Yukio Hatoyama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yukio Hatoyama
鳩山 由紀夫
Perdana Menteri Jepun
Dalam jawatan
16 September 2009 – 8 Jun 2010
RajaAkihito
TimbalanNaoto Kan
Didahului olehTaro Aso
Digantikan olehNaoto Kan
Ahli
Dewan Perwakilan Jepun
dari daerah ke-9 Hokkaidō
Dalam jawatan
23 Jun 1986 – 16 Disember 2012
Didahului olehKerusi diasaskan
Digantikan olehManabu Horii
Butiran peribadi
Lahir (1947-02-11) 11 Februari 1947 (umur 77)
Bunkyō, Jepun
Parti politikParti Demokratik Liberal (Sebelum 1993)
Parti Baru Sakigake (1993–1996)
Parti Demokratik Jepun (1996) (1996–1998)
Parti Demokratik Jepun(1998–2012)
PasanganMiyuki Hatoyama (1975–kini)
Anak-anak1
Ibu bapaIichirō Hatoyama
Alma materUniversiti Tokyo
Universiti Stanford
Universiti Hong Kong [1]
ProfesionJurutera
profesor
Laman web rasmiLaman rasmi

Yukio Hatoyama (Jepun: 鳩山 由紀夫, Hepburn: Hatoyama Yukio, lahir 11 Februari 1947) ialah seorang bekas ahli politik Jepun yang pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut dari 16 September 2009 hingga 2 Jun 2010. Beliau merupakan Perdana Menteri pertama yang dilantik daripada Parti Demokratik Jepun[2] berikutan kemenangan parti pembangkang Parti Demokratik Jepun (DPJ) di pilihan raya umum 2009. Beliau mewakili daerah ke-9 Hokkaidō dalam Dewan Perwakilan Jepun. Partinya berjaya menumpangkan Parti Demokratik Liberal Jepun (LDP) yang berkuasa selama 50 tahun.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Hatoyama lulusan kejuruteraan Universiti Tokyo pada tahun 1969 dan menerima Ph.D. dalam bidang Teknik Industri dari Universiti Stanford pada tahun 1976. Dia bertemu isterinya, Miyuki Hatoyama , selama belajar di Stanford (Miyuki bekerja di sebuah Restoran Jepun). Pasangan itu berkahwin pada tahun 1975 selepas bercerai dengan bekas suaminya - Miyuki.

Hatoyama bekerja sebagai pembantu profesor (1976 - 1981) di Tokyo Institute of Technology dan kemudian dipindahkan ke Universiti Senshu sebagai profesor (1981 - 1984).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Hatoyama lahir di di Bunkyo, Tokyo.Beliau merupakan seorang jutawan dari keluarga berpengaruh. Keluarganya menerima jolokan "Keluarga Kennedy Jepun". Datuknya Kazuo Hatoyama pernah menjadi ahli DPR dan terpilih ke Diet Jepun 1896-1897 selama era Meiji. Kazuo kemudian berkhidmat sebagai Presiden Universiti Waseda. Seorang lagi datuknya Ichiro Hatoyama pernah menjadi perdana menteri Jepun dan pengasas Parti Demokratik Liberal. Ayahnya Iichirō Hatoyama pernah menjadi Menteri Luar Negeri. Ibunya, Yasuko Hatoyama anak Shojiro Ishibashi, pengasas Bridgestone Corporation.

Adiknya Kunio Hatoyama pernah menjadi Menteri Dalam Negeri dan Komunikasi di bawah Perdana Menteri Taro Aso hingga 12 Jun 2009. Adik iparnya Emily Hatoyama adalah seorang tokoh TV di Jepun.

Sesetengah pihak menggelar Hatoyama 'The Alien'. Isterinya Miyuki Hatoyama mendakwa telah mengembara ke Venus menaiki UFO. Beliau sangat percaya kepada kuasa roh.[3] Miyuki mendakwa pernah bertemu pelakon Amerika Syarikat (ASS) Tom Cruise. Pelakon itu membintangi filem The Last Samurai pada 2003 yang lokasi penggambarannya di Jepun. [4]

Menjadi perdana menteri[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Perdana Menteri Jepun selepas parti beliau Parti Demokratik Jepun (DPJ) menang dan membentuk kerajaan dengan bantuan parti kecil seperti Parti Sosial Demokratik (SDP). Pengundi Jepun menyokong usaha Hatoyama hendak memindahkan kem tentera marin Amerika Syarikat di Pulau Okinawa.

