Busker (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Busker
PengarahSyed Khairul Fariz
PenerbitSyahrul Imran Sharifuddin
PenulisFairul Nizam Ablah
Dibintangi olehDaiyan Trisha
Hafeez Mikhail
Anas Ridzuan
Lia Natalia
Muzik olehMonoloQue
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
11 Januari 2018
Tempoh tayangan
124 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM96 ribu

Busker (digayakan sebagai BUSKER) merupakan sebuah filem muzikal romantik Malaysia 2018 arahan Syed Fariz terbitan Astro Shaw.[1] Dibintangi oleh Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Anas Ridzuan dan Lia Natalia, filem ini mengetengahkan kisah pemuzik jalanan yang lebih dikenali sebagai busker. Ia ditayangkan pada 11 Januari 2018 dan merupakan kegagalan komersial.[2][3]

Pada September 2018, Sinar Harian menyenaraikan Busker sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah 2018.[4]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang meminati muzik jalanan dan ingin memperjuangkan minat mereka ke tahap yang lebih tinggi. Kisah pada mulanya berkisarkan tentang Adil dan Vera yang sering tidak bersependapat, sehinggalah mereka dipaksa untuk bekerjasama untuk tugasan akademik di kolej dan mula menjadi rapat. Rupa-rupanya Adil cuba bangun selepas ditinggalkan kekasihnya Mel. Vera mencadangkan untuk Adil menyertai pertandingan Busker supaya dapat memenangi hati Mel semula. Tetapi disebabkan mereka sering meluangkan masa bersama, Vera mula menaruh perasaan terhadap Adil. Manakala Adil pula berdepan dengan konflik persahabatan, cinta dan impiannya sendiri. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Adil akan kembali kepada Mel, dan adakah cinta Vera bertepuk sebelah tangan?.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Busker diarahkan oleh pemenang Anugerah Sri Angkasa 2016, Syed Fariz yang sebelum ini pernah mengarah beberapa drama TV termasuk Jodoh 2 (2013) dan Keluarga Iskandar (2015), dengan skrip ditulis oleh Fairul Nizam Ablah. Daiyan Trisha dan Hafeez Mikail pertama kali digandingkan di layar perak, Busker merupakan filem kedua lakonan Daiyan selepas Girlfriend Kontrak (2015)[5][6] dan penampilan sulung Hafeez dalam sebuah filem; pelakon lain termasuk Anas Ridzuan dan Lia Natalia turut menjayakan filem ini. Sebahagian besar penggambaran dijalankan di Johor.[7]

Filem ini turut menampilkan penampilan khas dari beberapa selebriti popular tanah air termasuk Loque, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M. Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain Hamid dan Altimet.[8]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Busker ditayangkan pada 11 Januari 2018 dan menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan pada suku pertama 2018.[9] Ia merupakan kegagalan komersial.[10]

Filem ini menerima ulasan positif dan bercampur-campur. Haizir Othman dari Malaysiakini melihat filem ini baik dari segi rupa paras para pelakonnya, garapan lagu-lagu yang sedap didengar, pemandangan tempat-tempat menarik, dan pencahayaan yang cukup.[11] Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online pula berkata: "...sesuatu yang kurang dirasai [oleh penulis] dalam Busker adalah elemen persahabatan itu yang sebenarnya mampu membentuk Busker menjadi sebuah jenama yang kuat...".[12] Angelin Yeoh dari Star2 mendapati jalan cerita filem ini "teramat sederhana".[13]

Pada September 2018, Busker disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah bagi tahun 2018 oleh Sinar Harian, bersama-sama Makrifat Cinta dan Hantu Wangan serta tujuh lagi filem.[4]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Dua hari selepas Busker ditayangkan di pawagam, sebuah rakaman secara langsung filem tersebut telah dimuatnaik secara haram dan disebarkan di laman Facebook. Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, rakaman video itu berjaya dipadamkan selepas membuat aduan kepada pengendali Facebook.[14]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema utama filem ini adalah "Atma Jiwa" nyanyian Simfoni Dalam Poket yang dicipta dan ditulis oleh Loque, bekas gitaris kumpulan Butterfingers. Lagu ini dikeluarkan pada 29 November 2017 dan boleh didapati untuk muat turun digital di iTunes[15] dan penstriman digital di Spotify.[16]

Format dan senarai runut
  • Muat turun digital
  1. "Atma Jiwa" – 3:30[15]
Sejarah keluaran
Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 29 November 2017 Muat turun digital[15]
Penstriman digital[16]
Astro Shaw
Runut bunyi
Busker: Original Soundtrack
Runut bunyi oleh Pelbagai artis
Dikeluarkan pada5 Januari 2018
GenreRunut bunyi
SyarikatWarner Music Malaysia

Album runut bunyi filem Busker mengandungi 15 lagu, dengan enam daripadanya dipersembakan oleh Simfoni Dalam Poket dan empat daripadanya oleh Monoloque. Daiyan Trisha sendiri turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi Busker dengan menyanyikan lagu "Ingat". Album ini dikeluarkan pada 5 Januari 2018.

