Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia
![]() Kerajaan Malaysia
|
|
![]() Logo KPDNKK
|
|
Gambaran keseluruhan | |
---|---|
Dibentuk | 1990 |
Agensi terdahulu |
|
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Putrajaya |
Menteri bertanggungjawab |
|
Tapak web | http://www.kpdnkk.gov.my |
sunting |
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), dahulunya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ialah sebuah kementerian Malaysia yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri serta untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna. Menteri KPDNKK yang terkini ialah Dato' Seri Hamzah Zainudin. KPDNHEP kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disebabkan oleh sektor koperasi negara yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dimansuhkan, diletakkan di bawah kementerian ini.[1]
Isi kandungan
Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
Menteri-Menteri[sunting | sunting sumber]
Menteri yang terlibat adalah seperti berikut
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
- Tan Sri Abu Hassan Omar
- Tan Sri Megat Junid Megat Ayob
- Tan Sri Muhyiddin Yassin (1999-2004)
- Dato' Seri Mohd Shafie Apdal
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
- Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad (2008- 2009)
- Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (2009 - 2013)
- Dato' Sri Haji Hassan Malek (2013 - 2015]
- Dato' Seri Hamzah Zainuddin (2015 - kini]
Timbalan Menteri[sunting | sunting sumber]
- Tan Sri Subramaniam Sinniah (1999-2004)
Bidang tugas dan fungsi[sunting | sunting sumber]
KPDNKK mengawalseliakan perdagangan dalam negeri melalui:
- Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu;
- Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu;
- Hal ehwal perlindungan pengguna;
- Urusan berkaitan harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, paten dan rekabentuk perindustrian;
- Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;
- Penyelarasan dasar: peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
- Pelesenan urusniaga jualan langsung;
- Membanteras penyelewengan dalam perdagangan ;
- Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat;
- Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah;
- Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan;
- Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek.
Organisasi[sunting | sunting sumber]
KPDNKK mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, dan terdiri daripada 11 bahagian seperti berikut:
- Bahagian Perdagangan Dalam Negeri
- Bahagian Penguatkuasa
- Bahagian Pembangunan Perniagaan
- Bahagian Pengurusan Maklumat
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
- Bahagian Dasar dan Perancangan
- Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan
- Bahagian Audit Dalam
- Bahagian Nasihat Perundangan
- Bahagian Hal Ehwal Pengguna
- Tribunal Tuntutan Pengguna.