Lothar Matthäus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lothar Matthäus
Maklumat peribadi
Nama penuh Lothar Herbert Matthäus
Tarikh lahir (1961-03-21) 21 Mac 1961 (umur 63)
Tempat lahir Erlangen, Jerman Barat
Ketinggian 1.74 m (5 ka ​8 12 in)
Posisi permainan Pemain tengah, Sweeper
Kerjaya remaja
1971–1979 1. FC Herzogenaurach
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1979–1984 Borussia Mönchengladbach 162 (36)
1984–1988 Bayern Munich 113 (57)
1988–1992 Internazionale 115 (40)
1992–2000 Bayern Munich 189 (28)
2000 MetroStars 16 (0)
Jumlah 595 (161)
Pasukan kebangsaan
1979–1983 Jerman B21 15 (2)
1979–1981 Jerman Barat B 4 (1)
1980–2000 Jerman 150 (23)
Pasukan diurus
2001–2002 Rapid Wien
2002–2003 Partizan Belgrade
2004–2006 Hungary
2006 Atlético Paranaense
2006–2007 Red Bull Salzburg
2008–2009 Maccabi Netanya
2010–2011 Bulgaria
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Lothar Herbert Matthäus (Sebutan bahasa Jerman: [ˈloːtaːɐ̯ maˈtɛːʊs]; (lahir 21 Mac 1961) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Jerman. Selepas mengetuai pasukan Jerman Barat dalam kejayaan merangkul trofi Piala Dunia 1990, beliau dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah. Seterusnya pada tahun 1991, beliau muncul pemain pertama meraih anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA dan kekal sebagai satu-satunya pemain Jerman meraih anugerah tersebut.

Beliau memegang rekod beraksi terbanyak di Piala Dunia (25 perlawanan) selepas tampil dalam kejohanan Piala Dunia 1982, 1986, 1990, 1994 dan 1998. Beliau turut sebahagian daripada skuad Jerman Barat yang merangkul trofi Euro pada tahun 1980 dan seterusnya beraksi di Kejohanan Eropah 1984, 1988 dan 2000. Pada tahun 1999 iaitu ketika Matthäus berusia 38 tahun, beliau sekali lagi diundi Pemain Bola Sepak Terbaik Jerman selepas merangkul anugerah itu pada tahun 1990.

Matthäus ialah pemain memiliki kaps tertinggi buat pasukan Jerman sepanjang masa dengan melakukan 150 penampilan antarabangsa (83 untuk Jerman Barat) dalam tempoh 20 tahun. Matthäus turut sebahagian daripada FIFA 100 selepas dipilih Pelé pada tahun 2004. Bagi Diego Maradona, Matthäus adalah pesaing ketat dalam hidupnya. Ia disebut oleh beliau sendiri menerusi bukunya, Yo soy el Diego (Akulah Diego).

Seorang pemain yang lincah dan pantas, Matthäus terkenal akan hantaran, merebut posisi, takle dan rembatan padunya. Ketika kemuncak kariernya, beliau memainkan peranan sebagai pemain tengah "box-to-box". Walau bagaimanapun, pada penghujung kariernya, beliau bermain sebagai sweeper.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Matthäus memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1979 ketika bersama Borussia Mönchengladbach. Beliau seterusnya bermain untuk Bayern Munich bermula tahun 1984 hingga 1988 sebelum meraih dua trofi Bundesliga dan DFB-Pokal. Beliau bersama Bayern turut dapat melangkah ke perlawanan akhir Piala Eropah pada tahun 1987 tetapi tewas kepada FC Porto hasil jaringan lewat pemain lawan selepas Bayern selesa mendahului 1-0 sebelum tewas 2-1.

Matthäus dan teman sepasukannya di Bayern, Andreas Brehme melakukan perpindahan ke Internazionale pada tahun 1988. Beliau meraih kejuaraan Scudetto pada musim 1988–89 iaitu ketika musim pertama mereka. Selain itu, mereka juga merangkul trofi Supercoppa Italiana pada tahun yang sama.