  1. "Malas Nak Layan" (ft. Bulan Terry) — MonoloQue (2:09)
  2. "Ingat" — Daiyan Trisha (2:59)
  3. "Atma Jiwa" — Simfoni Dalam Poket (3:30)
  4. "Semak" — Simfoni Dalam Poket (3:07)
  5. "The Beach" — Bil Musa (3:20)
  6. "Alamak" — Simfoni Dalam Poket (3:28)
  7. "Kupu-Kupu Malam" — MonoloQue (4:30)
  8. "Impianku" — D’Funder (4:29)
  9. "Selamat Tinggal Kekasih Lama" — Simfoni Dalam Poket (4:10)
  10. "Mogok Tenteram" – Simfoni Dalam Poket (2:49)
  11. "Teka Teki Teka Tekok" — MonoloQue (2:10)
  12. "Slumber" — Simfoni Dalam Poket (2:11)
  13. "Jelingannya" — MonoloQue (3:51)
  14. "Konfessi" — Morning Glory (4:48)
  15. "Doa Untuk Kekasih" — Simfoni Dalam Poket (3:18)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Penerima/karya tercalon Kategori Keputusan
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Kye Fariz Pengarah Harapan Dicalonkan
Daiyan Trisha Pelakon Wanita Harapan Dicalonkan
Hafeez Mikail Pelakon Lelaki Harapan Dicalonkan
"Atma Jiwa" Lagu Tema Terbaik Menang
Busker Anugerah Khas Juri III Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Busker: Angkat kisah pemuzik busker". Sinar Harian. 2 Disember 2017. Dicapai 14 Julai 2018. 
  2. ^ Budiey (29 November 2017). Fakta yang anda patut tahu tentang filem Busker Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 Julai 2018.
  3. ^ Angelin Yeoh (20 Januari 2018). "Why music is the driving force in Malaysian movie, Busker". Star2. Dicapai 15 Julai 2018. 
  4. ^ a b "Top 10 filem Melayu dengan kutipan terendah". Sinar Harian. 9 September 2018. Dicapai 11 September 2018. 
  5. ^ "Dua tahun berehat, Daiyan Trisha terkejut ditawarkan berlakon filem Buskers". Astro Gempak. 16 Disember 2016. Dicapai 1 Januari 2017. 
  6. ^ "Songstress Daiyan Trisha to lead first feature film 'Busker'". The Malay Mail. 17 Oktober 2017. Dicapai 15 April 2018. 
  7. ^ "Busker Menyegarkan Industri Filem Melayu". Suria FM. 10 Januari 2018. Dicapai 24 Julai 2018. 
  8. ^ Aqmar Mustaza (7 Januari 2018). "Busker, imbau kenangan filem cinta lama". Sinar Harian. Dicapai 15 Julai 2018. 
  9. ^ Mohd Haikal Isa (1 Januari 2018). "'Busker' buka tirai filem tempatan 2018". Kosmo!. Dicapai 13 Julai 2018. 
  10. ^ Almaswa Che Ros (5 Mac 2018). "Malang 6 filem tempatan 2018, semuanya tak laku". Remaja. Dicapai 13 Julai 2018. 
  11. ^ Haizir Othman (14 Januari 2018). "Busker The Movie: Dunia milik anak muda". Malaysiakini. Dicapai 14 Julai 2018. 
  12. ^ Shazryn Mohd Faizal (17 Januari 2018). "Keindahan & Kesegaran 'Busker' Dalam Dunia Remaja Millennial". mStar Online. Dicapai 14 Julai 2018. 
  13. ^ Angelin Yeoh (17 Januari 2018). "'Busker': A modern love story made with all the right tunes". Star2. Dicapai 15 Julai 2018. 
  14. ^ Michelle Gun (15 Januari 2018). "'Busker' pula jadi mangsa". Harian Metro. Dicapai 13 Julai 2018. 
  15. ^ a b c "Atma Jiwa (Single)". iTunes Store (MY). Apple. 29 November 2017. Dicapai 14 Julai 2018. 
  16. ^ a b "Atma Jiwa, a song by Simfoni Dalam Poket". Spotify. 29 November 2017. Dicapai 14 Julai 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]