Kerjasama Palestin-Jepun[sunting | sunting sumber]

Presiden Palestin, Mahmud Abbas menemui Hatoyama di Tokyo pada 7 - 10 Februari 2010. Proses damai Asia Barat dan hubungan persahabatan antara Jepun dan Palestin menjadi topik utama. Jepun berjanji membantu Palestin sebagai satu negara satu hari nanti, Jepun setuju membina Taman Industri Agro di Jericho, Tebing Barat. Jepun mahu Israel menghentikan segala aktiviti pendudukan di bumi Palestin. Penduduk Semenanjung Gaza akan dibantu. Rundingan damai antara Israel dan Palestin yang tertangguh hampir setahun sejak 2008 perlu diteruskan. Pada November 2008, Israel melancarkan serangan selama tiga minggu ke atas Genting Gaza dan mengorbankan 1,400 penduduk Palestin dan 13 rakyat Israel.[5]

Skandal dana politik[sunting | sunting sumber]

Bekas ketua akauntan Hatoyama, Keiji Katsuba mengakui memalsukan kandungan buku laporan sumbangan dana politik bagi menyembunyikan wang diterima daripada ibu dan Hatoyama sendiri berjumlah 400 juta yen (RM14.06 juta). Wang itu digunakan untuk kempen pilihan raya dalam daerahnya selain perbelanjaan pejabat, gaji kakitangan dan bayaran lain.[6]

Berundur kerana Okinawa[sunting | sunting sumber]

Hatoyama berundur dari jawatan perdana menteri pada 2 Jun 2010 . Beliau memegang jawatan itu selama 9 bulan sahaja. Semasa pilihan raya beliau bersungguh-sungguh mahu memindahkan kem tentera Amerika Syarikat di selatan Pulau Okinawa, utara Jepun. Futenma Kor Marin Air Base itu hendak dipindahkan ke utara Okinawa tetapi penduduk Okinawa mahu pemindahan penuh kerana masalah penemaran dan jenayahn yang meningkat. Amerika sepatutnya boleh memindahkan 8000 tentera marinnya ke Guam di tengah Lautan Pasifik.

Sebaliknya ia dikekalkan demi keselamatan Jepun ekoran Korea Utara memiliki senjata nuklear dan telah menembak kapal Korea Selatan Cheonan. Pengekalan Okonawa ini sebagai kusa pengimbang di Asia.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton mendesak Hatoyama mengekalkan Okinawa.Hubungan AS-Jepun akrab sejak 50 tahun. Malangnya penduduk Okinawa tidak selesa dengan pulau itu yang semakin sempit dan ancaman keselamatan ketenteraan. Moral 45,000 tentera Amerika di situ cukup menjijikkan penduduk Okinawa. Parti konservatif Jepun sebelum ini telah membuat perjanjian pengekalan kem itu pada 2006.

Protes berlaku di Okinawa menentang keputusan itu. Pada 30 Mei 2010, Parti Sosial Demokratik (SDP) menentang keputusan Hatoyama mengekalkan Okinawa. Sedangkan Pilihan raya Jepun 2010 akan diadakan pada Julai 2010.Hatoyama memecat pemimpin SDP, Mizuho Fukushima sebagai Menteri Hal-Ehwal Pengguna. Hatoyama dipersalahkan berhubung isu ekonomi yang lesu dan skandal pembiayaan kempen parti DPJ.

Pengganti[sunting | sunting sumber]

Kemungkinan Naoto Kan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipilih sebagai pengganti.Menteri luar Katsuya Okada juga alternatif.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-15. Dicapai pada 27 September 2017.
  2. ^ Wall Street Journal
  3. ^ Hatoyama Reveals Humorous, Alien Side
  4. ^ Isteri bakal PM Jepun seorang unik
  5. ^ Jepun-Palestin jalin kerjasama
  6. ^ Bekas pembantu PM Jepun akui palsu laporan dana