Ogos 2009
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
Ogos 2009 ialah bulan kelapan untuk tahun 2009. Ia bermula pada hari Sabtu dan berakhir selepas 31 hari pada hari Isnin.
Portal:Hal semasa[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 31 Ogos - Parti Demokratik Jepun pimpinan Yukio Hatoyama (gambar) memenangi pilihan raya umum Jepun, mengakhiri pemerintahan berterusan hampir setengah abad oleh LDP.
- 28 Ogos - Demonstrasi kepala lembu diadakan Shah Alam, Selangor sebagai tanda protes terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat.
- 20 Ogos - Pelari pecut Jamaica Usain Bolt mencipta rekod dunia lumba lari 100 m (9.58 s) dan 200 m (19.19 s) lelaki.
- 17 Ogos - Kapal dagang MV Arctic Sea yang hilang sejak dirampas pada akhir Julai, dijumpai berhampiran Tanjung Verde oleh Tentera Laut Rusia.
- 14 Ogos - Kerajaan British menggantung pemerintahan sendiri Kepulauan Turks dan Caicos sehingga dua tahun.
- 12 Ogos - Qari Iraq Usamah Abdullah dan qariah Malaysia Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman memenangi Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2009.
- 9 Ogos - Taufan Morakot (gambar) mengorbankan lebih 100 orang di Filipina dan Taiwan selepas menghasilkan rekod hujan 2,777 mm.
- 6 Ogos - 13 tahun selepas memutuskan hubungan diplomatik, Presiden Republik Demokratik Congo Joseph Kabila dan Presiden Rwanda Paul Kagame bertemu di Goma.
- 5 Ogos - Mahmoud Ahmadinejad mengangkat sumpah sebagai Presiden Iran bagi penggal kedua di tengah-tengah bantahan mengenai keputusan pilihan raya.
- 1 Ogos - Himpunan Anti ISA diadakan di Kuala Lumpur.