Plaza Perangsang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Plaza Perangsang
Maklumat umum
JenisPejabat, Komersial dan Hotel
LokasiShah Alam, Selangor, Malaysia
Pembinaan bermula1985
Disiapkan pada
1987
Pembukaan1988
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekKumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB)

Plaza Perangsang merupakan mercu tanda utama di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Terletak di Persiaran Perbandaran berhampiran Wisma MBSA ia menempatkan beberapa kemudahan komersial dan hotel dan merupakan tiga pencakar langit terawal di bandar di belakang Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Wisma MBSA. Ia dibuka pada tahun 1988. Quality Hotel (dahulunya Holiday Inn Shah Alam) adalah hotel terawal di Shah Alam.

Penghuni di Plaza Perangsang[sunting | sunting sumber]

  • Quality Hotel, Shah Alam (tamat operasi pada Jun 2014)[1]
  • Ibu pejabat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB)
  • Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Selangor

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Melayu) "105 pekerja Hotel Quality Shah Alam hilang kerja". Utusan Malaysia. 2 April 2014. Dicapai pada 22 April 2014.