Gol & Gincu (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai Gol & Gincu. Untuk siri televisyen yang menyusulinya, sila lihat Gol & Gincu The Series.
Gol & Gincu
PengarahBernard Chauly
PenerbitLina Tan
Dibintangi olehNur Fazura
Sazzy Falak
Ashraf Sinclair
Melissa Maureen
Pierre Andre
Muzik olehGreg Henderson
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
11 Ogos 2005
Tempoh tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Gol Dan Gincu merupakan sebuah filem drama komedi romantis sukan Malaysia 2005 arahan Bernard Chauly terbitan Red Communications dengan cerita asal Lina Tan dan Rafidah Abdullah. Barisan pelakon terdiri daripada Fazura, Sazzy Falak, Melissa Maureen, Ashraf Sinclair dan Pierre Andre. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos 2005.

Sebuah siri TV dengan judul sama telah disiarkan di 8TV dari 4 Jun 2006 sehingga 30 September 2007.[1] Kesinambungannya, Gol & Gincu Vol. 2 dijangka akan ditayangkan pada 25 Oktober 2018.[2]

Plot[sunting | sunting sumber]

Perjalanan seorang gadis manja (Putri) yang pada asalnya berminat dengan fesyen kemudian mula bermain futsal untuk mengejar cinta. Putri merupakan seorang pelajar kolej yang bertekad untuk menawan kembali bekas teman lelakinya.

Putri telah belajar tentang kehidupan dan percintaan. Namun, Putri mendapati ia bukanlah semudah yang disangka, terutamanya dalam menghadapi prasangka orang terhadap wanita dan sukan. Dalam cabaran dan kekusutan ini, Putri menjumpai kekuatan juara di dalam dirinya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Gol & Gincu diarahkan oleh Bernard Chauly dan diterbitkan oleh Lina Tan untuk Red Communications. Cerita dan skrip ditulis oleh Lina bersama Rafidah Abdullah.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Gol & Gincu dikeluarkan pada 11 Ogos 2005 dan merupakan kejayaan komersial.

Menurut penerbit filem ini, Lina Tan, Gol & Gincu berjaya mendapat perhatian beberapa festival filem di luar negara termasuk Festival Filem Antarabangsa Tokyo. "Saya amat gembira dan terkejut. Pelakon dan krew juga gembira. Kami agak terkejut kerana ia bukan sebuah filem seni tetapi ia dipilih,".[3]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Gol & Gincu: Original Soundtrack
Runut bunyi oleh Pelbagai artis
Dikeluarkan pada11 Ogos 2005
GenreRunut bunyi
SyarikatEMI Music Malaysia

Album runut bunyi Gol & Gincu juga dikeluarkan pada 11 Ogos 2005, serentak dengan tayangan perdana filem ini, menampilkan artis-artis terkenal termasuk Ella, SingleTrackMind, Juwita Suwito dan ramai lagi. Album ini mengandungi 16 lagu. Ella, Skye Sweetnam, Frequency Cannon dan Jason Lo masing-masing menyumbangkan dua lagu, lagu "Bagaikan Puteri" nyanyian asal Farra diberikan nafas baru oleh Zarina Zainoordin.

Senarai runut
  1. "Teruja" - Ella
  2. "Generasiku" - Radhi OAG
  3. "Bagaikan Puteri" - Zarina Zainoordin
  4. "Number One" - Skye Sweetnam
  5. "Girl" - Frequency Cannon
  6. "Beautiful Lies" - Juwita Suwito
  7. "Tangled Up In Me" - Skye Sweetnam
  8. "Not My Problem" - Jason Lo
  9. "Without A Cause" - Pop Shuvit
  10. "Tiada Ertinya" - Nur Fatima
  11. "Another You" - Cromok
  12. "Crumbs" - Disagree
  13. "Mating Season" - Butterfingers
  14. "Rise & Fall" - Jason Lo
  15. "Fame & Glory" - Frequency Cannon
  16. "Percaya Diriku" - Ella

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2006 Festival Filem Malaysia ke-19 Pengarah Terbaik Bernard Chauly Dicalonkan
Filem Terbaik Gol & Gincu Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik Fazura Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Rafidah Abdullah Dicalonkan
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Sazzy Falak Menang
Pelakon Harapan Wanita Sazzy Falak Dicalonkan
Lagu Tema Asal Terbaik Anton Morgan Dicalonkan
Pereka Kostum/Busana Terbaik Daniel Henry Dicalonkan
Poster Terbaik Redfilms Dicalonkan

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Gol & Gincu The Series (2006-07)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Gol & Gincu The Series

Sebuah siri televisyen dengan tajuk sama diterbitkan oleh Red Communications untuk tayangan di 8TV, dengan mengekalkan sebahagian besar daripada barisan pelakon asalnya. Musim pertama dari 4 Jun hingga 27 Ogos 2006, dan musim kedua dan terakhir dari 8 Julai hingga 30 September 2007.

Gol & Gincu Vol. 2 (2018)[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Gol & Gincu Vol. 2

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nor Fadzillah Baharuddin (1 Jun 2006). Gol & Gincu daripada filem ke drama bersiri Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Mac 2014.
  2. ^ Azwa Rahman (21 Ogos 2018). "Setelah 13 Tahun, Filem Gol & Gincu Vol. 2 Kembali - Hanya Dua Pelakon Asal Dikekalkan". Rojak Daily. Dicapai 14 Oktober 2018. 
  3. ^ Audrey Edwards (19 September 2005). Gol & Gincu picked for film fests The Star Online. Dicapai pada 25 Oktober 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]