Pergi ke kandungan

Orang Yunani Pontik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Yunani Pontik
Έλληνες του Πόντου (Ρωμιοί)
Karadeniz Rumları
Bendera kuning dengan helang hitam di tengah. Sayap helang ditebarkan.
Salah satu bendera Pontik
Jumlah penduduk
s. 2,000,000[1] – 2,500,000[2]
Kawasan ramai penduduk
 Greece368,000–500,000[3][4]
 Georgia (negara)100,000[5]
 Ukraine75,000+[6]
 Rusia50,000+[7]
 Kazakhstan10,000–12,000[8]
 Uzbekistan10,000[9] [10]
 Armenia9,000[11]
 Turki5,000–5,100[12][13]
Bahasa
Kebanyakannya Moden dan Bahasa Yunani Pontik. Juga bahasa negara tempat tinggal masing-masing (termasuk Armenia, Georgia, Rusia, Turki dan Bahasa Urum)
Agama
Ortodoks Yunani Kristian, Ortodoks Kristian Rusia, Islam Sunni (kebanyakannya di Turki), mazhab-mazhab Kristian lain
Kumpulan etnik berkaitan
Kaum Cappadocia, Yunani Caucasia, Urum

Orang Yunani Pontik (Yunani Pontik: Ρωμαίοι, Ρωμιοί;[a] Turki: Pontus Rumları atau Karadeniz Rumları; Yunani: Πόντιοι , Ελληνοπόντιοι[b][c]), juga orang Yunani Ponti atau Pontia, ialah etnik Yunani[18][19] yang orang asal di wilayah Pontus, di timur laut Anatolia (Turki moden). Mereka berkongsi budaya Yunani Pontik lazim yang dicirikan oleh muzik, tarian, masakan dan pakaian. Tarian rakyat, seperti Serra (juga dikenali sebagai Pyrrhichios), dan alat muzik tradisional, seperti lyra Pontik, tetap penting kepada komuniti-komuniti diaspora Ponti. Orang Ponti mengikut tradisinya bercakap bahasa Yunani Pontik, sejenis dialek Yunani moden, yang telah berkembang secara terasing di wilayah Pontus. Biasanya dikenali sebagai Pontiaka, ia juga dipanggil Romeika oleh penutur asli.

Koloni-koloni Yunani terawal di wilayah Pontus bermula pada 700 SM, termasuk Sinope, Trapezus, dan Amisos. Koloni-koloni Yunani terus tersebar di pesisiran Laut Hitam (Euxeinos Pontos) antara zaman Arkaik dan Klasik. Kerajaan Helenistik Pontus diilhakkan oleh Rom pada tahun 63 SM, menjadi jajahan Rom dan kemudiannya wilayah Byzantium. Semasa abad ke-11 Masihi, Pontus menjadi sangat terasing dari seluruh dunia Yunani, berikutan penaklukan Saljuk ke atas Anatolia. Selepas pengepungan Konstantinopel pada tahun 1203 dalam Perang Salib Keempat, Empayar Trebizond ditubuhkan di pesisiran Laut Hitam oleh cabang dinasti Komnenos, yang kemudiannya dikenali sebagai 'Komnenos Raya'. Anatolia, termasuk Trebizond, akhirnya habis ditawan Uthmaniyah pada abad ke-15 Masihi. Ramai orang Yunani tinggal di Pontus semasa zaman moden awal sehinggalah abad ke-20, apabila, selepas genosid orang Yunani Pontik dan pertukaran penduduk pada tahun 1923 dengan Turki, orang Yunani Pontik kebanyakannya telah berhijrah ke Greece dan sekitar Caucasus, termasuk ke negara Georgia.[20]

