan (Musim 5-7), ketua mekanik Spanar Jaya yang baru menggantikan posisi Iskandar
  • Awang Buncit sebagai Mamak (Musim 1-4), peniaga warung
  • Sandra Sodhy sebagai Lucy (Musim 4-7)
  • Sazzy Falak sebagai Alin (Musim 6), mekanik wanita kedua di Spanar Jaya selepas Claudia namun pada musim ke-4 dia memegang watak Hani sebagai pekerja failing.
  • Sheila Rusly sebagai Mak Lang (Musim 5-7), ibu saudara kepada Razlan yang bekerja sebagai jurujual kereta mewah

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Spanar Jaya turut menampilkan barisan pelakon undangan setiap siri.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Spanar Jaya diterbitkan oleh Tiara Jacquelina untuk syarikat 10 on 10 Pictures. Konsep sitkom ini ialah cetusan idea Loloq, Mamat Khalid dan Norenshah Sahari, skrip Spanar Jaya ditulis oleh Deen Ali dan Yasmin Yahya Nassim. Azraai Kamaruddin berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.

Episod[sunting | sunting sumber]

Siaran semula[sunting | sunting sumber]

Sitkom ini pernah diulang siar di Astro Warna. Pada 5 Mac 2018, ntv7 menayangkan semula sitkom ini atas permintaan ramai.[9][10]

Pada tahun 2012, pelakon utamanya, Wardina Saffiyah mengeluarkan kenyataan berhubung penyiaran semula Spanar Jaya dan mengatakan bahawa penampilan beliau kini dan dahulu dalam siri itu jauh berbeza. Wardina juga berkata beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang siaran semula sitkom tersebut di TV kerana ramai peminat yang merindui Spanar Jaya.[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sitcom Spanar Jaya di NTV7". Utusan Malaysia. 12 Februari 1999. Dicapai pada 25 Mac 2018.
  2. ^ Local comedian Rambo Chin dies Utusan Malaysia (7 Ogos 2001). Dicapai pada 28 Mac 2018.
  3. ^ Bello, Marisol; Ramakrishnan, Mahi (19 July 2014). "Flight MH17 victims symbolize tragedy". USA Today. Dicapai pada 20 July 2014.
  4. ^ Farizan Zainal (10 Januari 2015). Rancangan sitkom tempatan yang masih diingati Yahoo! News. Dicapai pada 28 Mac 2018.
  5. ^ "Sitkom Spanar Jaya Kembali Selepas 20 Tahun!". RojakDaily. 21 Disember 2018.
  6. ^ "Spanar Jaya 20 tahun". Harian Metro. 20 Disember 2018.
  7. ^ Edayu (17 Februari 2021). "Sharifah Sofia Kenang Semula Memori Bersama NTV7, Ketika Berlakon Dalam Sitkom Spanar Jaya". Siakap Keli. Dicapai pada 17 Februari 2021.
  8. ^ Radhi ceriakan Spanar Jaya Utusan Malaysia (5 Februari 2002). Dicapai pada 28 Mac 2018.
  9. ^ Spanar Jaya musim ketiga lebih padat Utusan Malaysia (8 Jun 2000). Dicapai pada 28 Mac 2018.
  10. ^ Muzlina Abu Bakar (13 Ogos 2004). Spanar Jaya 7 - Wardina berlakon bersama anak Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2018.
  11. ^ Komen Wardina Safiyyah Tentang Spanar Jaya: Hendak Dapat Dosa, Tengoklah Rotikaya (25 September 2012). Dicapai pada 28 Mac 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]