Portal:Argentina/Pengenalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Argentina (Sebutan bahasa Sepanyol: [aɾxenˈtina]), secara rasminya Republik Argentina (B. Sepanyol: República Argentina) adalah sebuah negara di bahagian selatan benua Amerika Selatan. Negara ini berkongsi bahagian Kerucut Selatan dengan Chile di sebelah barat dan juga bersempadan dengan Bolivia dan Paraguay di utara, dan Brazil di timur laut. Dengan keluasan sekitar 2,780,400 kilometer persegi (1,073,500 bt2), Argentina merupakan negara berbahasa Sepanyol terbesar di dunia, kedua terbesar di Amerika Selatan selepas Brazil dan keempat terbesar di Amerika. Negara ini dibagikan kepada 23 buah provinsi, dan satu bandar autonomi yang merupakan ibu kota persekutuan dan bandar terbesar iaitu Buenos Aires. Argentina juga menuntut kedaulatan terhadap sebahagian dari Antartika, Kepulauan Falkland dan Kepulauan Georgia Selatan dan Sandwich Selatan.