Pilihan raya negeri Pahang 2018
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 42 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Pahang 22 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Terdaftar | 1,136,944 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pengundi hadir | 77.47% | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pilihan raya Negeri Pahang ke-14 telah diadakan pada 9 Mei 2018, serentak dengan pilihan raya umum Malaysia 2018. Pilihan raya negeri sebelum ini diadakan pada 5 Mei 2013. ADUN dipilih untuk penggal 5 tahun setiap seorang.
Barisan Nasional (BN) meneruskan pemerintahan negeri dengan memenangi 25 daripada 42 kerusi, menyusut daripada 29 kerusi pada pilihan raya 2013. Pakatan Harapan memenangi 9 kerusi, manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memenangi 8 kerusi, meningkat 5 kerusi daripada pilihan raya lalu. Pilihan raya ini juga adalah kali pertama BN kehilangan majoriti dua pertiga di Pahang. Wan Rosdy Wan Ismail dari BN mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baharu pada 11 Mei 2018, menggantikan penyandang dan Menteri Besar 4 penggal Adnan Yaakob.[1] Ahli EXCO negeri yang baru turut mengangkat sumpah pada tarikh yang sama.[1]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Dewan Undangan Negeri Pahang akan dibubarkan secara automatik pada 1 Julai 2018, ulang tahun kelima persidangan pertama, dan pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh enam puluh hari (dua bulan) selepas pembubaran (pada atau sebelum 1 September 2018, dengan tarikh yang akan diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya), melainkan dibubarkan sebelum tarikh tersebut oleh Yang Dipertua Negeri (Sultan Pahang) atas nasihat Ketua Kerajaan (Menteri Besar Pahang).
Parti bertanding
[sunting | sunting sumber]| Parti Komponen | Kerusi |
|---|---|
| Jelai, Padang Tengku, Benta, Batu Talam, Dong, Tahan, Pulau Tawar, Beserah, Tanjung Lumpur, Inderapura, Sungai Lembing, Lepar, Panching, Pulau Manis, Peramu Jaya, Bebar, Chini, Luit, Kuala Sentul, Chenor, Jenderak, Kerdau, Jengka, Lanchang, Kuala Semantan, Pelangai, Guai, Kemayan, Bukit Ibam, Muadzam Shah, Tioman | |
| Tanah Rata, Cheka, Tras, Damak, Semambu, Teruntum, Mentakab, Bilut | |
| Gerakan (2) | Ketari, Triang |
| Sabai |
Pakatan Harapan (menggunakan logo
dan nama PKR)
[sunting | sunting sumber]| Parti Komponen | Kerusi |
|---|---|
| Cheka, Benta, Batu Talam, Damak, Semambu, Teruntum, Inderapura, Sungai Lembing, Panching, Chini, Luit, Kuala Sentul, Lanchang, Kemayan | |
| Dong, Pulau Tawar, Beserah, Tanjung Lumpur, Lepar, Kerdau, Jengka, Kuala Semantan, Pelangai, Guai, Tioman | |
| Jelai, Padang Tengku, Tahan, Peramu Jaya, Bebar, Chenor, Jenderak, Bukit Ibam, Muadzam Shah | |
| Tanah Rata, Tras, Pulau Manis, Mentakab, Bilut, Ketari, Sabai, Triang |
Gagasan Sejahtera (menggunakan logo dan nama PAS)
[sunting | sunting sumber]| Parti Komponen | Kerusi |
|---|---|
| Tanah Rata, Jelai, Padang Tengku, Benta, Cheka, Batu Talam, Tras, Dong, Pulau Tawar, Beserah, Tanjung Lumpur, Inderapura, Sungai Lembing, Lepar, Panching, Peramu Jaya, Bebar, Guai, Kemayan, Bukit Ibam Tioman, | |
Keputusan pilihan raya كڤوتوسن ڤيليهن راي
[sunting | sunting sumber]Keputusan pilihan raya Malaysia pada 9 Mei 2018 bagi Dewan Undangan Negeri Pahang
| Undi | % | +/– | Kerusi | % | +/– | |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Barisan Nasional: | 275,766 | 41.64 | ▼ | 25 | 59.5 | ▼5 |
| 220,715 | 33.32 | ▼ | 24 | 57.1 | ▼4 | |
| 40,241 | 6.08 | ▼ | 1 | 2.4 | ▼1 | |
| 3,879 | 0.59 | ▼ | 0 | 0.0 | ▬ | |
| 10,931 | 1.65 | ▼ | 0 | 0.0 | ▬ | |
| 192,837 | 29.12 | ▲ | 9 | 21.4 | ▬ | |
| 71,396 | 10.78 | ▲ | 7 | 16.7 | ▬ | |
| 64,338 | 9.71 | ▲ | 2 | 4.8 | ▬ | |
| 14,722 | 2.22 | ▲ | 0 | 0.0 | ▬ | |
| 42,381 | 6.40 | ▲ | 0 | 0.0 | ▬ | |
| Lain-lain | 192,432 | 29.05 | ▲ | 8 | 19.0 | ▲5 |
| 192,203 | 29.02 | ▲ | 8 | 19.0 | ▲5 | |
| 229 | 0.03 | ▲ | 0 | 0.0 | ▬ | |
| Ahli politik bebas | 1,281 | 0.19 | ▲ | 0 | 0.0 | ▬ |
| Jumlah undi sah | 662,316 | |||||
| Jumlah undi rosak | 11,065 | |||||
| Jumlah undi | 673,381 | ▬ | ▬ | |||
| Daftar pemilih | 823,981 | |||||
|
Sumber: undi.info | ||||||
Nota
[sunting | sunting sumber]- ↑ Kesemua kiraan kerusi adalah jumlahan yang diperolehi DAP dan PKR.
- ↑ Kesemua kiraan undi dan kerusi adalah jumlahan yang diperolehi komponen parti BN.
- ↑ Kesemua kiraan undi dan kerusi adalah jumlahan yang diperolehi PPBM, DAP, PAN dan PKR.
- ↑ Kesemua kiraan undi dan kerusi adalah jumlahan yang diperolehi PAS dan parti komponen lain GS.
- ↑ Kesemua kiraan undi dan kerusi adalah jumlahan yang diperolehi PAS dan parti komponen lain GS.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 Ong Han Sean (19 Januari 2025). "Wan Rosdy sworn in as Pahang MB" (dalam bahasa Inggeris). The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2018. Dicapai pada 30 December 2022.