Himpunan Anti ISA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Himpunan Anti ISA atau Himpunan MANSUH diadakan pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009 di tiga tempat di Kuala Lumpur. Himpunan ini dirancang dan dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Pengerusi GMI ialah Syed Ibrahim Syed Noh.Perhimpunan 100,000 rakyat itu merancang untuk berhimpun di beberapa lokasi antaranya di Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi memansuhkan ISA.[1]

Himpunan ini telah ditangguhkan beberapa kali.Ia turut disertai Pakatan Rakyat dan NGO hak asasi manusia . Mereka akan berarak ke Istana Negara dan dijangka bertembung dengan perarakan pro ISA.

Lokasi perhimpunan anjuran GMI ialah di kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan KL Sentral muai 2 petang sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Tuntutan mereka ialah hapuskan ISA, bebaskan tahanan dan tutup kem Kamunting di Taiping.[2]

Perarakan menyokong ISA[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Julai 2009, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu sebulat suara mengadakan perarakan beramai-ramai dari Pasar Seni ke Dataran Merdeka dan ke Istana Negarapada 1 Ogos 2009 .Pewaris dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) serta beberapa badan gabungannya merancang mengadakan perhimpunan di Padang Merbuk, Pasar Seni dan Masjid Negara bagi menyokong ISA dikekalkanTema mereka ialah "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" di Pasar Seni mulai 11.30 pagi .Pertembungan akan bverlaku dan jika tidak dikawal rapi akan mencetuskan pergaduhan antara kumpulan dan kaum. 3,000 penunjuk perasaan pro-ISA berkumpul di Pasar Seni sebelum menurunkan tandatangan sokongan di Dataran Merdekadi atas kain rentang gergasi, sepanjang 200 kaki. Memorandum mempertahankan ISA akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.[3]

Timbalan Presiden II Pewaris ialah Rahimuddin Md Harun.

Turut serta menyokong ISA ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM).

Tiada permit[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Julai 2009, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman menyatakan permit polis tidak dikeluarkan kepada kedua-dua itu kerana dikhuatiri akan bertembung dan menimbulkan suasana tegang. Sekatan jalan raya akan diadakan .Tangkapan awal akan dilakukan terhadap perancang dan individu yang disyaki terlibat mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah meskipun acara itu belum bermula. Perhimpunan itu jelas bertentangan dengan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 kerana polis tidak mengeluarkan sebarang kebenaran bagi tujuan itu.

Tangkapan[sunting | sunting sumber]

Seramai 10,000 penyokong GMI berhimpun dan berarak secara haram seawal 7 pagi di sekitar Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Masjid Negara dan sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman termasuk pusat beli belah Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Kinabalu kira-kira 2 petang. Turut serta ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Penasihat DAP Lim Kit Siang. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman menyatakan bahawa polis akan menyiasat pemimpin tertinggi pembangkang berucap di Pejabat Agung Pas Pusat di Jalan Raja Laut kira-kira 3.55 petang tadi.

Kumpulan pro-ISA tidak kelihatan.Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) membatalkan perhimpunan kerana akur dengan arahan.10 wakil Pewaris akan menyerahkan memorandum menyokong ISA kepada Yang di-Pertuan Agong. Mohd Khairul Azam, yang juga penasihat undang-undang Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Pembela Negara (Magaran), ditahan polis jam 7 malam kerana berkumpul di pintu Istana Negara bagi menyerahkan memorandum mengekalkan ISA.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah menjelaskan bahawa seramai 549 lelaki dan 40 wanita ditahan untuk siasatan di bawah Akta Polis 1967.44 remaja di bawah umur 18 tahun turut ditahan. 27 orang pelajar. 20 orang di bawah umur 17 tahun. Pelajar IPT awam dan swasta lingkungan 18-23 tahun turut ditahan.[4][5]

Reaksi kerajaan[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Ogos 2009, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhasrat untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Namun begitu, pegawai perundangan akan mengkaji dan berbincang dengan pelbagai pihak termasuk pembangkang bagi hasrat ini.

ISA dilihat dapat membendung berbagi-bagai tragedi antaranya serangan bom Hotel J.W. Marriott dan Ritz Carlton di Jakarta. ISA juga dapat menyelamatkan negara termasuk dari hal darurat, konfrantasi sehinggalah kepada hal-hal rusuhan kaum. Oleh sebab itu, ISA akan diteruskan demi kelangsungan (survival) kerajaan Malaysia dan keselamatan warga Malaysia. [6][7]

Cadangan:

  • Tempoh tahanan dikurangkan dari 60 hari kepada 30 hari.

Perbicaraan awal[sunting | sunting sumber]

Pada 4 September 2009, seramai 13 penyokong Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) kekal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan pilihan iaitu cubaan mengambil bahagiadi bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman penjara enam bulan dan denda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan. Kononnya mereka membekalkan enam helai baju T berlengan panjang warna merah untuk kegunaan perhimpunan itu di Jalan Kinabalu, berhampiran Masjid Negara pada 1 Ogos 2009 dan boleh dipenjarakan tiga tahun dan denda sehingga RM3,000.

Nama mereka ialah Mohamad Helmi Hassan, 31, Mohd Lokman Amad Ulawi, 22, Mohamad Fafizuddin Mohd Ghazali, 19, Saad Musa, 26, Mohd Fadzil Jan Jam, 25, Samsul Anuar Nordin, 29, Mohamad Ikhwan Ikram, 20, Kamarul Nadhir Kadini, 18, Shahrul Iman Mohamad Salleh, 25, Abu U'baidah Jalaluddin, 21, Ahmad Abdul Wahab Abdul Rahman, 24, Muhammad Sholihin Mat Salleh, 19 dan seorang juvana. [8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]