Pelabuhan Tanjung Langsat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelabuhan Tanjung Langsat
ڤلابوهن تنجوڠ لڠست
Maklumat am
JenisPelabuhan, petempatan manusia Sunting ini di Wikidata
Laman sesawang
http://www.tlpterminal.com.my/ Sunting ini di Wikidata
Maklumat pentadbiran dan teknikal
PemilikPerbadanan Johor Sunting ini di Wikidata
Maklumat lokasi
Map
NegaraMalaysia Sunting ini di Wikidata
LokasiTanjung Langsat, Pasir Gudang Sunting ini di Wikidata
Koordinat1°27′N 104°0′E Sunting ini di Wikidata
Jasad air terdekat
Sungai Johor, Selat Johor Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pelabuhan Tanjung Langsat (PTL) ialah pelabuhan yang terletak di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Merupakan pelabuhan ketiga di Johor dan sebagai sebuah pelabuhan pengkhususan utama di Asia Tenggara, PTL mengendalikan gas cecair (LPG) dan bahan-bahan kimia yang berbahaya.

Dirancangkan pada tahun 1995, TLP terletaknya 12 batu nautika dari laluan perkapalan antarabangsa, lapan kilometer dari Pelabuhan Johor dan 45 kilometer dari Johor Bahru. Ia mempunyai tanah yang luas sebanyak 309 hektar (763 ekar) dan pesisiran muara sungai yang berukuran 4.5 kilometer.

PTL dimiliki oleh Perbadanan Johor (Jcorp), yakni sebuah syarikat pelaburan kerajaan negeri Johor yang memegang ekuiti sebanyak 95 peratus di PTL, manakala bakinya dipegang oleh anak syarikat penuhnya, TPM Technopark Sdn. Bhd.

Disebabkan kargo pukal berbahaya cecair merupakan 45% daripada kegiatan-kegiatan Pelabuhan Johor dan letaknya PTL cuma lapan kilometer daripada Pelabuhan Johor, PTL adalah pesaing secara langsung kepada Pelabuhan Johor.

Kemudahan dan perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

PTL bermula operasi sebahagiannya mulai daripada tahun 2003, dan apabila disiap pembinaannya pada tahun 2012, ia akan dilengkap dengan:

Kegiatan-kegiatan utama pelabuhan ialah:

  • pengendalian petrokimia dan muatan cecair;
  • pangkalan sokongan marin;
  • terminal perikanan laut/dermaga serbaguna;
  • pemprosesan dan penyimpanan kargo petroleum dan muatan cecair;
  • pusat pesiaran antarabangsa.

Industri-industri petrokimia akan merupakan 60 peratus daripada kegiatan-kegiatan PTL, dengan pengeluaran gas dan keluli serta industri-industri marin dan industri berkaitan, merupakan 40 peratus yang terbaki. Banyak syarikat kimia yang beroperasi di kawasan perindustrian Pasir Gudang telah membuka kilang-kilang yang baru di PTL kerana kekurangan tempat di Pasir Gudang.

PTL menujukan perkhidmatannya kepada kargo cecair hasil keluaran yang berasaskan petroleum dari kawasan perindustrian disekitar Pasir Gudang, termasuk "Taman Perindustrian Tanjung Langsat" bersebelahannya yang dibangunkan untuk kemudahan-kemudahan petrokimia. Taman perindustrian ini yang berukuran 1,887 hektar dimajukan oleh JCorp semata-mata untuk industri-industri berat, termasuknya petroleum dan gas.

Persaingan[sunting | sunting sumber]

TLP dijangka menghadapi persaingan yang pesat daripada kompleks-kompleks petrokimia berintegrasi yang wujud di negeri Pahang dan Terengganu, termasuknya pesaing-pesaing luar negeri, iaitu Hab Logistik Banyan di pulau Jurong, Singapura, serta Pelabuhan Majisan di pantai Caojing, negeri China. Kesemuanya hendak menjadi pusat logistik kimia Asia yang terutama.

Kini, pengangkut-pengangkut kimia yang besar terpaksa memindahkan kargo kepada kapal-kapal yang lebih kecil di Singapura dan Ulsan di Korea Selatan. Oleh sebab itu, kedalaman PTL yang mencukupi akan memberinya kelebihan apabila dibandingkan dengan pesaing-pesaingnya.

Disebabkan kedekatannya dengan Pelabuhan Singapura, PTL merupakan sebuah pesaing kepada pelabuhan tersebut di mana terdapat banyak aduan tentang kos yang terlalu tinggi. Trafigura Pte. Ltd., sebuah syarikat dagangan minyak Jepun, telahpun mengisytiharkan pemindahan sebahagian besar daripada operasinya di Singapura kepada PTL apabila pembinaan kemudahan penyimpanan petroleumnya disiap pada tahun 2008. Menurut Ichiro Tokuhashi, pengurus urusannya, kos operasi di PTL adalah 60 peratus lebih murah daripada kos di Pelabuhan Singapura.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 1°26′36″N 104°00′20″E / 1.443455°N 104.005659°E / 1.443455; 104.005659