Puteri Salbiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puteri Salbiah
Kelahiran
Puteri Salbiah binti Megat Razali

1964 (umur 59–60)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1983–1995
PasanganM. Jamil (k. 1983; c. 1985)
SaudaraPuteri Ramlah Megat Razali (adik)

Puteri Salbiah Megat Razali (lahir 1964) ialah seorang bekas pelakon wanita Malaysia yang terkenal pada era 1980-an.[1]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Puteri Salbiah memulakan kerjaya lakonan pada 1983 menerusi filem Ranjau Sepanjang Jalan arahan Jamil Sulong yang mana beliau berlakon bersama seniwati Sarimah dan seniman Ahmad Mahmud. Beliau juga berpeluang berlakon dalam drama swasta dengan membintangi drama pertamanya, Mawas, diikuti oleh Di Hujung Bayanganmu dan Sayang Sarawak.[1] Selepas filem terakhirnya, Black Widow - Wajah Ayu ditayangkan pada 1995, beliau mengambil keputusan untuk berhenti berlakon dan memilih untuk menceburi bidang perniagaan.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai adik-beradik seramai 7 orang, salah seorang daripadanya ialah Puteri Ramlah, yang turut bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Beliau berkahwin dengan pelakon dan pengarah, M. Jamil pada 21 April 1983 dan pasangan ini melafazkan percerairan melalui sepucuk surat yang dikirim oleh Jamil kepadanya pada 3 September 1985.[3][4]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2013, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu dan menyamar serta dua pertuduhan memalsukan kad pengenalan pada tahun 2010. Puteri Salbiah bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan tersebut dalam satu urus niaga pembelian tanah di Jasin, Melaka. Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais menawarkan ikat jamin sebanyak RM 5,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi oleh Puteri Salbiah.[5][6][7][8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
1983 Ranjau Sepanjang Jalan
1987 Keluarga 99 Marlia
1988 Bisikan Arwah Eka
1995 Black Widow - Wajah Ayu Aton muda

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1985 Mawas TV1
1986 Di Hujung Bayanganmu
Sayang Sarawak
1989 Perhitungan

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan
1990 Anugerah Seri Angkasa 1989/1990 Pelakon TV Wanita Terbaik Dirinya sendiri Perhitungan Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Abdul Kadir Pandi (18 Disember 1987). "Salbiah menanti watak lebih mencabar". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  2. ^ "Puteri Salbiah lebih senang berniaga". Berita Harian Singapura. 5 Julai 1998. m/s. 17. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  3. ^ "M. Jamil ceraikan Puteri Salbiah secara mengejut". Berita Harian Singapura. 22 September 1985. m/s. 8. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  4. ^ "Puteri Salbiah tidak mahu fikir soal kahwin". Berita Harian Singapura. 4 Ogos 1991. m/s. 10. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  5. ^ Loshana K. Shagar (11 Julai 2013). "Aktres 80-an Putri Salbiah Dituduh Menipu". mStar Online. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  6. ^ "Pelakon era 80-an, Putri Salbiah didakwa tipu dan palsukan dokumen". Astro Awani. 11 Julai 2013. Dicapai pada 25 Ogos 2019.
  7. ^ "Pelakon Putri Salbiah hadapi empat tuduhan menipu beli tanah". Berita Harian. 11 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2013. Dicapai pada 30 Oktober 2018.
  8. ^ "Pelakon 80-an, Putri Salbiah didakwa tipu, palsu dokumen". Malaysiakini. 11 Julai 2013. Dicapai pada 30 Oktober 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]