Pengguna:KLITE789/London

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana ini ialah Draf. Jangan hapuskan rencana ini.


Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan tinggi[sunting | sunting sumber]

Kolej Universiti London ialah sebahagian Universiti London

London merupakan sebuah pusat utama pendidikan tinggi dan penyelidikan, di mana 43 buah universiti yang membentuk tumpuan institusi pengajian tinggi yang terbesar di Eropah.[1] Pada tahun 2008/09, jumlah penuntut pendidikan tingginya seramai 412,000 orang (kira-kira 17 jumlah keseluruhan UK), yang mana seramai 287,000 orang berdaftar untuk ijazah sarjana muda dan 118,000 lagi menuntut di peringkat pascasiswazah.[2] Pada tahun 2008/09 juga, terdapat sekitar 97,150 penuntut luar negara di London, iaitu kira-kira 25 peratus semua penuntut luar negara di UK.[2]

Di London terletaknya sebilangan institusi pendidikan peneraju dunia. Menurut QS World University Rankings 2011, Imperial College London menduduki tangga ke-6, Kolej Universiti London ke-7 dan King's College London ke-27 di dunia.[3] London School of Economics turut disanjungi sebagai institusi sains sosial terunggul dari segi pengajaran mahupun penyelidikan.[4] London Business School pula dianggap sebagai salah sebuah maktab perniagaan terulung di dunia, apalagi pada tahun 2010, program MBA-nya diberi penarafan tertinggi di dunia oleh Financial Times.[5]

Dengan seramai 125,000 orang pelajar, persekutuan Universiti London merupakan universiti ajaran jarak dekat yang terbesar di Eropah.[6] Ia merangkumi empat buah universiti berbilang fakulti yang besar, iaitu King's College London, Queen Mary, Royal Holloway dan UCL – dan banyak institusi kecil yang lebih terkhusus seperti London Business School, London School of Economics, Royal Academy of Music, dan sebagainya.[7] Setiap anggota Universiti London mengamalkan tatacara penerimaan masuk pelajar yang tersendiri serta menawarkan ijazah tersendiri.

Terdapat sebilangan universiti di London yang berada di luar sistem Universiti London, misalnya Imperial College London, Universiti Metropolitan London (universiti tunggal yang terbesar di dengan seramai 34,000 orang pelajar),[8] University of the Arts London(universiti kesenian, reka bentuk, fesyen, komunikasi dan seni persembahan yang terbesar di Eropah),[9] dan sebagainya.

Muka depan Royal College of Music

Di London letaknya lima maktab perubatan utamaBarts and The London School of Medicine and Dentistry (anggota Queen Mary), King's College London School of Medicine (maktab perubatan terbesar di Eropah), Imperial College School of Medicine, UCL Medical School dan St George's, University of London – serta banyak hospital mengajar yang bersekutu dengannya. London juga merupakan sebuah pusat utama untuk penyelidikan bioperubatan, dan tiga daripada lima pusat sains kesihatan akademi di UK berpangkalan di bandaraya ini, iaitu Imperial College Healthcare, King's Health Partners dan UCL Partners (pusat sedemikian yang terbesar di Eropah).[10] Terdapat juga banyak maktab perniagaan di London, termasuk Cass Business School (anggota City University London), ESCP Europe, European Business School London, Imperial College Business School dan London Business School. Di London juga terletaknya banyak institusi pendidikan khusus seni, seperti Academy of Live and Recorded Arts, London Contemporary Dance School, RADA, Royal College of Art, Royal College of Music dan Trinity Laban.

Pendidikan rendah dan menengah[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan sekolah rendah dan menengah di London adalah sekolah awam yang berada di bawah tadbir urus lembaga-lembaga Daerah perbandaran, tetapi juga terdapat beberapa sekolah swasta di London.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Istirahat dan hiburan[sunting | sunting sumber]