Hari ini, kebanyakan orang Yunani Pontik tinggal di Greece Utara, terutamanya di dalam dan sekitar Thessaloniki di Makedonia. Mereka yang di selatan Rusia, Ukraine dan Krimea sering digelarkan "orang [Yunani] Pontik Utara", berbeza dengan mereka dari "Pontus Selatan", yang dianggap sebagai Pontus sebenar. Mereka dari Georgia, timur laut Anatolia, dan bekas Caucasus Rusia dalam kalangan akademik Yunani kontemporari sering dirujuk sebagai "orang [Yunani] Pontik Timur" atau Yunani Caucasia. Orang Urum Ortodoks Yunani yang berbahasa Turkik termasuk dalam kumpulan ini juga. Selain asal usul mereka yang kebanyakannya Yunani, mereka juga berkemungkinan mempunyai darah yang datang daripada beberapa punca berbeza.[21][22]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ [14][15][16][17] romanized: Romaioi, Romioi; roˈmei, roˈmɲi
  2. ^ romanized: Pontioi, Ellinopontioi; ˈpondii, elinoˈpondii
  3. ^ Also in Bahasa Georgia: პონტოელი ბერძნები, romanized: P'ont'oeli Berdznebi
  1. ^ Dufoix, Stephane (2008). Diasporas. University of California Press. m/s. 40. ISBN 9780520941298. For example, there are 2 million Pontic Greeks worldwide, mostly in Russia, Ukraine, Greece, Germany, and Sweden.
  2. ^ Phrankoulē-Argyrē, Ioustinē (2006). Spyridon, Archbishop of America, 1996 – 1999: the heritage. Hellēnika Grammata. m/s. 175. Οι ξεριζωμένοι και διασκορπισμένοι στα πέρατα της οικουμένης έλληνες του Πόντου συμποσούνται σήμερα γύρω στα 2.500.000.
  3. ^ "The revival of a second Greek language".
  4. ^ "Pontic Greek in Greece".
  5. ^ Danver, Steven L. (2015). Native Peoples of the World: An Encyclopedia of Groups, Cultures and Contemporary Issues. Routledge. m/s. 316. ISBN 9781317464006. Di Georgia, komuniti Yunani (kira-kira 100,000) telah mengekalkan bahasa ibundanya…
  6. ^ "Всеукраїнський перепис населення 2001 | English version | Results".
  7. ^ Nombor termasuk semua orang Yunani di Rusia: https://rosstat.gov.ru/storage/mediabank/Tom5_tab1_VPN-2020.xlsx
  8. ^ "Bilateral Relations Between Greece and Kazakhstan". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2007.
  9. ^ The Ethnic Minorities of Armenia, Garnik Asatryan, Victoria Arakelova.
  10. ^ https://web.archive.org/web/20091007180449/http://www.library.cjes.ru/files/pdf/ethno-atlas-uzb.pdf [PDF URL kosong]
  11. ^ The Ethnic Minorities of Armenia, Garnik Asatryan, Victoria Arakelova.
  12. ^ "Against all odds: Archaic Greek in a modern world | University of Cambridge". July 2010.
  13. ^ "Pontic Greek in Greece".
  14. ^ Fann, Patricia (1991). "The Pontic Myth of Homeland: Cultural Expressions of Nationalism and Ethnicism in Pontos and Greece, 1870-1990". Journal of Refugee Studies. 4 (4): 346. doi:10.1093/jrs/4.4.340.
  15. ^ Georgije Ostrogorski (1969). "The Early Byzantine State". History of the Byzantine State. Rutgers University Press. m/s. 28. ISBN 9780813511986.
  16. ^ Ascherson, Neal (1995). Black Sea. MacMillan. m/s. 181. ISBN 9780809015931.
  17. ^ Popov, Anton (2003). "Becoming Pontic: "Post-Socialist" Identities, "Transnational" Geography, and the "Native" Land of the Caucasian Greeks". Ab Imperio. 2003 (2): 339–360. doi:10.1353/imp.2003.0114. S2CID 131320546.
