Pergi ke kandungan

Kerana Cinta Itu Ada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerana Cinta Itu Ada
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea
Ditulis oleh
  • Sophilea
  • Zarihah Hassan
PengarahAzri Izhar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Selagi Ku Ada" - Nabila Razali & Khai Bahar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Adila Dato' Ramly
Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDato Zaiton Muhd Jiwa
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Akasia)
Disney+ Hotstar
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal28 Disember 2022 – 3 Februari 2023
Kronologi
MengikutiTerima Kasih Cinta
Diikuti olehKu Akad Kau Dengan Bismillah

Kerana Cinta Itu Ada ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Azri Izhar, dibintangi oleh Aedy Ashraf, Nabila Razali, Puteri Khareeza dan Alvin Chong. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 28 Disember 2022[1] menggantikan Terima Kasih Cinta.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nabila Aulia, graduan lulusan pengurusan perniagaan yang kini mengusahakan resort keluarganya.

Ketika bekerja di situ, Nabila Aulia (ataupun lebih mesra dipanggil, Bella) telah bertemu dengan Tengku Aisy Mateen, yang merupakan anak pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selepas beberapa pertemuan romantis yang tidak dijangka, membuatkan mereka berdua jatuh cinta.

Pada Bella, Aisy merupakan lelaki paling hebat yang pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy, Nabila bukan hanya seorang gadis biasa tapi bidadari yang Allah kirimkan dari syurga. Villa Paksina menjadi saksi kisah cinta mereka.

Namun hubungan percintaan ini putus di tengah jalan dek kerana fitnah oleh kawan baik Bella sendiri, Dahlia Rizwani yang semenjak dahulu sentiasa menyimpan rasa cemburu dan sakit hati pada kawan baiknya.

Bella membawa diri bertahun-tahun lamanya dan Aisy tetap setia menanti. Hatinya yang terluka buatkan Bella membenci Tengku Aisy tanpa tahu antara dia dan Aisy masih terikat dalam hubungan suami isteri.

Dapatkah hubungan cinta mereka kembali terjalin atau terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Kerana Cinta Itu Ada mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.

Alaman