Di dalam Bandaraya Westminster, terletaknya daerah hiburan West End yang tertumpu di sekitar Dataran Leicester, di mana berlangsungnya tayangan perdana filem sedunia, dan juga Piccadilly Circus yang penuh dengan papan iklan elektronik yang besar-besar belaka.[11] Di sini juga letaknya daerah teater London, di samping banyak pawagam, kedai arak, kelab dan restoran, termasuk daerah Chinatown (di Soho), dan di sebelah timurnya letaknya Covent Garden, an area housing speciality shops. The United Kingdom's Royal Ballet, English National Ballet, Royal Opera and English National Opera are based in London and perform at the Royal Opera House, the London Coliseum, Sadler's Wells Theatre and the Royal Albert Hall as well as touring the country.[12]

Upper Street di Islington yang menjangkau 1 batu (1.6 km) ke utara dari Angel, merupakan jalan raya yang paling banyak kedai arak dan restoran di United Kingdom.[13] Kawasan beli-belah paling sibuk di Eropah ialah Oxford Street yang panjangnya 1 batu (1.6 km), oleh itu juga jalan raya beli-belah yang terpanjang di United Kingdom. Di Oxford Street terletaknya sejumlah besar kedai-kedai runcit dan gedung serbaneka, termasuklah cawangan utama Selfridges yang berprestij.[14] Di sebelah barat daya pula letaknya Knightsbridge di mana letaknya gedung Harrods yang tidak kurang tersohornya.

London adalah tempat tinggal ramai ahli fesyen terkenal seperti Vivienne Westwood, Galliano, Stella McCartney, Manolo Blahnik, dan Jimmy Choo. Maktab-maktab seni dan fesyennya menjadikan London sebuah pusat fesyen antarabangsa di samping Paris, Milan dan New York. London menawarkan pelbagai jenis masakan kerana warga-warganya yang pelbagai latar belakang kebudayaan. Antara tumpuan selera utama di London ialah restoran-restoran Bangladesh di Brick Lane dan kedai-kedai masakan Cina di Chinatown.[15]

Di London terdapat pelbagai acara tahunan, bermula dengan New Year's Day Parade (Perarakan Hari Tahun Baru) yang agak baru, pertunjukan bunga api di London Eye, parti jalanan kedua terbesar di dunia, tidak lupa juga Karnival Notting Hill yang diadakan pada akhir musim cuti bank Ogos. Antara pesta-pesta tradisional pula ialah Lord Mayor's Show pada bulan November, sebuah acara berabad-abad lamanya yang menyambut pelantikan Lord Mayor of the City of London tahunan dengan perarakan di sepanjang jalan-jalanan Bandaraya, serta Trooping the Colour, sebuah pagean tentera rasmi yang diadakan oleh rejimen-rejimen Komanwel dan British pada setiap Jun untuk menyambut Hari Keputeraan Rasmi Ratu.[16]

Kesusasteraan, filem dan televisyen[sunting | sunting sumber]

Rumah Keats, di mana Keats mengarang Ode to a Nightingale. Kampung Hampstead pernah dijadikan sebuah pusat kesasteraan di London.

London telah dijadikan latar tempat untuk pelbagai karya sastera. Pusat-pusat sastera tradisi London ialah Hampstead dan Bloomsbury. Antara para sasaterawan yang dikait rapat dengan London ialah Samuel Pepys yang terkenal kerana merakam penyaksiannya terhadap peristiwa Kebakaran Besar, Charles Dickens yang amat mempengaruhi pandangan orang ramai tentang London yang serba berkabut, dingin dan kotor-bolor pada zaman Victoria, dan Virginia Woolf yang disanjungi sebagai salah seorang tokoh sastera modenis yang paling terkemuka pada abad ke-20.[17]

Dalam karya Canterbury Tales yang dikarang oleh Geoffrey Chaucer pada lewat abad ke-14, para penziarah berangkat ke Canterbury dari rumah tumpangan Tabard di Southwark, London. William Shakespeare menghabiskan sebahagian besar riwayat dan kerjayanya di London. Ben Jonson yang hidup sezaman dengan Shakespeare juga menetap di London, maka sesetengah karyanya—terutama sekali drama The Alchemist—berlatarkan kota in.[17] A Journal of the Plague Year (1722) oleh Daniel Defoe merupakan pengisahan cereka pada peristiwa Wabak Besar 1665.[17] Karya-karya terkemuka yang berlatarkan London pada abad ke-19 datang dalam bentuk novel-novel Dickens, dan juga siri Sherlock Holmes oleh Arthur Conan Doyle.[17] Antara penulis moden yang amat dipengaruhi oleh London ialah Peter Ackroyd, pengarang "biografi" London, dan Iain Sinclair yang berkecimpung dalam bidang psikogeografi.

