Roberto Gagliardini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Roberto Gagliardini
Roberto Gagliardini 01.JPG
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1994-04-07) 7 April 1994 (umur 25)
Tempat lahirBergamo, Itali
Ketinggian1.90 m
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniInter Milan
Nombor5
Kerjaya remaja
2001–2013Atalanta
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2013–2017Atalanta14(0)
2014Cesena (pinjam)19(1)
2014–2015Spezia (pinjam)14(1)
2015–2016Vicenza (pinjam)16(1)
2017–Inter Milan67(7)
Pasukan kebangsaan
2014–2015Itali B205(2)
2015–2017Itali B216(0)
2017–Itali6(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 17:15, 10 Jun 2019 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 20 November 2018

Roberto Gagliardini (sebutan bahasa Itali: [roˈbɛrto ɡaʎʎarˈdiːni]; lahir 7 April 1994) merupakan pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Inter Milan dan pasukan kebangsaan Itali.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Atalanta[sunting | sunting sumber]

Gagliardini beraksi untuk Atalanta pada tahun 2016.

Gagliardini memulakan kariernya bersama kelab tempatan, Atalanta sejak dari kelab remaja sehingga ke pasukan simpanan. Beliau ditawarkan ke skuad senior untuk menghadapi musim 2013–14.

Pada 4 Disember 2013, Gagliardini melakukan penampilan sulungnya untuk Atalanta ketika perlawanan Coppa Italia menentang Sassuolo.

Pada 17 Januari 2014, Gagliardini berpindah ke kelab yang beraksi di Serie B, iaitu Cesena secara pinjaman selama enam bulan. Pada 25 Januari, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Cesena sebagai pemain gantian setelah menggantikan Guido Marilungo pada minit ke-74. Dalam perlawanan itu juga, beliau menjaringkan gol pertama dalam kariernya ketika menentang Varese.[1] Pada 2 Februari, Gagliardini beraksi dari sepak mula perlawanan sehingga wisel akhir ditiupkan ketika menentang Virtus Lanciano.[2] Pada 6 Jun, Gagliardini telah dibuang padang setelah beliau dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-67 semasa aksi menentang Modena.[3] Gagliardini menamatkan tempohnya di Cesena dengan beraksi dalam 21 perlawanan dan menjaringkan satu gol.[4] Beliau membantu pasukannya untuk layak ke Serie A bagi kempen musim depan.

Pada 1 September 2014, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie B, Spezia selama satu musim. Pada 7 September, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Spezia dengan menggantikan Juri Cisotti dalam perlawanan menentang Frosinone.[5] Pada 24 Januari 2015, Gagliardini telah beraksi sepenuh perlawanan untuk Spezia malah menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika aksi menentang Frosinone.[6] Gagilardini menamatkan kempennya sebagai pemain Spezia dengan 14 kemunculan dan satu jaringan gol.

Pada 29 Julai 2015, Gagliardini berpindah ke kelab Serie B, Vicenza secara pinjaman bersama pilihan untuk dibeli secara tetap. Pada 9 Ogos, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Vicenza dalam aksi pusingan kedua Coppa Italia menentang Cosenza.[7] Pada 15 Ogos, Gagliardini beraksi dalam perlawanan pusingan ketiga Coppa Italia semasa menentang Empoli.[8] Pada 6 September, beliau melakukan penampilan pertamanya di Serie B bersama Vicenza ketika menentang Modena.[9] Pada 27 Oktober, Gagilardini menjaringkan gol pertamanya untuk Vicenza semasa perlawanan menentang Trapani.[10] Pada 3 Disember, beliau beraksi dalam pusingan keempat Coppa Italia menentang Carpi namun beliau telah digantikan oleh Salvatore D'Elia pada minit ke-64.[11] Secara keseluruhannya, Gagliardini telah beraksi dalam 19 perlawanan dan menjaringkan satu gol.

Pada 15 Mei 2016, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Atalanta dalam perlawanan Serie A semasa aksi menentang Genoa dalam perlawanan terakhir bagi kempen 2015–16.[12] Pada musim berikutnya, beliau telah diletakkan ke dalam kesebelasan utama pasukan dengan beraksi dalam 13 perlawanan Serie A untuk Atalanta.

