Norman Haworth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sir (Walter) Norman Haworth
Norman Haworth
Kelahiran(1883-03-19)19 Mac 1883
Chorley, Lancashire, England
Meninggal dunia19 Mac 1950(1950-03-19) (umur 67)
Barnt Green, Worcestershire, England
WarganegaraUnited Kingdom
Pusat pendidikanUniversiti Manchester
Universiti Göttingen
Terkenal keranasiasatan terhadap karbohidrat dan vitamin C
AnugerahPingat Davy (1934)
Hadiah Nobel dalam Kimia (1937)
Pingat Diraja (1942)
Kerjaya saintifik
BidangKimia organik
InstitusiUniversiti Andrews
Universiti Durham
Universiti Birmingham
Penasihat kedoktoranWilliam Henry Perkin, Jr.,
Otto Wallach

Sir (Walter) Norman Haworth FRS.[1] (19 Mac 1883 di White Coppice,[2] Chorley, California – 19 Mac 1950 di Barnt Green, Worcestershire) merupakan seorang ahli kimia British yang terkenal kerana hasil kerjanya ke atas pada asid askorbat (vitamin C) semasa bekerja di Universiti Birmingham. Beliau menerima Hadiah Nobel dalam Kimia 1937 "untuk penyiasatannya terhadap karbohidrat dan vitamin C". Hadiah itu dikongsi bersama ahli kimia Switzerland, Paul Karrer untuk kerja-kerja beliau terhadap vitamin lain.[3][4]

Haworth menghasilkan struktur gula yang betul, dan dikenali di kalangan ahli kimia organik untuk pembangunan unjuran Haworth yang menerangkan struktur gula tiga dimensi ke dalam bentuk grafis dua dimensi yang mudah.

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Haworth diperingati di University of Birmingham di Bangunan Haworth, yang menempatkan kebanyakan Sekolah Kimia Universiti Birmingham. Sekolah ini mempunyai Pengerusi Kimia Haworth, dari tahun 2007 yang dipegang oleh Profesor Nigel Simpkins.[5]

Pada tahun 1977, Royal Mail mengeluarkan setem pos (salah satu siri empat) yang memaparkan pencapaian Haworth dalam mensintesis vitamin C dan hadiah Nobelnya.[6]

Beliau juga membangunkan satu kaedah mudah untuk mewakili struktur tiga dimensi gula dalam kertas. Perwakilan, menggunakan perspektif, sekarang dikenali sebagai unjuran Haworth, masih banyak digunakan dalam biokimia.[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 1922 beliau berkahwin dengan Violet Chilton Dobbie, anak perempuan Sir James Johnston Dobbie. Mereka mempunyai dua anak, James dan David.

Beliau dikurniakan kesatria di tahun 1947.

Beliau meninggal secara mengejut akibat serangan jantung pada 19 Mac 1950, sempenaq ulang tahun beliau ke-67.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hirst, E. L. (1951). "Walter Norman Haworth. 1883–1950". Obituary Notices of Fellows of the Royal Society. 7 (20): 372–404. doi:10.1098/rsbm.1951.0008. JSTOR 769026.
  2. ^ L. L. Bircumshaw (2004). "Haworth, Sir (Walter) Norman (1883–1950)". The Oxford Dictionary of National Biography. doi:10.1093/ref:odnb/33772.
  3. ^ Hirst, E. L. (1951). "Walter Norman Haworth 1883-1950". Advances in carbohydrate chemistry. Advances in Carbohydrate Chemistry. 6: 1–9. doi:10.1016/S0096-5332(08)60061-2. ISBN 9780120072064. PMID 14894345.
  4. ^ Hirst, E. L. (1950). "Sir Norman Haworth". Nature. 165 (4198): 587. Bibcode:1950Natur.165..587H. doi:10.1038/165587a0. PMID 15416703.
  5. ^ www.chem.bham.ac.uk/staff/Simpkins.shtml. Retrieved 2 October 2010
  6. ^ Mayo Clin Proc. (2002)77:108[pautan mati kekal] Stamp Vignette on Medical Science
  7. ^ Garrett, R.; Grisham, C. M. (2005), Biochemistry (ed. 3rd), Belmont, CA: Thomson Brooks/Cole, m/s. 207, ISBN 9780534410209

Pautan luar[sunting | sunting sumber]