London merupakan latar bagi filem Oliver Twist (1948), Peter Pan (1953), The Ladykillers (1955), The 101 Dalmatians(1961), Mary Poppins (1964), Blowup (1966), The Long Good Friday(1980), Secrets & Lies (1996), Notting Hill (1999),Match Point (2005), V For Vendetta (2005) dan Sweeney Todd: The Demon Barber Of Fleet Street (2008). Drama lipur lara EastEnders yang mula-mula ditayangkan pada tahun 1985, turut berlatarkan kota ini. London telah memainkan peranan penting dalam industri perfileman, mempunyai studio perfileman utama di Ealing serta komuniti kesan khas dan pascapenerbitan yang berpusat di Soho. Working Title Films beribu pejabat di London.[18]

Muzium dan galeri seni[sunting | sunting sumber]

Muzium British.

London merupakan tempat terletaknya banyak muzium, galeri, dan balai-balai yang seumpamanya. Kebanyakannya tidak mengenakan bayaran masukan dan merupakan tarikan pelancong dan juga pusat penyelidikan. Antara yang terawal ditubuhkan ialah Muzium British di Bloomsbury pada tahun 1753. Asalnya mengandungi barang-barang purba, contoh sejarah alam serta perpustakaan negara, muzium ini kini menyimpan 7 juta artifak dari seluruh dunia. Pada tahun 1824, Balai Seni Negara (National Gallery) ditubuhkan untuk menyimpan hasil seni lukis Barat dalam koleksi kebangsaan UK; kini, ia terletak di suatu kedudukan yang menonjol di Dataran Trafalgar. Pada separuh akhir abad ke-19, kawasan South Kensington dibangunkan menjadi daerah kebudayaan dan sains "Albertopolis", di mana terletaknya tiga buah muzium kebangsaan utama, iaitu Muzium Victoria dan Albert (untuk seni gunaan), Muzium Sejarah Alam dan Muzium Sains. Balai seni kebangsaan kesenian British terletak di Tate Britain yang asalnya ditubuhkan sebagai imbuhan bagi Balai Seni Negara pada tahun 1897. Dahulunya dikenali sebagai Balai Seni Tate, ia juga menjadi sebuah pusat kesenian moden utama; pada tahun 2000, koleksi berkenaan dipindahkan ke Tate Modern, sebuah galeri baru yang bertempat di bekas Stesen Janakuasa Bankside.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Royal Albert Hall mengadakan konsert dan acara muzik

London merupakan salah sebuah pusat muzik utama di dunia, baik muzik klasikal mahupun popular, dan tempat terletaknya syarikat-syarikat muzik utama seperti EMI dan juga ramai kugiran, ahli muzik dan pakar industri. Di London juga terdapat banyak dewan orkestra dan konsert, misalnya Barbican Arts Centre (tapak utama London Symphony Orchestra), Cadogan Hall (Royal Philharmonic Orchestra) dan Royal Albert Hall (The Proms).[12] Dua buah dewan opera yang utama di London ialah Royal Opera House dan Coliseum Theatre.[12] Organ pipa yang terbesar di UK boleh ditemui di Royal Albert Hall. Alat-alat muzik terpenting yang lain juga terdapat di gereja-gereja besar. Di London terdapat beberapa buah conservatoire, misalnya Royal Academy of Music, Royal College of Music, Guildhall School of Music and Drama dan Trinity College of Music.

