Matunggong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Matunggong
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianKudat
Ditubuhkan1 Mac 1995
Kerajaan
 • BadanPejabat Daerah Matunggong
 • Penolong Pegawai Daerah KecilWilley Lampaki
Keluasan
 • Jumlah263 km2 (102 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah37,987
Zon waktuWaktu Piawai Malaysia

Matunggong ialah sebuah Daerah Kecil di Sabah. Daerah kecil ini telah diwujudkan secara rasmi pada 1 Mac 1995. Ia terletak di pertengahan di antara Daerah Kota Marudu (36km ke Daerah Kota Marudu di sebelah Selatan) dan Daerah Kudat (42km ke Daerah Kudat di sebelah Utara). Keadaan bentuk permukaan buminya adalah berbukit bukau dan dapat dihubungi melalui jalan darat iaitu jalanraya. Daerah ini mempunyai satu kawasan Pilihanraya Negeri iaitu N.4 Matunggong dan kawasan Pilihan Raya Parlimen P.168- Kota Marudu. Daerah Kecil Matunggong adalah di bawah Pentadbiran Pegawai Daerah Kudat.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Keluasan[sunting | sunting sumber]

Daerah Kecil Matunggong mempunyai keluasan lebih kurang 263 km persegi (ukuran tidak rasmi).

Topologi Dan Iklim[sunting | sunting sumber]

Keadaan bentuk muka bumi Daerah Kecil Matunggong adalah berbukit - bukau dan masih diliputi oleh hutan - hutan kecil (muda) dan hutan simpan kelas tiga. Purata taburan hujan bulanan ialah di antara 32.4mm ke 96.4mm dengan suhu di antara 22c hingga 31c. Keadaan anginnya pula bertiup dari beberapa hala seperti Angin Barat (musim tengkujuh) yang biasanya bertiup pada bulan Jun hingga Oktober dan angin dari arah Timur Laut, Utara, Timur, Tenggara dan Selatan yang bertiup tidak mengikut masa.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Terdapat Mahkamah Anak Negeri Sabah di daerah kecil ini.[1]

Mukim Dan Kampung[sunting | sunting sumber]

Daerah Kecil Matunggong terbahagi kepada 6 mukim dan mengandungi 128 kampung.[2] Mukim - mukim yang dimaksudkan ialah :-

  1. Mukim Matunggong
  2. Mukim Tambuluran
  3. Mukim Bengkongan
  4. Mukim Mangaris
  5. Mukim Pinawantai
  6. Mukim Dualog Sikuati

Bilangan kampung yang ada boleh dikategorikan seperti berikut:-

  1. Kampung Tradisi - 103
  2. Kampung Baru - 18
  3. Taman Perumahan - 1

Demografi[sunting | sunting sumber]

Penduduk

Pada tahun 2009, bilangan penduduk di daerah ini dianggarkan seramai 37,987 orang. Majoriti penduduknya berbangsa Rungus.[3] Penduduk daerah ini terdiri daripada pelbagai suku kaum / etnik seperti Rungus yang merupakan penduduk majoriti (50%), Bajau / Ubian (15%), Irranun (15%) dan lain - lain (20%). Matunggong juga menghantar wakil bagi menandingi pertandingan tahunan Unduk Ngadau.[4]

Peratus pertumbuhan penduduk daerah ini ialah 6.53 peratus setahun.

Etnik

Etnik di Matunggong - Bancian 2010 [5]
Etnik percent
Rungus
  
50%
Bajau
  
15%
Iranun
  
15%
Lain-Lain
  
20%

Bilangan penduduk mengikut etnik adalah seperti berikut:-

Senarai Suku Kaum / Etnik

  1. Rungus - 23,500
  2. Bajau - 1,300
  3. Irranun - 1,200
  4. Cina - 350
  5. Lain-lain - 510

Jumlah - 26,860

Agama

Anggaran pecahan penduduk mengikut suku kaum dan agama adalah seperti berikut:

Tangga Etnik Islam Kristian Buddha Lain-Lain
1 Rungus dan Kadazandusun 800 18,210 2,300
2 Bajau 1,200
3 Iranun 550
4 Cina 700 550 250
5 Melayu 20
6 Lain-Lain 700 50 20 200
- Jumlah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Daerah Kecil Matunggong". Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Cawangan Kota Marudu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-09. Dicapai pada 9 Mei 2019.
  2. ^ "Latar Belakang Daerah". Pejabat Daerah Kecil Matunggong. Dicapai pada 9 Mei 2019.
  3. ^ "Places to go Matunggong" [Tempat untuk pergi Matunggong]. www.sabahtourism.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mei 2019.
  4. ^ Olivia Miwil (29 Mei 2018). "In the mood for Kaamatan, Unduk Ngadau aspirant learns about her roots" [Dalam mengamati Kaamatan, peserta Unduk Ngadau mempelajari asal usulnya]. New Staits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Mei 2019.
  5. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13