Pokok Bunga Melur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Bunga Melur
Jasminum polyanthum
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Lamiales
Keluarga: Oleaceae
Genus: Jasminum
Spesis

Lihat teks

Bunga Melati Putih (Jasminum sambac)

Melur atau (Inggeris):Jasmine, (Indonesia):Melati, merupakan pokok jenis belukar renek dan ia juga dikatakan pokok yang jenis merayap dan menjalar. Pokok melur ini mempunyai kira-kia 200 jenis dan boleh didapati dikawasan tropika dan beriklim panas. Pokok ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain atau pada sesuatu bahan yang ia boleh berpaut.

Bentuk daun pokok ini nampak ringkas dan mudah, bercabang tiga, sedikit berlilin dan warna hijau tua. Manakala, warna bunga, pada amnya, ia mudah didapati dengan warna putih, namun spesis yang lain mempunyai bunga warna kuning. Satu bunga melur boleh dijumpai dengan 5 ke 6 kelopak. Bauan bunga ini kuat dan harum. Musim pembungaan bunga melur disekitar musim bunga dan sejuk pada kebanyakkan jenisnya, tetapi, J.nudiflorum dalam musim sejuk boleh dilihat pada dahan-dahannya.

Di Malaysia, jenis bunga melur yang banyak didapati dan ditanam sebagai pokok hiasan laman ialah jenis Jasminum sambac.

Bahasa lain

Melur dalam bahasa-bahasa lain seperti (Itali:jasminum), (Portugis: jasmim), (Sepanyol: Jasminum), (Perancis: Jasmin), (Hawaii: pikake atau pikaki), (Indonesia:Melati), (Tamil: Mallipu), (Hindi: Mogra), (Tagalog: Sampaguita), (Sanskrit: Mallika).

Manakala panggilan Melur dalam etnik-etnik di Indonesia ialah Menuh (Bali), Meulu cut atau Meulu China (Aceh), Menyuru (Banda), Melur (Gayo dan Batak Karo), Manduru (Menado), Mundu (Bima dan Sumbawa) dan Manyora (Timor), serta Malete (Madura).

Melur dalam kesusteraan klasik Melayu[sunting | sunting sumber]

Melur juga digunakan sebagai nama wirawati dalam cerita klasik batu belah batu bertangkup, bersama adiknya Pekan (juga nama sejenis bunga).


Lain-lain tanaman[sunting | sunting sumber]

Trachelospermum

Gardenia jasminoides :

Cestrum nocturnum

Gelsemium

Jenis terpilih

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Keagamaan

Kebanyakkan penganut Hindu, akan memberi kalungan bunga melur sebagai tanda pemberian dan pengorbanan diri kepada tuhan-tuhan mereka. Bunga-bunga melur ini, akan dijadikan satu bentuk kalungan dan kemudiannya dikalungakn pada berhala mereka.

Tanaman hiasan

Kebanyakan pokok ini boleh didapati dijadikan sebagai tanaman hiasan dilaman rumah terutamanya di benua Asia.

Minuman

Di sesetengah negara di dunia, esen haruman bunga melur ini dijadikan dan dicampur untuk bahan minuman. Di China, bunga melur disatukan untuk dijadikan teh herba. Melur jenis jasminum sambac, selalunya diguna sebagai bahan bauan bersama dengan teh, dimana ia dijadikan bahan haruman bauan teh hijau dan kekadang untuk teh Oolong.

Penggunaan teh Melur sesuai dipasangkan dengan makanan seperti makanan pedas dan tenusu [1]

Lambang

Pada tahun 1937, Filipina mengambil bunga melur jenis jasminum sambac dijadikan bunga kebangsaan , dan Indonesia pada tahun 1990. Semasa pemilihan bunga kebangsaan Malaysia, bunga melur juga disenaraikan, namun bunga raya telah memenangi sebagai bunga kebangsaan Malaysia.

Di Thailand, bunga melur melambangkan keibuan.

Lagu

Di Malaysia, bunga melur dijadikan selitan didalam lagu kanak-kanak Air Pasang Dalam dan menjadi ilham kepada satu lagu ciptaaan P.Ramlee iaitu Bunga Melor.

Minyak dan Wangian

Penggunan esen bunga melur kebanyakan dijadikan bahan wangian badan seperti Donna Karan Cashmere Mist dari DKNY. Di Itali, melur casablanca (jasmine officinalle) yang disebut Spansish Jasmine ditanam pada 1692 untuk dijadikan wangian badan. Pada 1665 bunga melur putih (jasminum sambac) pula diperkenalkan oleh Duke Casimo de’ Meici di England. Pada 1919 pula, ditemukan melur jenis jasminum parkeri di kawasan barat laut India.

Bagi India dan sesetengah Melayu (dahulu), terutamanya wanita dan gadis, penggunaan bunga melur diselitkan di bahagian sangul rambut sebagai perhiasan kepala pada upacara dan majlis tertentu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

bunga melur

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Fakta Teh, The Tea House Times