Plantain betul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Subkumpulan Punti
Punti untuk dijual.
GenusMusa
SpesiesMusa × paradisiaca
Keturunan kacukanM. acuminata × M. balbisiana
Kumpulan kultivarkumpulan AAB, subkumpulan Punti
AsalAsia Tenggara, Asia Selatan, Afrika Barat

Plantain betul (atau umumnya pisang tanduk)[1][2] ialah kumpulan kultivar genus Musa (pisang dan plantain) yang ditempatkan dalam Kumpulan genom AAB.[3] Istilah "plantain" ini merujuk pada kesemua kultivar pisang yang selalu dimakan selepas dimasak berbanding mentah (lihat pisang olahan), atau boleh merujuk pada ahli lain subkumpulan kultivar Musa, macam plantain Pasifik,[4] sungguhpun di Afrika, tiada kelainan yang jelas dibuat untuk kededuanya, yang mana ia sering dimasak.[5] Punti betul boleh dipecahkan kepada empat kumpulan berdasarkan jenis sikatnya: punti French, French Horn, False Horn dan Horn.[6]

Setiap jenis sikat mempunyai kelainan kultivar yang digabungkan dengannya:[6]

  • Kultivar French: 'Obino l'Ewai' (Nigeria), 'Nendran' (India), 'Dominico' (Colombia)
  • Kultivar French Horn: 'Batard' (Cameroon), 'Mbang Okon' (Nigeria)
  • Kultivar False Horn: 'Agbagba' and 'Orishele' (Nigeria), 'Dominico-Harton' (Colombia)
  • Kultivar Horn: 'Ishitim' (Nigeria), 'Pisang Tandok' (Malaysia)

Taburan[sunting | sunting sumber]

Pisang tanduk merupakan makanan ruji di Afrika Timur dan Tengah (Cameroon), Amerika Tengah, kepulauan Caribbean dan di utara, persisiran Amerika Selatan (seperti Colombia, Venezuela, dll). Pisang tanduk mempunyai daya tarikan sebagai makanan dan buah-buahan yang ada sepanjang tahun, maka ia dijadikan masakan untuk semua musim.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pisang tanduk sedap digoreng, direbus, dipanggang, dikukus atau dibakar.

Di negara-negara Amerika Tengah dan kepulauan Caribbean, pisang tanduk digoreng, direbus atau dimasukkan ke dalam sup. Di Kerala, pisang tanduk yang ranum, dikukus dan dimakan sebagai sarapan. Di Ghana, pisang tanduk dijadikan sebagai masak rebus. Selain itu, pisang tanduk yang ranum digaul dengan rempah digoreng dengan minyak kelapa sawit atau minyak kacang tanah.

Di selatan Amerika Syarikat, terutama di Texas, Louisiana dan Florida, pisang tanduk dibakar atas gril. Di Guatemala, pisang tanduk direbus, dilenyek dan disumbat dengan kacang hitam yang dimaniskan. Kemudian, digoreng bersama minyak jagung atau minyak bunga matahari.  Di Puerto Rico, Republik Dominica dan Cuba, pisang tanduk direbus, dilenyek dan kemudian dimakan bersama telur goreng untuk sarapan.

Pisang Tanduk mentah.
Pisang Tanduk yang digoreng manis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pisang Tanduk / Horn Banana - Herbalwise Holdings. Dicapai pada 2022-08-19
  2. ^ "Musa paradisiaca". Malaysia Biodiversity Information System. Dicapai pada 2022-08-19.
  3. ^ Langhe, Edmond De; Vrydaghs, Luc; Maret, Pierre de; Perrier, Xavier; Denham, Tim (2009-07-30). "Why Bananas Matter: An introduction to the history of banana domestication". Ethnobotany Research and Applications (dalam bahasa Inggeris). 7: 165–177. doi:10.17348/era.7.0.165-177. ISSN 1547-3465.
  4. ^ Ploetz, R.C.; Kepler, A.K.; Daniells, J. & Nelson, S.C. (2007), "Banana and Plantain: An Overview with Emphasis on Pacific Island Cultivars", dalam Elevitch, C.R. (penyunting), Species Profiles for Pacific Island Agroforestry (PDF), Hōlualoa, Hawai'i: Permanent Agriculture Resources (PAR), dicapai pada 2013-01-10[pautan mati kekal]
  5. ^ Carney, Judith (2011-02-01). In the Shadow of Slavery. University of California Press. doi:10.1525/9780520949539. ISBN 978-0-520-94953-9.
  6. ^ a b "Plantain subgroup". ProMusa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-03-01.