The O2 Arena

London mempunyai pelbagai tempat untuk mengacarakan konsert rock dan pop, termasuk arena-arena besar seperti Earls Court, Wembley Arena dan O2 Arena, di samping beberapa tempat acara bersaiz sederhana seperti Brixton Academy, Hammersmith Apollo dan Shepherd's Bush Empire.[12] Di London juga letaknya cawangan Hard Rock Cafe yang sulung serta Abbey Road Studios di mana kugiran The Beatles merakam kebanyakan lagu hit mereka. Pada 1970-an dan 1980-an, seniman-seniman muzik seperti Elton John, David Bowie,Queen, Elvis Costello, Cat Stevens, Ian Dury and the Blockheads, The Kinks, The Rolling Stones, The Who, Madness, The Jam, The Small Faces, Led Zeppelin, Iron Maiden, Fleetwood Mac, The Police, The Cure, Squeeze dand Sade, menambat hati seluruh dunia dengan memperoleh bunyi-bunyian mereka dari jalan-jalanan dan irama yang bergetar di seluruh London.[19]

London memainkan peranan penting dalam perkembangan muzik punk,[20] dengan tokoh-tokoh seperti Sex Pistols, The Clash,[19] dan Vivienne Westwood yang semuanya berpangkalan di kota ini. Antara seniman-seniman terkini yang muncul dari persada muzik London adalah Bananarama, Wham!, Spice Girls, Jamiroquai, Blur, Amy Winehouse, Adele, Coldplay, dan George Michael.[21] London juga merupakan pusat muzik urban, terutamanya genre-genre UK garage, drum and bass, dubstep dan grime yang berevolusi di bandaraya ini daripada genre-genre hip hop dan reggae yang diimport.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Centre Court at the All England Club hosting a 2010 Wimbledon Championships match

London has hosted the Summer Olympics twice, in 1908 and 1948.[22][23] In Julai 2005 London was chosen to host the Olympic and Paralympic Games in 2012, which will make it the first city in the world to host the Summer Olympics three times.[24] London was also the host of the British Empire Games in 1934.[25] London will host the 2017 World Championships in Athletics.[26] London's most popular sport is football and it has fourteen League football clubs, including five in the Premier League: Arsenal, Chelsea, Fulham, Queens Park Rangers and Tottenham Hotspur.[27]

London also has four rugby union teams in the Aviva Premiership(London Irish, Saracens, Wasps and Harlequins), although only the Harlequins play in London (all the other three now play outside Greater London, although Saracens still play within the M25).[28] The other two professional rugby union teams in the city are second division clubs London Welsh and London Scottish, that play home matches in the city. The city has other very traditional rugby union clubs, famously Richmond F.C., Rosslyn Park F.C., Westcombe Park R.F.C. and Blackheath F.C..

There are currently three professional rugby league clubs in London – London Broncos who play in theEuropean Super League at The Stoop and the Championship One side the London Skolars (based in Wood Green, London Borough of Haringey) Hemel Stags based in Hemel Hempstead, north of London will play in the Championship One from 2013. Numbers for juniors playing the sport in the city are at an all time high with several earning full England caps at international level. In November 2011 Wembley Stadium will host a Gillette 4 Nations double-header including England v Australia and Wales v New Zealand.

Wembley Stadium hosting an NFL International Seriesgame in 2010

From 1924, the original Wembley Stadium was the home of the English national football team, and served as the venue for the FA Cup final as well as rugby league's Challenge Cup final.[29] The new Wembley Stadium serves exactly the same purposes and has a capacity of 90,000.[30] Twickenham Stadium in south-west London is the national rugby union stadium, and has a capacity of 84,000 now that the new south stand has been completed.[31]

Cricket in London is served by two Test cricket grounds Lord's (home ofMiddlesex C.C.C.) in St John's Wood[32] and the Oval (home of Surrey C.C.C.) in Kennington.[33] Lord's has hosted four finals of the Cricket World Cup. One of London's best-known annual sports competitions is the Wimbledon Tennis Championships, held at the All England Club in the south-western suburb ofWimbledon.[34] Other key events are the annual mass-participation London Marathonwhich sees some 35,000 runners attempt a 26.2 batu (42.2 km) course around the city,[35] and the Oxford and Cambridge Boat Race on the River Thames between Putneyand Mortlake.[36]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Templat:Satop