  18. ^ Alan John Day; Roger East; Richard Thomas (2002). A Political and Economic Dictionary of Eastern Europe. Psychology Press. m/s. 454. ISBN 1857430638. Orang Yunani Pontik Satu etnik minoriti Yunani ditemui di Georgia dan pada asalnya tertumpu di republik Abkhazia. Orang Yunani Pontik berasal daripada penjajah Yunani di wilayah Caucasus (yang menamakan Laut Hitam Laut Pontik)
  19. ^ Totten, Samuel; Bartrop, Paul Robert; Jacobs, Steven L. (2008). Dictionary of Genocide: A-L. ABC-CLIO. m/s. 337. ISBN 978-0313346422. Orang Yunani Pontik, Genosid. Genosid Yunani Pontik (kadangkala Ponti) ialah istilah yang digunakan bagi pembunuhan beramai-ramai dan pengusiran yang berterusan terhadap etnik Yunani yang tinggal di Empayar Uthmaniyah di tangan kerajaan Turki Muda antara tahun 1914 dan 1923. Nama orang-orang ini berasal daripada perkataan Yunani Pontus, bermaksud "pantai laut," dan merujuk kepada penduduk Yunani yang telah tinggal di pantai tenggara Laut Hitam, iaitu di utara Turki, selama tiga alaf.
  20. ^ Wood, Michael (2005). In Search of Myths & Heroes: Exploring Four Epic Legends of the World. University of California Press. m/s. 109. ISBN 0520247248. YUNANI PONTIK Di lembah yang mengalir ke pantai Laut Hitam di sekitar Trebizond, orang Yunani hadir dari 700 SM hingga zaman kita sendiri. Hanya selepas malapetaka tahun 1922, apabila orang Yunani diusir dari Turki, kebanyakan mereka berhijrah ke Greece, atau ke Georgia di mana ramai sudah mula berpindah sebelum Perang Dunia Pertama apabila tanda-tanda pembakaran mula muncul di udara. Orang Turki telah memasuki Anatolia tengah (perkataan Yunani untuk 'timur') pada abad kesebelas, dan pada tahun 1400 ia di tangan mereka sepenuhnya; namun permata mahkota, Konstantinopel sendiri, tidak ditawan sehingga tahun 1453. Pada masa itu, penduduk Kristian berbahasa Yunani adalah minoriti, malah sembahyang di gereja mereka dibuat sebahagiannya dalam bahasa Yunani, sebahagian lagi dalam bahasa Turki. Di Pontus, di pantai Laut Hitam, ceritanya jauh berbeza. Di sini orang Yunani dahulu hadir sehingga ke zaman moden. Walaupun mereka telah ditakluki pada tahun 1486, mereka masih majoriti pada abad ketujuh belas dan ramai yang memeluk Islam masih bercakap bahasa Yunani. Malah pada penghujung abad ke-20 pihak berkuasa di Trebizond terpaksa menggunakan jurubahasa untuk bekerjasama dengan penutur Yunani Pontik Muslim di mahkamah undang-undang, kerana bahasa itu masih digunakan sebagai bahasa ibunda mereka. Wilayah ini mempunyai budaya lisan yang subur hingga seabad yang lalu dan seluruh genre balada yang diturunkan daripada orang Yunani Purba ...
  21. ^ Topalidis, Sam (March 2019). "An Introduction to Pontic Greek History". Australian Pontian Association 2019 Synapantema: 1. Hari ini, orang Yunani Pontik berkemungkinan besar adalah keturunan penjajah Yunani ini, orang asli Anatolia, orang Yunani yang baru-baru ini berpindah ke Pontos, atau orang lain yang berhijrah ke Pontos dan memeluk agama Kristian.
  22. ^ "Rediscovering Romeyka". Romeyka Project. Tidak jelas berapa ramai daripada mereka [penutur Romeika] adalah orang asli Kaukasia atau Turki yang diasimilasikan dan memasuki Pontus bersama-sama dengan orang Uthmaniyah bermula dari 1460, yang menerima pakai bahasa Yunani.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]