Inter Milan[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Januari 2017, Gagliardini berpindah ke Inter Milan secara pinjaman bersama pilihan untuk dibeli ketika musim panas 2018.[13] Beliau telah dipersembahkan pada dua hari kemudian dan diberi jersi skuad bernombor 5 (disarung oleh Felipe Melo sebelum ini yang berpindah ketika jendela perpindahan musim panas).[14][15] Gagliardini melakukan penampilan sulungnya untuk Inter pada 14 Januari dalam aksi menentang Chievo di San Siro. Beliau beraksi dari sepak mula sehingga tamat permainan sekali gus membantu pasukan Nerazzurri untuk meraih kemenangan Serie A buat kali kelima berturut-turut setelah Inter menundukkan Chievo 3-1.[16] Pada 5 Mac, beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Inter ketika menewaskan Cagliari 5-1.[17] Pada musim berikutnya, Gagliardini menjaringkan gol menentang kelab lamanya, Atalanta dengan menyaksikan Inter membelasah Atalanta 7-1.[18]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada November 2016, Gagliardini telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Itali di bawah kendalian Gian Piero Ventura buat kali pertama untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Liechtenstein dan perlawanan persahabatan menentang Jerman berikutan kecederaan yang dialami Claudio Marchisio.

Pada 28 Mac 2017, Gagliardini melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Itali dalam aksi persahabatan menentang Belanda setelah beliau menggantikan Daniele De Rossi pada minit ke-37.

Pada Jun 2017, beliau dipilih ke dalam pasukan bawah-21 Itali bagi menghadapi Kejohanan Eropah Bawah-21 2017 di bawah kendalian Luigi Di Biagio.[19] Italy seterusnya terkandas di peringkat separuh akhir kepada Sepanyol pada 27 Jun berikutan kekalahan 3-1. Dalam perlawanan itu juga, Gagliardini telah dibuang padang.[20][21]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Mei 2019.[22]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Cesena 2013–14 21 1 21 1
Itali Spezia 2014–15 14 1 0 0 14 1
Itali Cesena 2015–16 16 1 3 0 19 1
Itali Atalanta 2013–14 0 0 1 0 1 0
2015–16 1 0 0 0 1 0
2016–17 13 0 1 0 14 0
Jumlah 14 0 2 0 16 0
Itali Inter Milan 2016–17 18 2 1 0 19 2
2017–18 30 0 2 0 32 0
2018–19 19 5 2 0 0 0 21 5
Jumlah 67 7 5 0 72 7
Jumlah kerjaya 132 10 10 0 142 10

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 20 November 2018.
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2017 3 0
2018 3 0
Jumlah 6 0

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Varese vs. Cesena - 25 January 2014 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-13. 
  2. ^ "Virtus Lanciano vs. Cesena - 7 February 2014 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-13. 
  3. ^ "Modena vs. Cesena - 8 June 2014 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-13. 
  4. ^ "Italy - R. Gagliardini - Profile with news, career statistics and history - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-13. 
  5. ^ "Spezia vs. Frosinone - 7 September 2014 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-13. 
  6. ^ "Frosinone vs. Spezia - 24 January 2015 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-13. 
  7. ^ "Vicenza vs. Cosenza - 9 August 2015 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-13. 
  8. ^ "Empoli vs. Vicenza - 15 August 2015 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-13. 
  9. ^ "Modena vs. Vicenza - 6 September 2015 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-13. 
  10. ^ "Trapani vs. Vicenza - 27 October 2015 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-13. 
  11. ^ "Carpi vs. Vicenza - 3 December 2015 - Soccerway". uk.soccerway.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-11-13. 
  12. ^ "Genoa-Atalanta 1-2, il tabellino: gol di D'Alessandro, Pavoletti e Kurtic" [Genoa-Atalanta 1-2, the statistics: goals from D'Alessandro, Pavoletti and Kurtic]. La Gazzetta dello Sport (dalam bahasa Italian). RCS MediaGroup. 15 May 2016. Dicapai 19 January 2017. 
  13. ^ "Roberto Gagliardini joins Inter!". Inter Milan. 11 January 2017. Dicapai 11 January 2017. 
  14. ^ "ROBERTO GAGLIARDINI'S SHIRT NUMBER". Inter Milan. 13 January 2017. Dicapai 15 January 2017. 
  15. ^ "GAGLIARDINI UNVEILING A HUGE SUCCESS". Inter Milan. 13 January 2017. Dicapai 15 January 2017. 
  16. ^ "Inter 3-1 Chievo: Three second half goals seal dramatic win for Pioli's men". Goal.com. 14 January 2017. Dicapai 15 January 2017. 
  17. ^ "Gagliardini: "I'll never forget my first goal"". Inter Milan. 14 March 2017. Dicapai 29 March 2017. 
  18. ^ "Inter in Seventh Heaven". Football Italia. 12 March 2017. Dicapai 29 March 2017. 
  19. ^ "U21: Italy squad for Euros named". Football Italia. 6 June 2017. Dicapai 16 June 2017. 
  20. ^ James Horncastle (28 June 2017). "Italy fall to familiar foe Spain at U21 Euros but there is hope for the future". ESPN FC. Dicapai 24 October 2017. 
  21. ^ "Spain U21 3-1 Italy U21". BBC Sport. 27 June 2017. Dicapai 6 March 2019. 
  22. ^ Biodata Roberto Gagliardini di Soccerway. Capaian 6 March 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]