Matthäus meneruskan kejayaan kariernya di Internazionale apabila membantu kelabnya memenangi Piala UEFA pada tahun 1991 dan dinamakan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA. Pada perlawanan akhir Piala UEFA, beliau menyudahkan tendangan penalti pada perlawanan pertama sekali gus membantu Inter mendahului pasukan lawan, Roma. Beliau kembali ke Bayern Munich pada tahun 1992 sebelum meraih empat trofi Bundesliga, dua DFB-Pokal dan satu trofi Piala UEFA. Pada masa ini juga, beliau beraksi buat kali kedua dalam perlawanan akhir Piala Eropah pada tahun 1999 namun tewas juga kali ini kepada Manchester United. Sama seperti senario 1987, Bayern mula mendahului 1-0 sebelum United menemui dua jaringan pada lewat permainan sekali gus meranapkan impian Matthäus untuk menjulang trofi Piala Eropah. Perlawanan terakhir Matthäus untuk Bayern pada 8 Mac 2000 dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara menentang Real Madrid yang berkesudahan Bayern menang 4–1.

Ketika musim 1999-2000, Matthäus berpindah dari Bayern ke kelab Major League Soccer, MetroStars. Beliau beraksi di Amerika Syarikat dari bulan Mac hingga Oktober 2000 sebelum membuat persaraan rasmi.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Matthäus menerima panggilan pertama ke pasukan kebangsaan Jerman Barat pada tahun 1980 dan sebahagian daripada pasukan Jerman Barat yang memenangi UEFA Euro 1980 di Itali. Beliau seterusnya termasuk dalam skuad Piala Dunia FIFA 1982 di Sepanyol dan beraksi dua perlawanan ketika menentang Chile dan Austria dalam saingan peringkat kumpulan.

Pada kejohanan Piala Dunia 1986 yang berlangsung di Mexico, beliau menjaringkan gol kemenangan Jerman pada aksi pusingan 16 menentang Maghribi. Dalam perlawanan akhir menentang Argentina, jurulatih Franz Beckenbauer meletak tugas Matthäus bagi menghalang pergerakan berbahaya Diego Maradona. Walaupun Matthäus berjaya menghalang Maradona tidak menjaringkan sebarang gol, pasukan Jerman Barat tewas 3-2.

Matthäus sedang mengambil tendangan penalti ketika menentang Bulgaria pada aksi suku akhir Piala Dunia 1994.

Dalam kejohanan UEFA Euro 1988 yang berlangsung di negara tanah airnya, Matthäus mengetuai pasukan Jerman Barat sepanjang kejohanan itu. Beliau menyudahkan tendangan penalti pada perlawanan separuh akhir menentang Belanda bagi memberikan laluan kepada pasukannya untuk mendahului perlawanan. Namun, hasil jaringan penalti Ronald Koeman dan jaringan kemenangan pasukan lawan oleh Marco van Basten pada lewat permainan meranapkan impian Jerman Barat untuk mara ke final.

Seterusnya kejohanan Piala Dunia 1990 yang diadakan di Itali dilihat kejohanan utama dalam karier antarabangsa Matthäus. Kebanyakan perlawanan Jerman Barat sepanjang kejohanan berlangsung di San Siro dan disebabkan Matthäus merupakan pemain Internazionale, stadium tersebut sentiasa menyuntik semangat rakan sepasukan lain. Matthäus mengetuai pasukannya pada perlawanan pembukaan menentang Yugoslavia dan beliau menjaringkan dua gol yang berkesudahan 4-1 memihak kepada Jerman Barat. Seterusnya, pasukan Jerman Barat mara ke pusingan akhir buat tiga kejohanan berturut-turut dan berjumpa lawan yang sama seperti edisi lalu, Argentina. Akhirnya, Jerman Barat menang dan berterima kasih atas sumbangan penalti Andreas Brehme pada minit ke-85. Sebagai kapten, Matthäus menjulang trofi Piala Dunia tidak lama sebelum penyatuan Jerman pada tahun 1990. Matthäus seterusnya berkata beraksi di Piala Dunia di Itali sama seperti bermain di tanah airnya sendiri.

Beliau mengalami kecederaan sebelum bermulanya kejohanan UEFA Euro 1992 di Sweden sekali gus beliau tidak layak dalam skuad Jerman. Jerman tewas mengejut 2-0 pada perlawanan akhir Euro menentang Denmark. Pada kejohanan Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat, beliau mengetuai pasukan Jerman tetapi beliau bermain sebagai sweeper. Beliau menyempurnakan tendangan penalti pada aksi suku akhir menentang Bulgaria untuk memberikan peluang kepada Jerman mendahului permainan namun dua jaringan Bulgaria dalam masa tiga minit menghantar pulang juara dunia itu. Piala Dunia 1994 dipertimbang menjadi kejohanan terakhirnya walaupun beliau tidak membuat kenyataan rasmi persaraan antarabangsa. Selepas itu, Matthäus tidak dipanggil oleh pasukan kebangsaan menyebabkan jawatan kapten diserahkan kepada Jürgen Klinsmann oleh jurulatih Berti Vogts. Pada masa ketiadaannya, pasukan Jerman menjuarai Euro 1996 di England.

