Menara Alor Setar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Menara Alor Setar
Menara as.jpg
Maklumat umum
Jenis Telekomunikasi
Commercial offices
Lokasi Alor Setar, Kedah, Malaysia
Koordinat 6°07′27″N 100°22′02″E / 6.1243°N 100.36735°E / 6.1243; 100.36735Koordinat: 6°07′27″N 100°22′02″E / 6.1243°N 100.36735°E / 6.1243; 100.36735
Pembinaan bermula 1995
Disiapkan pada 14 Ogos 1997[1]
Kos RM40 juta
Ketinggian
Menara antena 165.50 m (543.0 ft)
Tingkat tertinggi 88 m (289 ft)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat 4
Lif/mesin pengangkat 2
Reka bentuk dan pembinaan
Arkitek Hijjas Kasturi Associates
Rujukan
[2][3][4]

Menara Alor Star ialah menara yang berketinggian 165.5 meter di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia dibina untuk Telekom Malaysia yang menelan kos RM40 juta.[5]

Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah. Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke-19 tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah, untuk menyambut bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Balai cerap terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur. Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.

Tidak jauh dari Menara Alor Setar terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Galeri Sultan Abdul Halim, Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, dan Rumah Merdeka.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Tower". Dicapai 22 September 2017. 
  2. ^ Menara Alor Setar di Emporis
  3. ^ Menara Alor Setar di SkyscraperPage
  4. ^ Menara Alor Setar di pangkalan data Structurae
  5. ^ "Alor Setar Tower". Tourism Malaysia. Dicapai 22 September 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]