Gerak Khas The Movie II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gerak Khas The Movie II
Gktm2.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahDatuk Yusof Haslam
PenerbitDatuk Yusof Haslam
PenulisDatuk Yusof Haslam
BerdasarkanGerak Khas oleh
Datuk Yusof Haslam
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
23 Mei 2002 (2002-05-23)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM 1.50 Juta
Pecah panggungRM 3.07 Juta

Gerak Khas The Movie II merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2002 berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas. Filem ini merupakan sekuel kepada filem Gerak Khas The Movie. Filem yang diterbitkan, ditulis dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam ini dibintangi oleh Abby Abadi, AC Mizal dan Juliana Banos. Filem ini mengisahkan Inspektor Mazlan (AC Mizal) dan Inspektor Aleeza (Abby Abadi) ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Datuk Jalaludin Hassan). Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 23 Mei 2002.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysia yang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Jalaluddin Hassan). Sindiket ini mempunyai berpuluh-puluh pengedar di seluruh negara dan dikaitkan dengan satu sindiket dadah antarabangsa.

Dalam masa yang sama TVKL iaitu sebuah stesen TV mencuba untuk membongkarkan aktiviti dadah di Kuala Lumpur. Unit Gerak Khas terpaksa mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan bagi menghapuskan sindiket ini. Disamping itu terdapat beberapa masalah yang melanda Unit Gerak Khas sendiri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2003 Festival Filem Malaysia ke-16 Suntingan Terbaik Salehan Shamsuddin Menang
Anugerah Khas Juri - Filem yang bertemakan membendung jenayah Gerak Khas The Movie II Menang
Anugerah Skrin 2003 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Faizal Hussein Menang

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan ketiga dan terakhir dalam trilogi Gerak Khas, GK3 The Movie ditayangkan pada 9 Februari 2005, dengan penambahan pelakon baru termasuk penyanyi Misha Omar.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Artis-artis hebat penuhi Gerak Khas The Movie II". Utusan Malaysia. 26 May 2002. Diarkib daripada yang asal pada 10 November 2017. Dicapai pada 22 December 2011.
  2. ^ Muzlina Abu Bakar (28 March 2005). "Yusof Haslam - Filem saya ada kelas tersendiri". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 11 November 2017. Dicapai pada 22 December 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]