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Ackroyd, Peter (2001). London: The Biography. London: Vintage. m/s. 880. ISBN 978-0-09-942258-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Aubin, Robert Arnold (2008). "London in flames, London in glory: poems on the fire and rebuilding of London" (PDF). The London Plan Spatial Development Strategy for Greater London Consolidated with Alterations since 2004. Rutgers University Press. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |DUPLICATE DATA: publisher= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Miles, Barry (2010). London Calling. Atlantic Books. ISBN 978-1-84354-613-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Mills, David (2001). Dictionary of London Place Names. Oxford Paperbacks. ISBN 978-0-19-280106-7. OCLC 45406491.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Noorthouk, J (1773). "A New History of London". Centre for Metropolitan History. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Porter, Roy. History of London (1995), by a leading historian
  • Reddaway, Thomas Fiddian (1940). "The Rebuilding of London After the Great Fire". Jonathan Cape. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  • Travers, Tony (2004). The Politics of London. Palgrave. ISBN 978-1-86134-172-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan london2 tidak disediakan
  2. ^ a b "Numbers of students in London". London Higher. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 26 Ogos 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "QS World University Rankings Results 2011". QS Quacquarelli Symonds Limited. Dicapai pada 23 September 2010.
  4. ^ Hipwell, Deirdre (23 September 2007). "The Sunday Times Good University Guide 2007 – Profile for London School of Economics". The Times. London. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 6 Jun 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  5. ^ "FT Global MBA Rankings". Financial Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 25 Januari 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "About the University". University of London. 20 Februari 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 3 Jun 2006. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Colleges and Institutes". University of London. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 23 September 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ About London Met London Metropolitan University, Ogos 2008
  9. ^ "University of the Arts London". The Guardian. UK. 1 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 27 Ogos 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Carvel, John (7 Ogos 2008). "NHS hospitals to forge £2bn research link-up with university". The Guardian. UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 6 September 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "Piccadilly Lights". Land Securities. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 3 November 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ a b c d "Theatres and concert halls". Your London. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2008. Dicapai pada 6 Jun 2008.
  13. ^ "2001: Public houses". British Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 4 Jun 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  14. ^ "Oxford Street gets its own dedicated local police team". The Londoner. September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2007. Dicapai pada 19 Jun 2007. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  15. ^ "Chinatown — Official website". Chinatown London. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 27 April 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ "One Queen, Two Birthdays". Royal Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2008. Dicapai pada 27 September 2008.
  17. ^ a b c d "London in Literature,". Bryn Mawr College. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 6 Jun 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ "Working Title Films". Universal Studios. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 27 April 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ a b London's top 40 artists. British Broadcasting Corporation London. 6 April 2006. ISBN 978-0-89820-135-2. Dicapai pada 9 September 2008.
  20. ^ "Punk". allmusic. Dicapai pada 19 Februari 2010.
  21. ^ "History of music in London". The London Music Scene. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 2 Ogos 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  22. ^ "London 1908". International Olympic Committee. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 5 Februari 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ "London 1948". International Olympic Committee. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 5 Februari 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  24. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan IOC tidak disediakan
  25. ^ "England — Introduction". Commonwealth Games Federation. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 3 November 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  26. ^ "London Defeats Doha to host 2017 International Athletics Championships". Gamesbids.com. Dicapai pada 2011-12-13.
  27. ^ "TheFA.com —Premier League". The FA.com. The Football Association. 17 Januari 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2004. Dicapai pada 29 April 2008.
  28. ^ "Premiership Rugby: Clubs". Premier Rugby. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 5 Ogos 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  29. ^ "Wembley Stadium History — Official Website". Wembley National Stadium Limited. Dicapai pada 29 April 2008.[pautan mati]
  30. ^ "Wembley Stadium —Presspack — Facts and Figures". Wembley National Stadium Limited. Dicapai pada 6 Jun 2008. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) [pautan mati]
  31. ^ "RFU apply for two additional concerts at Twickenham Stadium in 2007". The Twickenham Rugby Stadium. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2008. Dicapai pada 6 Jun 2008. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
  32. ^ "About Lord's—the home of cricket — official website". MCC. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 29 April 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  33. ^ "The Brit Oval — Official Website". Surrey CCC. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 29 April 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  34. ^ "Wimbledon — official website". The All England Tennis and Croquet Club (AELTC). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2008. Dicapai pada 29 April 2008.
  35. ^ "Flora London Marathon 2008". London Marathon ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2008. Dicapai pada 29 April 2008.
  36. ^ "The Oxford and Cambridge Boat Race — Official Website". The Oxford and Cambridge Boat Race. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2011. Dicapai pada 29 April 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)