Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:SarjanaMuda

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Selamat datang ke Wikipedia, SarjanaMuda!

Terima kasih kerana menyertai Wikipedia bahasa Melayu, kini terdapat seramai 347,198 pengguna berdaftar!
Selamat sejahtera. Selamat datang ke Wikipedia dan terima kasih atas sumbangan anda! Saya SNN95, salah seorang penyunting di sini dan saya berharap anda sudi untuk membantu laman ini.
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda:
  Pengenalan kepada Wikipedia
  Lima tonggak Wikipedia
  Tutorial suntingan
  Bagaimana menyunting halaman
  Manual gaya penulisan
  Asas-asas Kod Wiki
  Bagaimana mencipta artikel
  Laman bantuan
  Apa yang Wikipedia bukan
Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
  Digalakkan berani dalam mengemaskini laman
  Digalakkan beranggapan niat baik
  Digalakkan mengamalkan prinsip kesopanan
  Digalakkan mengamalkan pandangan berkecuali
  Jangan melaku musnah
  Jangan sampai disekat
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh:
  Meja bantuan
atau:
  Bertanya soalan kepada penyelia
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
  Menjadi seorang WikiPari dan WikiSihir
  Membantu menyumbang pada artikel
           
  Melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan
  Membantu mencipta templat baru
  Membantu dalam projek yang tersedia di WikiProjek

Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Do not understand Malay? Visit our embassy now.
Ikhlas daripada saya, SNN95


Penggunaan ialah/adalah

[sunting sumber]

Mohon saudara ambil maklum bahawa ayat penerangan takrifan hendaklah menggunakan ialah, seperti "Pak Atan ialah seorang pelakon" atau "Pak Atan ialah adik kepada pelakon" dan bukan "Pak Atan adalah seorang pelakon" kerana "ialah" diikuti dengan frasa nama (iaitu biasanya suatu definisi). Perkataan "adalah" pula diikuti dengan frasa adjektif yang memerihalkan keadaan objek/target seperti "Badan Pak Atan adalah lebih besar" atau "Baju Pak Atan adalah sangat cantik."

Sekian, terima kasih. Polar (bincang) 04:22, 29 Jun 2021 (UTC)[balas]

Perihal: kerja penterjemahan

[sunting sumber]

Salam, saudara! Saya hargai apa saudara yang seperjuangan cuba sumbangkan sebagai penyunting kepada WBM. Cuma, ada isi yang saya perhatikan saudara menterjemahkan terlalu mengikut perspektif penutur bahasa Inggeris di dunia Barat kerana bulat-bulat ikut Wikipedia Bahasa Inggeris sehingga ada benda yang tidak masuk akal seperti peristilahan. Saya cadangkan saudara fahamkan dahulu isi asal terlebih dahulu sebelum menulis bagaikan saudara menulis dari perspektif orang berbahasa Melayu dari "alam Melayu" menulis memperkenalkan idea dalam entri.

Kami pernah ada kes seorang penyunting agak veteran usia pengalamannya bertahun-tahun tetapi kerja penterjemahan dilakukannya seakan tidak banyak berubah kerana nampak selekeh dan terlalu mengikut bahasa Inggeris tetapi pukalnya pada skala lebih dahsyat, walaupun sudah banyak kali kami tegur tetapi dia tetap berdegil, maka kami terpaksa menyekatnya; ia banyak menjejaskan gaya kerja kami sehingga banyak masa yang patut dilakukan untuk mencipta entri baharu kami terpaksa rapikan semua kerja pukalnya. Kami tidak mahu perkara ini berulang sama, jadi kami minta sangat-sangat saudara relaks dalam cara pekerjaan saudara: untuk orang baharu seperti saudara, biar kualiti bahasa diutamakan dari kuantiti, sikit-sikit sunting dahulu satu dua ayat, kemudian seperenggan dua beberapa bulan kemudian, lepas beberapa tahun itu bila saudara sudah yakin kemahiran bahasa saudara, saudara boleh terus ciptakan entri dari mula dengan gaya bahasa yang utuh. (Ini dari pengalaman saya sendirilah: saya banyak melatih diri dari kerja di Wikipedia Bahasa Inggeris dari cara ini selama bertahun-tahun sebelum bertumpu ke Wikipedia Bahasa Melayu).

Jika saudara ada apa-apa perkara yang saudara tidak faham, saudara boleh lanjutkan masalah dihadapi kepada kami di laman Discord rasmi kami; kami sedia membantu dalam hal bahasa, format dan sebagainya dengan tangan terbuka. :)

Yang ikhlas,
Anumengelamun (bincang) 01:24, 3 Julai 2021 (UTC)[balas]

July 2021

[sunting sumber]

{{subst:uw-spoablock|indef=yes|notalk=yes|sig=yes}}

Salam dan hai.

Seperti yang dinyatakan pada tajuk perbincangan ini, saya mahu anda memilih salah satu rencana untuk dikekalkan dan dan rencana yang satu lain dijadikan laman lencongan. Harap maklum. SNN95 03:12, 23 Julai 2021 (UTC)[balas]