Beliau dipanggil ke skuad Piala Dunia 1998 sebagai pengganti pemain sweeper yang tercedera, Matthias Sammer. Beliau seterusnya beraksi sebaai pemain gantian pada perlawanan menentang Yugoslavia yang berkesudahan terikat seri 2-2. Beliau menjadi pemain kedua yang tampil dalam lima edisi Piala Dunia, seiring rekod penjaga gol Mexico, Antonio Carbajal. Matthäus seterusnya beraksi kesemua perlawanan Jerman pada kejohanan itu sehingga tewas 0-3 di tangan Croatia di peringkat suku akhir.

Beliau bermain ketiga-tiga perlawanan Jerman di UEFA Euro 2000. Perlawanan ke-150nya ketika menentang Portugal pada kejohanan itu sebelum Jerman tersingkir pada pusingan kumpulan.

Kerjaya jurulatih[sunting | sunting sumber]

Rapid Wien[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya sebagai jurulatih bola sepak di kelab Bundesliga Austria, SK Rapid Wien. Beliau menjawat jawatan itu bermula pada 6 September 2001 hingga 14 Mei 2002. Di bawah kendalian Matthaus, kelab Austria itu mencatat keputusan turun naik.

FK Partizan[sunting | sunting sumber]

Matthäus pada tahun 2002.

Pada Disember 2002, Matthäus telah dilantik menjadi ketua jurulatih kelab Serbia, FK Partizan selepas pemecatan jurulatih Ljubiša Tumbaković. Matthäus seterusnya menandatangani kontrak 18 bulan.

Matthäus mengendali Partizan untuk meraih kejuaraan liga pada musim 2002-03 selepas mendahului satu mata berbanding pencabar kejuaraan di tempat kedua, Red Star Belgrade. Selain itu, Partizan mengetepikan cabaran Newcastle United dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah bagi melangkah ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Dalam saingan peringkat kumpulan, Partizan terpaksa berhadapan era galáctico pertama Real Madrid, FC Porto yang akhirnya menjadi juara kejohanan dan Olympique de Marseille. Partizan menamatkan aksi Liga Juara-Juara di tempat tercorot sekali gus terlepas tempat ke saingan Piala UEFA.

Pada 13 Disember 2003, selepas tamatnya perlawanan terakhir liga bagi separuh musim 2003-04 (menang 0-1 ke atas FK Železnik di tempat lawan), Matthäus secara mendadaknya meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Partizan. Seorang jurucakap mengatakan Matthäus akan menjelaskan keadaan sebenar pada satu sesi persidangan yang dijadualkan dua hari nanti. Akan tetapi, menerusi laporan Hungary, Matthäus telah bersetuju untuk menjadi pengendali pasukan kebangsaan Hungary selepas mencapai kata sepakat dengan Persekutuan Bola Sepak Hungary. Bukti spekulasi tersebut benar apabila Matthäus menandatangani kontrak di Budapest dan diperkenalkan kepada media di Hotel Corvinus Kempinski.

Pasukan kebangsaan Hungary[sunting | sunting sumber]

Matthäus menjadi pengurus pasukan bola sepak kebangsaan Hungary pada 14 Disember 2003. Matthäus diberi tanggungjawab untuk mengendali anak buahnya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2006. Hungary sedikit sukar apabila dicabut satu kumpulan bersama Sweden, Croatia dan Bulgaria.

Kempen kelayakan Piala Dunia bermula pada musim luruh 2004. Pasukan Hungary bermula dengan langkah kiri apabila tewas 3-0 kepada Croatia di tempat lawan sebelum meraih kemenangan sengit 3-2 di halaman sendiri menentang Iceland. Sebulan seterusnya, Hungary mencatatkan keputusan mengecewakan apabila tewas 3-0 kepada Sweden di tempat lawan. Sebelum rehat musim sejuk, Hungary menewaskan pasukan tercorot, Malta. Di samping itu, pasukan Hungary di bawah kendalian beliau mencatatkan keputusan sedikit memberansangkan apabila menang 2-0 dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman pada 6 Jun 2004.

