Ruble

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ruble atau rouble (рубль) adalah matawang Persekutuan Russia (dan juga Soviet Union pada masa yang lalu). Satu ruble boleh dibahagikan kepada 100 kopek (копе́йка).

Ruble merupakan matawang Russia selama beberapa kurun. Pengilangan duit syiling ruble bermula pada tahun 1704. Ruble yang pertama adalah perak. Pada kurun ke 19, beberapa duit syiling ruble bersifat platinum. Ruble jenis emas diperkenalkan pada 1897 dan seberat 0,774235 g emas. Ruble pada era Soviet tahun 1961 seberat 0,987412 g emas. Kini, matawang Ruble tidak mempunyai kaitan dengan emas.

10 ruble kadangkala digelar chervonet (черво́нец).

Semua duit kertas Russia dicetak oleh kilang kepunyaan pemerintah Goznak, yang telah diasaskan oleh puak Bolshevik pada 6 Jun 1919 dan beroperasi hingga sekarang.