Adolf Windaus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Adolf Windaus
Windaus.jpg
LahirAdolf Otto Reinhold Windaus
25 Disember 1876
Berlin, Empayar Jerman
Meninggal dunia9 Jun 1959(1959-06-09) (umur 82)
Göttingen, Jerman Barat
WarganegaraJerman
BidangKimia organik
biokimia
Penasihat kedoktoranHeinrich Kiliani
Pelajar kedoktoranAdolf Butenandt
Erhard Fernholz
AnugerahHadiah Nobel dalam Kimia (1928)
Kubur Adolf Windaus di Göttingen

Adolf Otto Reinhold Windaus (25 Disember 1876 – 9 Jun 1959) merupakan seorang ahli kimia Jerman yang menerima Hadiah Nobel dalam Kimia pada 1928 bagi hasil kerjanya terhadap sterol dan hubungan mereka dengan vitamin. Beliau merupakan penasihat kedoktoran kepada Adolf Butenandt yang juga menerima Hadiah Nobel dalam Kimia pada 1939.

Adolf Windaus dilahirkan di Berlin. Minatnya dalam kimia menerima tunjuk ajar dari Emil Fischer. Beliau mula menekuni perubatan dan kimia di Berlin dan kemudiannya di Freiburg. Beliau mendapat PhD pada awal 1900 dan menumpukan perhatian kepada kolestrol dan sterol lain di Universiti Freiburg. Pada 1913 beliau menjadi profesor kimia di Universiti Innsbruck dan pada 1915 beliau ditukarkan ke Universiti Göttingen di mana beliau kekal sehingga persaraannya pada 1944.

Beliau terlibat dalam penemuan trasnformasi kolestrol melalui beberapa langkah ke atas vitamin D3 (Kolekalsiferol). Beliau memberikan patennya kepada Merck dan Bayer dan membawa kepada ubat Vigantol pada 1927.[1]

vitamin D3
7-Dehydrocholesterol

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan

  1. ^ Haas, Jochen (2007). "Vigantol – Adolf Windaus und die Geschichte des Vitamin D" [Vigantol – Adolf Windaus and the history of vitamin D]. Wurzbg Medizinhist Mitt. 26: 144–81. PMID 18354894. 

Sumber

Pautan luar[sunting | sunting sumber]