Martin Luther

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Luther pada usia 46 (Lucas Cranach Sang Tua, 1529)

Martin Luther (10 November 1483 - 18 Februari 1546) merupakan paderi Jerman dan ahli teologi Kristian dan kemudiannya pengasas kepada Gereja Lutheran, gereja pertama Protestan, pecahan daripada Roman Katolik. Beliau juga merupakan tokoh terkemuka bagi Reformasi.

Selepas Luther tamat belajar ilmu falsafah di Universiti Erfurt, pada tahun 1505 beliau memasuki Order of Augustins sebagai paderi. Luther mengaji teologi dan bahasa silam di Erfurt. Pada tahun 1512, beliau mendapat kedoktoran teologi di Wittenberg dan memulakan syarahannya berkenaan Mazmur (Psalms) dan Surat Paul.

Pada Oktober 1517 Luther menulis 95 Tesisnya, walaupun dia tidak meletakkannya Gereja Wittenberg sebagaimana dikatakan legenda, tetapi menerbitkan salinannya[Penjelasan diperlukan]. Luther memberi tajuk The Disputation of Doctor Martin Luther on the Power and Efficacy of Indulgences, dan mencabar ajaran Gereja Barat mengenai asas menghapuskan dosa (nature of penance), kuasa Paus dan kepentingan (indulgences) dalam tulisannya.

Kajian mengenai Surat Paul, terutamanya Surat kepada Rom, memberikan idea sola fide kepada Luther. Hanya keyakinan boleh menyelamatkan manusia yang diberikan Tuhan dan kebanyakan adat gereja dengan itu tidak berguna dan patut dibuang kerana ia menyebabkan banyak perkara buruk.

Pada mulanya Luther percaya bahawa beliau boleh membentuk semula Gereja Rom dari dalam dengan Tesisnya, tetapi Paus menganggap pendapatnya sebagai sesat dan mengeluarkannya daripada jemaah Katolik dengan akta Exsurge Domine pada 15 Jun 1520. Pada Oktober Luther membakar bull di khalayak ramai dan menunjukkan kesungguhannya bahawa dia tidak akan taat kepada Gereja kecuali mereka menurut kata-katanya.

Maharaja Charles V merasmikan persidangan imperial Diet of Worms pada 22 Januari 1521. Persidangan ini merupakan peluang terakhir Luther untuk mengakui bahawa apa yang diajarnya adalah salah. Bagaimanapun, Luther tetap mempertahankan ajarannya. Selepas persidangan Diet, Luther diistiharkan sebagai orang buangan oleh Diet.

Dengan bantuan rakannya, Luther menyorok di Istana Kota Wartburg, berhampiran Erfurt. Dalam istana kota tersebut, dia menterjemah Kitab Injil Perjanjian Baru daripada bahasa Yunani kepada Jerman. Kemudian, dia juga menterjemah Perjanjian Lama kepada bahasa Jerman.

Luther mengasaskan ajarannya sendiri dengan rakannya Philip Melanchton dan meninggal pada tahun 1546.

Jasa beliau kepada Eropah[sunting | sunting sumber]

Semasa orang Yahudi menetap di Eropah, beliau mencadangkan Yahudi dan bukan Yahudi tidak boleh bergaul. Beliau juga mencadangkan pembinaan Ghetto (Tembok Pemisah Antara Yahudi Dan Bukan Yahudi)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]