Apabila kempen diteruskan pada lewat Mac 2005, Hungary menyambut kedatangan Bulgaria sebagai pelawat dan dianggap perlawanan "wajib" menang bagi skuad Matthäus. Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1. Akhirnya, Hungary menamatkan kempen di tempat keempat dengan memungut 14 mata daripada 10 perlawanan. Seperti tidak disangka, Matthäus sehinggakan menerima tawaran kerakyatan Hungary ketika membimbing pasukan itu. Tetapi, beliau menolak tawaran tersebut dan meninggalkan pasukan kebangsaan Hungary pada 1 Januari 2006.

Atlético Paranaense[sunting | sunting sumber]

Matthäus mendantangani kontrak setahun untuk menjadi jurulatih kelab Brazil, Atlético Paranaense yang berpusat di Curitiba pada 11 Januari 2006.[1] Walau bagaimanapun, hanya selepas tujuh perlawanan (lima kemenangan, dua seri) dari permulaan musim 2006, beliaiu meninggalkan kelab pada Mac 2006 atas dasar untuk lebih rapat bersama keluarganya. Lima minggu selepas beliau menandatangani kontrak, kelab dalam pernyataan rasmi menyatakan Matthäus perlu bergegas kembali ke Eropah untuk uruskan masalah peribadi tetapi memastikan beliau akan pulang dalam masa tiga atau empat hari kemudian. Selepas tidak menjelma selama dua minggu, beliau mengumumkan perletakan jawatan pada 20 Mac dan beliau kembali ke Brazil untuk mengemas barangan peribadinya. Sepuluh hari seterusnya, Atlético menyatakan Matthäus berhutang 13,000 R$ (5,915 dolar Amerika) dan kelab tetap mahu Matthäus untuk membayar semula.

Red Bull Salzburg[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mei 2006, hanya dua bulan selepas meninggalkan Brazil, Matthäus telah diumumkan menjadi ketua jurulatih Red Bull Salzburg bagi menghadapi musim 2006–07. Tidak lama selepas itu, kelab Austria itu membawa masuk Giovanni Trapattoni (bekas jurulatih Matthäus ketika di Internazionale dan Bayern) untuk menjadi pengarah bola sepeak. Ketika latihan, Trapattoni dan Matthäus berkongsi tugas-tugas kejurulatihan mereka.

Walaupun membawa Salzburg meraih kejuaraan liga, Matthäus dikejutkan apabila dipecat pada 12 Jun 2007 selepas keputusan sebulat suara oleh lembaga pengarah Red Bull Salzburg.

Maccabi Netanya[sunting | sunting sumber]

Matthäus semasa menjadi ketua jurulatih Bulgaria.

Pada 13 April 2008, Matthäus diumumkan akan mengendali kelab bola sepak Israel, Maccabi Netanya dari permulaan musim 2008-09.

Pada 29 April 2009, di kala liga Israel masih berlangsung dan pasukan Netanya menduduki tempat keempat, Matthäus diumumkan tidak akan kembali buat musim kedua selepas musim pertama ditamatkan. Punca lain diutarakan adalah masalah kewangan yang dihadapi kelab. Pasukan Netanya menduduki tempat keempat pada musim itu.

Pasukan kebangsaan Bulgaria[sunting | sunting sumber]

Pada 23 September 2010, Matthäus diumumkan menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Bulgaria selepas perletakan jawatan Stanimir Stoilov sewaktu beberapa minggu sebelumnya. Beliau menandatangani kontrak satu tahun bersama pilihan lanjutan dua tahun.

