Perancis Seberang Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Perancis Seberang Laut
ڤرنچيس سبرڠ لاوت
Flag of
Bendera
Perancis Metropolitan (merah), wilayah-wilayah seberang laut (dibulatkan) dan wilayah yang dituntut (Tanah Adélie; berlorek)
Perancis Metropolitan (merah), wilayah-wilayah seberang laut (dibulatkan) dan wilayah yang dituntut (Tanah Adélie; berlorek)
Kedudukan
Bandar penempatan Nouméa (New Caledonia), Papeete (Polinesia Perancis)
Bahasa Perancis, Kreol Antilles, Kreol Guiana, Kreol Reunion, Shimaore, Tahiti, Marquesas, 'Uvean, Futuna, Drehu, Nengone, Paicî, Ajië, Xârâcùù, dan 35 bahasa asli lain di New Caledonia
Wilayah
Pemimpin
Emmanuel Macron
• Menteri Seberang Laut
Annick Girardin
Luas
• Jumlah
551,394 km2 (212,894 bt2)
Penduduk
• Anggaran
2,735,000 (2017)
Mata wang Euro
Franc CFP
Format tarikh hh/bb/tttt (AD)

Perancis Seberang Laut atau Perancis Luar Negeri (bahasa Perancis: France d'outre-mer atau les Outre-mer) ialah wilayah-wilayah Perancis yang terletak di luar benua Eropah (atau di luar Perancis Metropolitan). Wilayah tersebut mempunyai status perundangan dan tahap autonomi yang berbeza, walaupun kesemua (kecuali yang tidak mempunyai penghuni tetap) wilayah tersebut mempunyai wakil di kedua-dua Perhimpunan Kebangsaan dan Senat. Rakyat di wilayah tersebut mempunyai kerakyatan Perancis, mengundi untuk Presiden Perancis dan juga untuk Parlimen Eropah (rakyat Perancis yang tinggal di luar negara mengundi di kawasan undi seberang laut).

Kesemua wilayah ini merupakan peninggalan daripada empayar jajahan Perancis (abad ke-16 hingga ke-18 dan abad ke-19 hingga ke-20) yang tersebar di serata lautan-lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi, serta juga Guiana Perancis di benua Amerika Selatan dan beberapa gugusan pulau di kawasan Antartik serta tuntutan di benua Antartika.

Wilayah-wilayah ini merangkumi 17.9% daripada luas keseluruhan Perancis dengan keluasan tanah sebanyak 120,369 kilometer persegi (552,528 km2 jika termasuk Tanah Adélie) dan 4% daripada populasinya jika mengikut jumlah penduduk melebihi 2.7 juta orang pada tahun 2013. Bagi Tanah Adélie yang merupakan sebahagian daripada Tanah Selatan dan Antartika Perancis pula, kedaulatan Perancis dilaksanakan dalam konteks mengikut Sistem Perjanjian Antartika yang ditandatangani di Washington, D.C. pada 1959 di mana segala tuntutan wilayah "dibekukan".

Senarai wilayah[sunting | sunting sumber]

