Pahamin Rajab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pahamin Rajab

DSNS (NS); DMSM (Melaka); AMN
Kelahiran
Pahamin bin Abdul Rajab

(1946-02-23)23 Februari 1946
Meninggal dunia8 Julai 2023(2023-07-08) (umur 77)
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Gardens of Peace, Five Oaks Lane, Chigwell, London
PendidikanIjazah Sarjana Muda Sejarah
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanPenjawat awam, peguam, ahli perniagaan
Tahun aktif1970–2023
PasanganDatin Zainab Mohamad (k. 1970–2023)
Anak-anak6 (termasuk Chempaka Emalin dan Armin Baniaz)
KeluargaAzhar Sulaiman (menantu)

Datuk Pahamin Abdul Rajab (23 Februari 1946 – 8 Julai 2023) merupakan seorang penjawat awam dan tokoh korporat Malaysia.[1] Beliau telah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia selama lebih 30 tahun.[2] Selain itu, beliau juga merupakan bekas pengasas bersama dan pengerusi syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.[3]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pahamin dilahirkan pada 23 Februari 1946 di Kampung Badak, Bachok, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik. Semasa beliau dilahirkan, pendaftar tersilap membaca tulisan Arab dan tersalah catat nama bapanya, Razak, sebagai Rajab dalam tulisan Rumi, menyebabkan nama bapanya berbeza berbanding adik-beradiknya yang lain.[1]

Beliau bersekolah rendah di Sekolah Melayu Badak di Bachok, antara 1952 hingga 1956 dan melanjutkan pelajaran ke Kelas Bahasa Melayu Khas (SMC) di Sekolah Inggeris Kamil Pasir Puteh antara 1957 hingga 1959. Pahamin kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kamil di Pasir Puteh dari 1960 hingga 1964. Pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Sejarah di Universiti Malaya (UM) dan menamatkan pengajian pada tahun 1970.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pahamin dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama 24 tahun, dari 1974 hingga 1998.[4] Beliau kemudian menyandang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), dari 1998 sehingga 2001 semasa pentadbiran Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri keempat.[5][6]

Beliau juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd. Pahamin juga menjadi tonggak utama dalam AirAsia bersama-sama Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun dan pernah menyandang jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif dari 2001 sehingga 2008.[7][8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Zainab Mohamad pada 1970 dan dikurniakan 6 anak – Chempaka Emalin, Armin Baniaz, Melor Edina, Rose Emini, Teratai Edithy dan Amnan Bazli.[1][9]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pahamin meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), pada 8 Julai 2023 pada usia 77 tahun untuk menghadiri hari graduasi cucunya, Andika Rees Pahamin.[10][11] Jenazah beliau selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Gardens of Peace, Five Oaks Lane, Chigwell, London pada 12 Julai.[12][13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Pahamin A. Rajab". arminbaniaz.com. 16 Mac 2011. Dicapai pada 10 Julai 2023.
  2. ^ Mona Ahmad (14 Oktober 2012). "'Saya bukan gila publisiti'". Berita Minggu. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  3. ^ Omar Zin (10 Julai 2023). "Pahamin Rajab: Dari Bachok ke AirAsia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 10 Julai 2021.
  4. ^ "Pahamin leaves RTD with '90pc satisfaction'" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. 13 Disember 1998. Dicapai pada 10 Julai 2022.
  5. ^ Amirullah Andi Nur (25 November 2000). "Pengguna abai tribunal: Pahamin". Berita Harian. Dicapai pada 10 Julai 2022.
  6. ^ "Pahamin pledges to get down to ground in new job" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 17 Disember 1998. Dicapai pada 10 Julai 2021.
  7. ^ "Pahamin bersara". Berita Harian. 4 Jun 2008. Dicapai pada 10 Julai 2020.
  8. ^ "AirAsia co-founder Pahamin proposes plan to take over Malaysia Airlines" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. 3 Julai 2019. Dicapai pada 10 Julai 2019.
  9. ^ Jamudin Idris (22 Ogos 2004). "Chempaka, Melor nadi Pahamin". Berita Minggu. Dicapai pada 10 Julai 2019.
  10. ^ Shamshul Azree Samshir (9 Julai 2023). "Pahamin meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 10 Julai 2023.
  11. ^ "Bekas Pengerusi AirAsia, Pahamin Rajab meninggal dunia". Utusan Malaysia. 9 Julai 2023. Dicapai pada 10 Julai 2023.
  12. ^ "Jenazah Pahamin Rajab selamat dikebumi di Chigwell, London". Astro Awani. 13 Julai 2023. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  13. ^ "Jenazah Pahamin Rajab selamat dikebumi di Chigwell, London". Sinar Harian. 13 Julai 2023. Dicapai pada 1 Ogos 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]