Bulgaria mula dengan baik di bawah kendalian Matthäus apabila melakar keputusan menang 1-0 ke atas Wales 1-0 di Cardiff. Seterusnya, Matthäus membimbing Bulgaria meraih kemenangan pertama pada tahun 2010 dan dalam kempen kelayakan UEFA Euro 2012. Pada 12 Oktober 2010, Bulgaria mencatat keputusan menang 2-0 ke atas Arab Saudi dalam perlawanan persahabatan. Namun pada 17 November 2010, Bulgaria tewas 1-0 kepada Serbia di laman sendiri dalam aksi persahabatan. Walaupun menang pada perlawanan kelayakan Euro pertama menentang Wales, Bulgaria terpaksa akur selepas terikat seri menentang Switzerland dan Montenegro serta tewas di laman sendiri kepada England. Pada 19 September 2011, Matthäus akhirnya dipecat.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala[nb 1] Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman Barat Borussia Mönchengladbach 1979–80 28 4 2 0 11 2 41 6
1980–81 33 10 5 2 38 12
1981–82 33 3 5 4 4 1 42 8
1982–83 34 8 5 2 39 10
1983–84 34 11 6 4 40 15
Jumlah 162 36 23 12 15 3 200 51
Jerman Barat Bayern Munich 1984–85 33 16 6 0 5 1 44 17
1985–86 23 10 5 2 3 0 31 12
1986–87 31 14 3 1 7 4 41 19
1987–88 26 17 4 3 4 1 34 21
Jumlah 113 57 18 6 19 6 150 69
Itali Internazionale 1988–89 32 9 7 3 5 0 44 12
1989–90 25 11 2 2 2 0 29 13
1990–91 31 16 3 1 12 6 46 23
1991–92 27 4 5 1 2 0 34 5
Jumlah 115 40 17 7 21 6 153 53
Jerman Bayern Munich 1992–93 28 8 0 0 28 8
1993–94 33 8 3 1 4 1 40 10
1994–95 16 5 2 0 6 0 24 5
1995–96 19 1 0 0 7 0 26 1
1996–97 28 1 3 0 2 0 33 1
1997–98 25 3 5 0 5 0 35 3
1998–99 25 1 7 0 12 1 44 2
1999–2000 15 1 2 0 9 0 26 1
Jumlah 189 28 22 1 45 2 256 31
Amerika Syarikat MetroStars 2000 16 0 7 0 23 0
Jumlah kerjaya 595 161 87 26 100 17 782 204

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Jerman
Tahun Kmncln Gol
1980 1 0
1981 1 0
1982 10 0
1983 7 0
1984 10 0
1985 7 1
1986 15 2
1987 6 1
1988 10 4
1989 3 1
1990 15 7
1991 7 3
1992 4 0
1993 11 0
1994 15 3
1995 0 0
1996 0 0
1997 0 0
1998 8 0
1999 13 1
2000 7 0
Jumlah 150 23

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Pasukan Mulai Hingga Rekod
BP M S K Menang %
Rapid Wien 6 September 2001 10 Mei 2002 &&&&&&&&&&&&&032.&&&&&032 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&028.13000028.13
Partizan Belgrade 22 Disember 2002 13 Disember 2003 &&&&&&&&&&&&&043.&&&&&043 &&&&&&&&&&&&&028.&&&&&028 &&&&&&&&&&&&&&06.&&&&&06 &&&&&&&&&&&&&&09.&&&&&09 &&&&&&&&&&&&&065.12000065.12
Hungary 14 Disember 2003 31 Disember 2005 &&&&&&&&&&&&&028.&&&&&028 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&039.29000039.29
Atlético Paranaense 11 Januari 2006 17 Mac 2006 &&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&&02.&&&&&02 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&071.43000071.43
Maccabi Netanya 15 Jun 2008 29 April 2009 &&&&&&&&&&&&&045.&&&&&045 &&&&&&&&&&&&&019.&&&&&019 &&&&&&&&&&&&&014.&&&&&014 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&042.22000042.22
Bulgaria 23 September 2010 19 September 2011 &&&&&&&&&&&&&011.&&&&&011 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&&03.&&&&&03 &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 &&&&&&&&&&&&&027.27000027.27
Jumlah &&&&&&&&&&&&0166.&&&&&0166 &&&&&&&&&&&&&075.&&&&&075 &&&&&&&&&&&&&037.&&&&&037 &&&&&&&&&&&&&054.&&&&&054 &&&&&&&&&&&&&045.18000045.18

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich
Internazionale
MetroStars[2]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Individu[sunting | sunting sumber]

Awam[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Termasuk DFL-Ligapokal

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name=atleticoparanaensejob
  2. ^ name="vox.de"
  3. ^ name="Soccerway"
  4. ^ name="focus.de"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Kedudukan sukan
Didahului oleh
Klaus Allofs
Kapten Jerman Barat/Jerman
1988–1994
Diikuti oleh:
Jürgen Klinsmann
Didahului oleh
Raimond Aumann
Kapten Bayern Munich
1994–1996
Diikuti oleh:
Thomas Helmer