Nama Kod INSEE Status Ibu wilayah Luas (km²) Jumlah penduduk Lokasi Zon waktu[a] Status dalam Eropah
Département 971 in France (-mini map) (zoom).svg
Guadeloupe
971 Jabatan dan kawasan seberang laut Basse-Terre 1,628[1] 390,704
(Jan. 2018)[2]
Antilles UTC-4 Kawasan terluar
Département 972 in France (-mini map) (zoom).svg
Martinique
972 Jabatan dan kawasan seberang laut Fort-de-France 1,128[1] 371,246
(Jan. 2018)[2]
Antilles UTC-4 Kawasan terluar
Département 973 in France (-mini map).svg
Guiana
973 Jabatan dan kawasan seberang laut Cayenne 83,534[1] 281,612
(Jan. 2018)[3]
Amerika Selatan UTC-3 Kawasan terluar
Département 974 in France (-mini map) (zoom).svg
Réunion
974 Jabatan dan kawasan seberang laut Saint-Denis 2,504[1] 865,826
(Jan. 2018)[2]
Afrika (Lautan Hindi) UTC+4 Kawasan terluar
Département 976 in France (-mini map) (zoom).svg
Mayotte
976 Jabatan dan kawasan seberang laut Mamoudzou 374[4] 259,154
(Jan. 2018)[2]
Afrika (Selat Mozambique) UTC+3 Kawasan terluar
Saint Pierre and Miquelon in France.svg
Saint-Pierre dan Miquelon
975 Kolektiviti seberang laut Saint-Pierre 242[4] 6,021
(Jan. 2015)[5]
Tenggara Kanada (berdekatan pulau Newfoundland) UTC-3 Negara dan wilayah luar negeri
Saint Barthelemy in France.svg
Saint-Barthélemy
977 Kolektiviti seberang laut Gustavia 25[6] 9,625
(Jan. 2015)[5]
Antilles UTC-4 Negara dan wilayah luar negeri
Saint Martin in France.svg
Saint-Martin
978 Kolektiviti seberang laut Marigot 53[7] 35,684
(Jan. 2015)[5]
Antilles UTC-4 Kawasan terluar
Wallis and Futuna in France (zoomed).svg
Wallis dan Futuna
986 Kolektiviti seberang laut Mata-Utu 142[4] 12,197
(Jul. 2013)[8]
Lautan Pasifik Selatan UTC+12 Negara dan wilayah luar negeri
French Polynesia in France (zoomed).svg
Polinesia Perancis
987 Kolektiviti seberang laut Papeete 3,521[4] 275,918
(Ogos 2017)[9]
Lautan Pasifik Selatan UTC-10, -9:30, -9 Negara dan wilayah luar negeri
New Caledonia in France (zoomed).svg
New Caledonia
988 Kolektiviti sui generis Nouméa 18,575.5[10] 278,500
(Jan. 2017)[11]
Lautan Pasifik Selatan UTC+11 Negara dan wilayah luar negeri
French Southern and Antarctic Lands in France (zoomed).svg
Tanah Selatan dan Antartika Perancis
984 Wilayah seberang laut (penempatan tidak kekal) Administré depuis Saint-Pierre 439,672 196 Lautan Hindi, Antartika UTC+3, +4, +5, +10 Negara dan wilayah luar negeri
Clipperton Island in France.svg
Pulau Clipperton
989 Ditadbir secara terus oleh pihak pemerintah 2[12] 0 Amerika Tengah (barat Mexico) UTC-8 Wilayah khas

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kesemua kawasan seberang laut tidak mengamalkan penjimatan waktu ini kecuali Saint Pierre dan Miquelon, maka perbezaan masa antara kawasan-kawasan ini dengan Perancis Metropolitan tidaklah tetap sepanjang tahun.

Umum[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d INSEE. "Base chiffres clés : évolution et structure de la population 2010" (dalam bahasa Perancis). Dicapai 31 Januari 2014. 
  2. ^ a b c d INSEE. "Estimation de population par région, sexe et grande classe d'âge - Années 1975 à 2018" (dalam bahasa Perancis). Dicapai 16 Disember 2018.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. ^ "Guyane" (dalam bahasa Perancis). PopulationData.net. 16 Januari 2018. Dicapai 22 Mac 2018. 
  4. ^ a b c d INSEE. "Tableau Économique de Mayotte 2010" (PDF) (dalam bahasa Perancis). m/s. 21. Dicapai 31 Januari 2014. 
  5. ^ a b c INSEE, Pemerintah Perancis. "Populations légales 2015 des départements et collectivités d'outre-mer" (dalam bahasa Perancis). Dicapai 16 Februari 2018. 
  6. ^ INSEE. "Actualités : 2008, An 1 de la collectivité de Saint-Barthélemy" (dalam bahasa Perancis). Dicapai 31 Januari 2014. 
  7. ^ INSEE. "Actualités : 2008, An 1 de la collectivité de Saint-Martin" (dalam bahasa Perancis). Dicapai 31 Januari 2014. 
  8. ^ STSEE. "Populations légales au recensement de la population 2013 de Wallis et Futuna" (dalam bahasa Perancis). Dicapai 31 Januari 2014. 
  9. ^ "La population légale au 17 août 2017 : 275 918 habitants". ISPF. Dicapai 16 Februari 2018. 
  10. ^ ISEE. "Tableaux de l'Economie Calédonienne : Population, superficie et densité par commune et province en 2009" (PDF) (dalam bahasa Perancis). Dicapai 31 Januari 2014. 
  11. ^ ISEE. "Bilan démographique 2016" (dalam bahasa Perancis). Dicapai 16 Februari 2018. 
  12. ^ Kementerian Seberang Laut Perancis (29 November 2016). "Polynésie française - L'île de Clipperton" (dalam bahasa Perancis). Dicapai 31 Januari 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]